"Okay bro". Jawab mereka serentak. Lalu mereka semua melangkah keluar dari club tersebut.

---

¤ Keesokkan harinya ¤

Tidur harris terganggu apabila cahaya silau menerpa di wajahnya. Perlahan-lahan harris membuka matanya. Harris mengurut perlahan kepalanya kerana kepalanya terasa berat.

"Nah.. minum air ni. Boleh hilang sakit kepala kau tu". Kata kamal sambil menghulurkan segelas air kepada harris.

Harris memandang cawan yang berada di hadapannya itu lalu mengalihkan pandangan ke wajah kamal. Kening harris berkerut.

"Kamal? Bila kau balik sini?". Tanya harris.

"Dah seminggu bro aku balik. Aku lupa nak bagitahu korang. Nah ambik laa air ni". Jawab kamal.

Harris menganggukkan kepalanya tanda faham sambil mencapai segelas air tersebut lalu meneguk.

"Kau pergi laa bersihkan badan kau dulu. Lepas tu makan. Tadi haikal dah beli nasi lemak". Arah kamal lalu beredar dari bilik harris.

"Ok". Jawab harris lalu berdiri dan berjalan menuju ke bilik mandi.

Setelah selesai mandi harris jalan ke ruang makan. Haziq, naim duduk di meja sambil melantak nasi lemak manakala kamal dan haikal duduk di ruang tamu sambil menonton televesyen.

"Korang tak makan sekali?". Tanya harris kepada kamal dan haikal. Harris melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan naim dan haziq.

"Kita orang dah makan tadi". Jawab haikal, matanya masih lekat memandang tv.

Usai siap makan harris duduk bersama-sama rakannya di ruang tamu sambil memandang tv.

"Ni kepala korang dah okay ke?". Tanya kamal.

"Dah". Jawab naim.

"Aku tengok korang ni dah makin teruk. Orang makin tua makin berubah, ni tak makin teruk. Korang ni tak takut azab neraka ke?". Kamal memulakan bebelannya.

Dari tadi dia menahan sekarang semuanya sudah terhambur. Kamal kecewa dengan mereka yang masih alpa.

Harris, naim dan haziq diam membisu.

"Tengok, aku cakap diam. Macam cakap dengan tunggul batu". Sambung kamal lagi.

"Rilek laa kamal. Kita orang tahu laa bila nak berubah. Kau tak payah nak membebel macam orang tua". Jawab naim.

"Entahh, dah macam mak aku dah aku tengok kau ni". Sambung haziq.

"Mana laa aku tak bising tengok perangai korang ni. Mabuk kalah orang yang bukan Islam. Malu laa sikit. Belum lagi aku sentuh pasal perempuan yang korang sentuh". Jawab kamal.

Mereka terdiam. Mereka bertiga terasa macam telah ditampar oleh kamal.

"Kau harris. Lepas jer pu..".

"Itu tak ada kena mengena.. tolong jangan mention pasal benda ni lagi.". Potong harris. Harris tahu apa yg cuba kamal sampaikan.

"Sori. Aku bukan nak mention pasal benda tu. Cuma aku tengok kau ni dah makin teruk. Kau tak boleh move on lagi ke?". Tanya kamal.

"Aku dah lama move on bro tapi kau jangan mention pasal benda ni lagi.". Kata harris dengan nada dingin.

"Aku tak tahu laa macam mana nak nasihat kat korang. Satu jer aku nak pesan dunia ni sementara jer, jangan nanti korang menyesal.". Kata kamal lagi.

"Iya bro.. aku tahu tu". Jawab harris.

Kamal melepaskan keluhan.

Haikal pula hanya mendengar. Bukan dia tidak pernah menasihati kawan-kawannya itu, berbuih mulutnya memberi nasihat tapi mereka tidak dengar.

**************************************

Harris meletakkan keretanya di halaman rumah ayahnya. Harris berjalan masuk ke dalam rumah agam milik ayahnya.

Saat harri melalui ruang tamu namanya di seru oleh Tan Sri Khairuddin yang sedang duduk menghadap tv bersama isteri tercinta. Harris memberhentikan langkahnya lalu memandang ke arah ayah dan ibunya.

"Baru balik? Semalam pergi mana?". Tanya Tan Sri Khairuddin.

"Semalam harris lepak dengan kamal dengan yang lain dekat apartment harris.".

"Jangan nak tipu Ayah harris. Ingat Ayah tak tahu apa kamu buat semalam?". Marah Ayahnya.

"Bila kamu ni nak berubah? Kamu tak malu ke dengan adik kamu harras? Sepatutnya sebagai abang kamu kena tunjuk contohnya baik bukan perangai SETAN KAMU!!". Tengking Tan Sri Khairuddin.

"Abang, sabar bang". Dayang cuba untuk menenangkan suaminya itu.

"Ayah kecewa dengan kamu. Lemah di sebabkan perempuan". Sambung Tan sri khairuddin lagi dengan nada kesal lalu beredar dari situ.

Harris melepaskan keluhan sambil menundukkan kepalanya.

Dayang mengusap belakang harris.

"Dah.. kamu dah solat?". Tanya puan sri Dayang dengan nada lembut.

Harris hanya menggelengkan kepalanya.

"Pergi ambil wuduk lepas tu solat. Pasal Ayah nanti ibu cakap dengan ayah. Kamu jangan risau.". Dayang cuba memujuk harris.

"Thanks ibu. Harris naik dulu". Jawab harris dengan nada mendatar.

**************************************









Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now