"Betul ke ni?". Tanya harris.

"Betul laaa.. tak ada tadi tiba-tiba aku terfikir nak makan kfc, tapi macam malas pulak nak keluar. Esok laa aku pergi beli". Jelas qirah.

"Owhh ok. Kalau macam tu aku letak dulu laa, bye". Kata harris.

"Ok bye". Jawab qirah lalu mematikan panggilan tersebut.

Qirah mengeluh seorang diri.

"Lepas ni tak boleh laa aku nak jumpa harris selalu". Omelnya seorang diri. Qirah tak tahu kenapa dia berasa sedih.

Qirah menampar pipinya perlahan.

"Kenapa dengan kau ni qirah? Apa dah jadi dengan kau ni. Kenapa perlu sedih". Kata qirah seorang diri lalu dia membenamkan wajahnya di bantal sambil menumbuk geram bantalnya.

Qirah cuba untuk melelapkan matanya tetapi matanya tidak mahu memberi kerjasama. Jadi qirah mengambil keputusan untuk  melihat media social.

Satu panggilan masuk.

"Hello, kenapa call harris". Tanya qirah dengan nada pelik.

"Hello, aku ada dekat depan rumah kau ni".

Qirah terus terbangun dari pembaringannya.

"Hah???".

"Aku ada dekat depan pagar rumah kau ni. Terun laa cepat". Kata harris.

"Hah??  okok, jap". Kata qirah dan terus menamatkan panggilan tersebut.

Qirah membetulkan rambutnya yang serabai itu selepas itu qirah terus keluar dari biliknya.

Qirah mengambil remote untuk membuka pagarnya dan berjalan membuka pintu.

Qirah melihat harris yang sedang duduk diatas motornya. Harris menunjukkan bucket kfc. Qirah terkejut.

"Harris!! Susah-susah jer. Kan aku dah cakap esok aku nak pergi beli". Kata qirah dengan nada terkejut.

" hehehe". Jawab harris sambil tersengeh.

"Banyak ni!!". Kata qirah lagi.

"Kau makan laa dengan mak ehsah". Kata harris.

"Kau ingat boleh habis ke? Mak ehsah tak suka sangat kfc". Terang qirah.

"Qirah.. qirah dengan siapa tu". Tegur mak ehsah yang muncul di pintu rumah.

"Mak ehsah, harris beli kfc untuk kita tapi banyak sangat pulak ni". Kata qirah.

Mak ehsah memakai seliparnya dan berjalan kearah qirah dan harris.

"Ya Allah banyak sangat ni harris. Siapa yang nak habiskan ni". Kata mak ehsah.

Harris hanya tersengeh.

"Kau kena tolong habiskan, jom makan sekali". Ajak qirah.

"Hah. Aku?? Apasal pulak. Aku dah kenyang". Kata harris.

"Yelaa.. habis tu siapa lagi kalau bukan kau". Kata qirah.

"Yelaaa harris jom laa makan dulu". Pelawa mak ehsah.

"Baiklaa mak cik". Kata harris.

Qirah mengarahkan harris meletakkan motornya di sebelah keretanya. Harris menanggalkan helmetnya dan mereka berjalan masuk kedalam rumah.

Qirah menghidang kfc tersebut di meja dan menghulurkan kepada harris.

"Makan laa harris". Kata mak ehsah.

Harris mengangguk dan memperlawa mak ehsah sekali.

"Ni kenapa kamu tiba-tiba belikan kfc". Tanya mak Ehsah.

"Saya beli sebab ada laa orang tu cakap dia teringin nak makan kfc tadi". Jelas harris.

Mak Ehsah memandang ke arah qirah.

"Elehhh, orang cakap esok nak pergi beli sendiri, dia yang tiba-tiba datang bawak kfc, orang tak minta pun". Terang qirah.

"Tengok mak ehsah, saya penat-penat tolong belikan. Tak cakap terima kasih pun, siap complain pulak tu". Kata harris kepada mak ehsah.

"Yelaaa... aku tak minta pun kau belikan, lepastu nak salahkan aku pulak". Kata qirah dengan nada tak puas hati.

"Dah dah, jangan kamu nak bergaduh depan rezeki ni. Qirah harris dah tolong belikan cakap paa terima kasih dekat harris". Arah mak ehsah kepada qirah.

Qirah memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati. Harris memandang qirah sambil membuat muka tanda dia menang.

"Qirahhhh". Panggil mak ehsah lembut.

"Yelaaa.. terima kasih harris". Jawab qirah sambil menghadiahkan senyuman paling ikhlas kepada harris.

"Sama-sama". Jawab harris sambil membuat muka poyonya itu.

**************************************

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now