BAB 28

1.3K 57 1
                                    

MALAM itu, mereka semua duduk bersantai di tepi pantai sambil menikmati makan malam BBQ. Kesemua kelengkapan telah disediakan dan disewa oleh Isaac, perancang perjalanan.

“Uncle, esok jadi kan nak mendaki bukit dekat belakang tu?” Humayraa bersuara, memecah kesunyian. Gadis bermata biru itu menoleh ke arah Isaac. Menginginkan kepastian daripada pakciknya yang satu itu. Angin yang menghembus bau garam dari arah laut seakan sudah sebati dengan mereka.

“InsyaAllah. Tapi, Mayraa larat ke nak naik sampai atas? Uncle tengok, jalan pun dah senget-benget.” Lelaki itu berseloroh.

“Mayraa laratlah. Malam ni Mayraa makan banyak-banyak.” Gadis itu tersenyum lebar.

“Jadi, esok pagi-pagi, aktiviti kita ialah panjat batu besar belakang ni.” Isaac menalakan pandangannya pada Rahimah dan yang lain.

So tonight, while we are relaxing and enjoying the moment, I have a very interesting story that I want to share with all of you. Humayraa nak dengar tak?” soalan Isaac membuatkan gadis itu mengangkat pandangan. Kenapa tanya dia?

Rata-rata mereka sudah pun siap menjamu selera, hanya duduk bersantai membasahkan tekak sambil menikmati angin malam di tepi pantai.

This is about your parents.

Gadis itu terdiam. Tidak usah ditanya soalan itu, tentu sahaja Humayraa berkobar-kobar untuk mendengar tentang kisah cinta suci kedua ibu bapa kandungnya. Inilah peluang keemasan yang dinantikan dalam hidupnya.

“Sebelum itu, saya nak beritahu awal-awal yang cerita ini panjang.” Isaac memberitahu terlebih dahulu.

“Mungkin…” dia melihat jam tangan. Jarum jam menunjukkan pukul 9 malam. “Sampai tengah malam penceritaan ni akan berlarutan. Takut korang semua akan mengantuk.”

Well, we’ve got nothing to do. So why not?” Kali ini Fahryil sendiri yang berbicara. Keinginan untuk mengetahui tentang sejarah hidup ummi dan abi Humayraa terasa membuak-buak. Sudah tentu dia mahu tahu bagaimana gadis kecil ini mampu mewarisi duit yang mencecah jutaan pound sterling.

Isaac mengangguk faham. Dia menoleh ke arah isterinya, Lisa sebelum kembali memandang semua orang. Mereka yang lain juga mula memusatkan perhatian masing-masing kepada lelaki Inggeris yang berusia separuh abad itu.

I would like to ask all of you. Did you know or remember the incident happened in Sabra and Shatila?” Isaac memulakan pembuka bicara. Dia memandang kesemua yang ada dan ternyata sangkaannya tepat, mereka tidak tahu akan tragedi yang telah berlaku di Sabra dan Shatila, termasuklah Humayraa sendiri.

“Itu sejarah hitam yang berlaku dalam dunia Islam pada tahun 1982. Malangnya, ramai di antara kita yang tak tahu tentang hal ni.” Dengan fasih dan lancar, lelaki Inggeris itu berbicara.

.....

(Kesemua perbualan asal adalah dengan menggunakan bahasa Arab)

DISEBABKAN peperangan yang berlaku di antara Palestin dan Israel, ramai rakyat Palestin melarikan diri ke negara-negara Arab yang lain seperti Mesir, Jordan, Lubnan dan sebagainya.

Sabra dan Shatila merupakan kem pelarian Palestin yang terletak di Beirut, Lubnan. Pada asalnya, kesemua pelarian Palestin berada di bawah kawalan Organisasi Pembebasan Palestin, PLO (Palestine Liberation Organization) yang terdiri daripada pejuang-pejuang Palestin di bawah bimbingan Yaseer Arafat. Suatu krisis dalaman telah berlaku terhadap PLO menyebabkan kesemua pejuang PLO menarik diri dari kem Sabra dan Shatila, membiarkan dua kem pelarian itu tanpa sebarang pelindungan kecuali bergantung pada Allah semata-mata.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEOù les histoires vivent. Découvrez maintenant