BAB 27 : AIR MATA

Start from the beginning
                                    

"Kalau kau cakap pun dia tak nak dengar ni kan pulak aku ris. Errrrr. kau join sekali tak nanti kalau aku jenguk qirah?". Kata kamal dengan nada berhati-hati kerana risau balqis cemburu.

"Errr.. join tapi tak selalu laa". Jawab harris sambil menggaru tengkuknya.

"Why not? Tak apa kalau you nak join kamal I tak kisah. I faham." Kata balqis.

"Betul ni? You tak kisah?". Tanya harris.

"Iyaa biy. I faham you risaukan qirah. I pun risau bila dengar cerita you". Terang balqis.

"Thanks sayang". Jawab harris dengan nada gembira.

Harris tidak menyangka balqis akan bertolak ansur dengan dirinya.

"Most welcome". Jawab balqis sambil tersenyum.

"Sayang, nanti you try laa berkawan dengan qirah boleh?" Tanya harris kepada balqis.

"Boleh. Tapi I rasa dia macam tak suka dengan i laa biy. So, I takut nak tegur dia". Jawab balqis sambil membuat muka risaunya.

"Takut?? Hahahah tak payah takut laa. Qirah tu mulut jer macam puaka tapi hati dia baik". Pujuk harris sambil mengusap rambut balqis.

"Tapi susah sikit la nak rapat dengan dia tu. Tapi you jangan risau dia tak makan orang". Sambung harris lagi.

"Okeyyy biyy. I try for you". Kata balqis sambil memegang pipi harris.

"Ehem.. kalau kitaorang nak join sekali jenguk qirah boleh ke?". Sampuk naim.

"TAK PAYAH!". Kata harris dengan kamal serentak.

**************************************

Qirah mengeluh. Jam di Iphonya menunjukkan hampir pukul 4 petang. Lecturernya menamatkan sesi kuliah awal. Kalau dulu, harris pasti akan mengajaknya lepak tapi sekarang batang hidung pun tak nampak.

"Argg.. tak payah fikir pasal harris lagi qirah. Baik kau spend time masa dengan mak ehsah" . Desis qirah di dalam hatinya.

Qirah berjalan di coridor untuk menuju ke keretanya.

"Qirahh, dah habis kelas ke?". Sapa balqis kepada qirah. Ika pula setia di sisi balqis.

"Hmm". balas qirah dengan nada malas. Qirah meneruskan jalannya.

Balqis memegang tangan qirah. Qirah berhenti berjalan. Balqis dan ika berdiri berhadapan dengan qirah.

"I pun dah habis kelas. Jom laa kita hang out sekali. Harris bagitahu I, you suka shopping". Ajak balqis mesra.

"Why should I hangout with you?". Tanya qirah dengan nada dingin.

Qirah menarik tangannya dari terus di pegang oleh balqis.

Balqis tergamam mendengar soalan dingin dari qirah.

"Dah laa balqis. Jom kita blah.". Ajak ika.

Ika tidak suka dengan qirah. Baginya Qirah seorang yang sombong dan berlagak.

Balqis tidak mahu putus asa.

"Hmm.. tadi masa lunch, harris ada cakap dengan I untuk hangout dengan you. But its okay if you tak free hari ni, hari lain pun boleh". Terang balqis sambil tersenyum mesra.

"No need. I tak hangout dengan perempuan MURAH macam you. You tak perlu buang masa you ,ajak I keluar, sebab I jijik sangat tengok muka you". Jawab qirah dengan nada perli.

Mata balqis membulat dia terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulat qirah.

"Eh.. perempuan mulut kau tu jaga sikit. Orang nak berbaik dengan kau. Kau buat taik pula". Marah ika.

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now