BAB 6 : MEMALUKAN

Start from the beginning
                                    

"Qirahhh"

Qirah menoleh kebelakang dan mencari sosok tubuh yang memanggilnya. Terpacul riak muka danish yang tersenyum melihatnya. Qirah menjeling dan terus jalan.

"Qirahh.. wait, wait.."

Danish lari dan menghalang qirah dari terus berjalan.

"Kau nak apa lagi?" Tanya qirah dengan nada yang keras.

"Hurmm.. you lunch dekat mana? Nak join boleh". Danish membuat muka cute.

Qirah berasa sangat rimas dan meluat dengan tingkah lalu danish.

"Kau tak faham bahasa ke? Semalam aku dah explain dekat kau kan?" Marah qirah, suaranya masih dikawal kerana ramai student berada berhampiran mereka.

"Qirahh, i cuma nak berkawan dengan you, nak kenal you dengan lebih rapat lagi, i ikhlas dengan you. Jelas danish lagi.

"Ape yang kau merepek ni? Aku tak nak kawan dengan kau atau sesiapa pun. So, please leave me alone". Tegas qirah.

"Qirahh. Please bagi saya peluang". Rayu danis.

"Ehh.. SEMAKKK LAAA! Aku dah cakap aku tak nak, kau nak peluang ape lagi??? Aku datang sini nak study bukan nak buang masa aku untuk berkawan. AKU BOLEH HIDUP TANPA KAWAN. JADI KAU BOLEH BLAH DARI SINI DAN JANGAN KACAU AKU LAGI!! Jerit qirah.

Dia dan danish menjadi perhatian ramai orang tapi qirah tidak mempedulikan mereka kerana perasaan marahnya itu telah mengawalnya.

"Kau dengar sini baik-baik, sebelum kau nak approach aku, kau cermin diri kau dulu, aku ni anak DATO', Kau? Sinis qirah.

Danish hanya terdiam bisu. Dia sedang menahan perasaan marah campur malu kerana dia telah di hina oleh perempuan yang berjaya mencuri hatinya.

Qirah yang melihat danish diam membisu terus beredar dari situ.

***********************************

"Acik, tolong bungkuskan saya nasi ayam dan teh ais" arah qirah kepada mak cik cafeteria tersebut.

"Bungkus lagi ke nak?" Tanya mak cik tersebut.

"Iye mak cik, saya nak makan dekat pondok area tasik tu, tenang sikit hati saya duduk situ". Jawab qirah sambil tersenyum.

Duit RM 10 di berikan kepada mak cik tersebut.

"Nak, ni bakinya",

"Ehh, tak ape mak cik, mak cik ambilah baki tu" qirah tersenyum manis.

"Terima kasih nakkk".

"Sama-sama".

"Wow, lain macam kau ni"

Satu suara garau menyapa telinga qirah sewaktu dia mahu beredar dari situ. Qirah menoleh, tidak disangka wajah harris yang di lihatnya.

"Ahhh sudah lagi satu mamat gila muncul", desis qirah di dalam hatinya.

Qirah memandang harris dan menjeling. Qirah berjalan melepasi harris. Ketika dia berjalan tiba-tiba kakinya tersandung sesuatu, qirah tidak dapat menyeimbangkan badannya lalu dia terjelupukkkk jatuh. Nasi ayam dan air teh aisnya bertaburan di lantai. Qirah dapat menangkap jelas suara harris and the geng ketawa seronok.

"Hahahahahahaha, wei macam nangka busuk dia jatuh, sakat harris. Haris masih lagi ketawa.

Qirah menahan geram. Dia berasa sangat malu kerana ramai yang sedang memerhatikan dia. Qirah terus bangun dan beredar dari situ. Harris tersenyum puas.

"Sabar qirah, sabar, jangan nagis". Qirah cuba memujuk dirinya. Qirah duduk di kerusi yang tidak jauh dari cafeteria tersebut untuk menenangkan dirinya. Lututnya berasa sakit.

"Qirahh, kenapa ni?" Tanya kamal.

Qirah mengelap air matanya. Dia memandang kamal dan terkejut.

"Kau buat ape dekat sini?" Tanya qirah untuk mengubah topik.

"Laaa aku student sini laa, jangan cakap kau tak tahu?"

Qirah menggeleng.

"Asal kau nangis?", tanya kamal lagi sekali.

Kamal duduk menghadap qirah.

"Mana ada aku nangis, tadi mata aku masuk habuk". Tipu qirah.

"Qirah aku ni bukan budak-budak qirah yang boleh kau tipu, kalau kau ade masalah kau bagitahu aku, In sha Allah aku tolong". Jawab kamal lembut.

"Kau tak payah nak ambil tahu hal aku, lepas ni kalau kau nampak aku, TOLONG jangan tegur aku lagi"

Qirah terus berjalan meninggalkan kamal di situ. Kamal hanya menggeleng kepalanya.

"Keras betul hati dia ni". Bebel kamal sendiri.

***********************************

Kamal membawa pinggan makan yang berisi nasi goreng ayam dan segelas air kosong ke arah meja kawan-kawannya.

Dia menepuk bahu harris yang sedang galak ketawa, bukan main gembira harris ni dalam hatinya.

"Amboiii kau harris, seronok betul nampak?, ape yang syasya dah buat dekat kau ni? Bahagia semacam". Sakat kamal.

"Bhahahaha, kau lambat laa bro, kalau tak mesti kau boleh nampak macam mana nangka busuk jatuh tergolekk.. hahaha", terang harris.

"Nangka busuk mana pulak ni?". Tanya kamal.

"Budak gila sem 1 tulaa" sampuk haziq.

"Owh budak perempuan yang kau citer pagi tadi, yang baling beg dia dekat muka kau? Tanya kamal lagi.

Harris berhenti gelak apabila mendengar soalan kamal.

"Kau ni potong stim laa mal, aku baru jer nak happy-happy, kau ingatkan aku balik pasal benda tu.

"Tak adalaa ris, aku tak boleh bayangkan korang bertiga , dia sorang, perempuan pulak tu, boleh belasah kau ris, hahaha. Jelas kamal lagi.

"Mana ada dia belasah aku, kau agak-agak sikit, aku lepaskan dia sebab dia perempuan, kalau lelaki memang habis dia aku kerjakan"

"Hahaha yelaa harris, btw cantik ke junior tu?".

"Cantik gilaa kamal, putih melepak, mata warna hazel bulu mata melentik, bibir seksi, hidung mancung, rambut lurus panjang", jawab naim sambil membayangkan wajah sempurna qirah

"Hoi, melebih nampak", tegur harris.

"Betul laa ape yang aku cakap harris, kau pun masa mula-mula nampak dia, kau macam ter..per..sonaaa, akuuu terpersona.. meli..'

Haris menduku kepala naim.

"Aduhh sampai hati kau ris, kau duku kepala aku", jawab naim sengaja dia membuat riak muka sedih.

"Tu makan dia, boleh pulak kau menyanyi dekat sini", terang harris.

Haziq, haikal dan kamal tergelak melihat telatah harris dan naim yang macam kanak-kanak.

***********************************

Jodoh yang di takdir (Complete)Where stories live. Discover now