"It's okay.. I'm fine". Kata dato' romzi.

"Abang, abang tu tak sihat. Abang perlu rehat. Tak apa malam ni biar saya jaga qirah. Esok pagi abang boleh datang jenguk lagi". Pujuk puan Arissa.

Puan Arissa risau dengan keadaan suaminya sekarang. Dia tahu suaminya perlu rehat yang cukup untuk kesihatan dirinya.

"Kalau awak dah kata macam tu baiklah. Tapi hati-hati. Apa-apa bagitahu saya cepat."

"Baik bang". Jawab puan arissa lalu menghulurkan tangannya untuk menyalami suaminya itu.

Dato' Romzi menyambut tangan puan arissa lalu beredar dari situ.

**************************************

"Lepaskan aku... lepaskan aku". Kata qirah dengan keadaan matanya masih terpejam rapat.

Puan Arissa tersedar dari tidurnya lalu terus mengusap lembut kepala qirah.

"Shhh.. kamu selamat sayang". Kata puan arissa sambil mencium dahi qirah.

"LEPASKAN AKU!!!". jerit qirah. Qirah terus terbangun dari tidurnya.

Qirah terkejut apabila merasa ada seseorang memeluknya dari belakang.

"Arghh". Jerit qirah lagi.

"Qirah, aunty ni. Qirah selamat sayang". Kata puan arissa sambil memegang pipi qirah supaya qirah memadang wajahnya.

Air mata qirah terus mengalir laju.

"Tskk.. auntyyy". Kata qirah bersama esakkan.

Puan arissa terus memeluk badan qirah yang mengigil ketakutan. Qirah hanya membiarkan dirinya di peluk oleh Puan arissa.

"Maaf puan, kami mahu check keadaan pesakit". Kata nurse yang tiba-tiba muncul dari belakang.

Puan arissa melepaskan pelukkanya lalu mengesat air mata qirah. Puan Arissa memberi ruang kepada nurse untuk membuat kerjanya.

---

Kamal berjalan menghampiri harris dan lain-lain. Kamal menepuk bahu harris.

"Qirah dah sedar". Kata kamal kepada harris.

"Alhamdullilah". Ucap harris. Semalam dia tidak dapat tidur memikirkan tentang qirah.

Harris bangun dari duduknya tetapi kamal menghalangnya.

"Kau nak pergi mana?". Tanya kamal.

"Tengok qirah laa".

"Nanti laa lepas habis kelas ganti baru kita tengok dia". Kata kamal.

"Entah kau ni, nanti tak pasal-pasal madam tak jadi buat kelas hari ni disebabkan kau tak ada." Selit haikal.

"Aku dah laa tengah malas, tiba-tiba panggil masuk kelas hari sabtu". Sambung haikal lagi.

"Hmm". Jawab harris dengan nada kecewa.

*************************************

"Tadi doktor kata qirah dah boleh balik petang ni". Kata Dato' Romzi.

Qirah hanya membisukan dirinya kerana dia masih dalam trauma.

"Tadi polis call papa bagitahu nanti dorang datang hospital untuk ambil keterangan dari qirah.. qirah okay ke?". Tanya Dato' Romzi dengan nada tenang.

Puan Arissa pula hanya menjadi pendengar setia.

Qirah mengangukkan tanda setuju.

"Owh ya.. nanti qirah balik rumah papa, qirah duduk dengan papa". Sambung Dato' Romzi lagi.

Qirah diam membisu. Puan Arissa mengusap rambut qirah dengan penuh kasih sayang. Qirah tidak menolak dia hanya membiarkan puan arissa menyentuhnya kerana dia terasa tenang dengan sentuhan puan arissa.

--

Harris dan kamal berjalan menuju ke bilik rawatan qirah. Mereka berdua melihat Dato' Romzi sedang berbual dengan dua orang anggota polis di depan pintu wad qirah. Mereka berdua jalan menghampiri Dato' Romzi.

"Tolong tuan, cari sampai dapat lelaki bernama Rayyan tu. Saya nak dia di tangkap" . Kata Dato" Romzi.

Harris dapat menangkap nama Rayyan saat mendengar perbualan Dato' Romzi bersama dua anggota polis.

Harris menggengam tanganya erat. Rahangnya bergerak-bergerak akibat menahan perasaan marah saat mendengar nama Rayyan.

"Baik Dato". Jawab salah seorang anggota polis tersebut.

Pegawai polis tersebut beredar meninggal mereka bertiga.

"Kelas sudah habis ke?". Tanya Dato' Romzi kepada kamal.

"Dah pa.. lect habiskan awal". Jawab kamal.

Dato' Romzi memandang ke arah Harris. Harris memberikan senyuman kepada Dato' Romzi lalu menghulurkan tangan kanannya untuk menyalam Dato' Romzi.

"Ayah kamu macam mana? Sihat?" . Tanya Dato' Romzi.

"Alhamdullilah sihat". Ucap harris.

"Bagus laa.. nanti kirim salam dekat ayah kamu".

"Baik". Jawab harris.

"Pa, qirah macam mana? Okay ke?". Tanya kamal.

"Alhamdullilah okay.. petang ni dah boleh discharge".

Kamal dan harris menganggguk faham.

"Jom laa masuk". Pelawa Dato' Romzi.

---

Qirah sedang menikmati makan tengah harinya. Walaupun qirah tiada selera untuk makan tapi di paksanya juga untuk menjaga kesihatan dirinya.

"Klakkk". Bunyi pintu di kuak dari luar. Qirah memandang ke arah pintu untuk melihat siapa yang datang.

Muncul wajah Dato' Romzi di ikuti oleh Kamal dan seterusnya Harris. Wajah qirah menjadi tegang apabila melihat wajah Harris. Qirah mengalihkan pandangan matanya.

"I don't want see any visitor here expecially him". Kata qirah dengan nada keras. Matanya memadang wajah Dato' Romzi.

Harris terasa dengan kata-kata Qirah. Harris tahu pasti dirinya yang di maksudkan oleh Qirah.

"Qirah, jangan macam ni mereka datang nak tengok qirah". Pujuk Dato' Romzi. Dato' Romzi tidah tahu siapa yang di maksudkan oleh qirah.

"I don't care, please ask him out right now!". Kata qirah dengan suara yang agak tinggi.

"But who? Both of them?". Soal Dato' Romzi.

"No. The one that don't have any related to you, Dato". Kata qirah.

"Qirah.." kamal tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana qirah memotong.

"Aku tak nak dengar".

"Tak apa kamal, aku gerak dulu. Uncle, saya pergi dulu". Kata harris lalu terus beredar dari situ.

Kamal melepaskan keluhan berat lalu memandang ke arah qirah. Qirah membuat muka tidak bersalah lalu menyambung menyuapkan nasi kedalam mulutnya.

"Pa, ibu, kamal pergi dulu. Nanti kita jumpa dekat rumah". Pinta kamal.

"Hmm.. hati-hati". Jawab Dato' Romzi.

Kamal berjalan keluar dari bilik rawatan qirah.

"Qirah, kenapa..". Puan Arissa memotong kata-kata Dato' Romzi.

"Bang, sudah laa tu. Qirah ni baru nak pulih jangan buat dia tertekan". Kata puan Arissa.

Dato' Romzi mendiamkan dirinya. Ada betulnya apa yang isterinya katakan itu. Dia tidak patut membuat qirah tertekan ketika ini.

**************************************


Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now