BAB 16

1.4K 68 1
                                    

HUMAYRAA!” Syafina menjerit ketika melihat keadaan Humayraa yang hampir lemas. Gadis itu segera mencampakkan beg sandangnya ke tanah lalu menceburkan dirinya ke dalam air yang mengalir deras untuk mendapatkan Humayraa.

Syafina menarik Humayraa yang bersusah payah mencari oksigen. Mereka berpaut pada sebiji batu sungai besar yang terletak di tepian, menghindari derasnya air sungai yang mengalir. Gadis bermata biru itu sudah terbatuk-batuk memuntahkan air yang ditelan. Nafasnya kelihatan deras namun matanya sudah semakin layu. Bibirnya membiru.

“Sya…fina?” Humayraa terbatuk-batuk lagi.

“Humayraa, bertahanlah.” Muka Humayraa pucat seperti tiada setitis darah pun yang mengalir pada wajah jernihnya. Bibir nipisnya kelihatan membiru tanda kesejukan yang melampau. Kini, kelopak mata gadis kacukan itu sudah tertutup sepenuhnya. Separuh badan mereka masih lagi berendam di dalam air.

Fahryil tiba dengan wajah yang cemas sambil matanya melilau memandang ke tanah untuk mencari hadiah pemberian Juvieya yang hilang di kawasan sekitar itu.

“Abang! Tolong, bang!” Jeritan daripada gadis yang sedang berpaut pada batu sungai itu menarik perhatiannya. Jelas kelihatan seorang lagi gadis yang sudah lencun dan terkatup rapat matanya. Itulah gadis cantik yang berbual dengannya seketika tadi!

Fahryil turun ke tepian yang agak curam dengan berhati-hati lalu mendapatkan mereka.

“Abang, tolong kawan saya ni, bang. Abang tolong angkat dia ke atas.” Pinta Syafina sebaik sahaja Fahryil tiba.

Tanpa berfikir panjang, Fahryil menarik bahu Humayraa manakala Syafina tidak ketinggalan membantu menaikkan tubuh Humayraa ke daratan.

Fahryil dan Syafina membaringkan tubuh Humayraa di atas tanah. Pantas sahaja Syafina memeriksa rentak pernafasan Humayraa yang perlahan. Fahryil pula tanpa menunggu lama, terus menanggalkan sweater yang dipakai lalu diserahkan kepada Syafina.

Is she breathing?

Sweater itu disambut lalu pantas dijadikan alas tubuh Humayraa yang kini sejuk melampau. Pergelangan kiri gadis kacukan Inggeris-Palestin itu dicapai lalu Syafina membuat kiraan nadi.

“Pernafasan lemah. Denyut nadi dia sangat perlahan. Tadi dia sedar dan dah terbatuk-batuk. Dia masih bernafas. Dia tak lemas. Hampir saja,” Syafina memberitahu.

Dia kemudiannya mengeluarkan sapu tangannya lalu memeriksa sekitar betis kanan Humayraa. Syafina menyentuh beberapa tempat sebelum mengikat kawasan yang diyakini tercedera itu menggunakan sapu tangannya.

“Saya call ambulans.” Fahryil bertindak pantas.

“Humayraa, bangun! Humayraa, bangun! Jangan tidur! Bangun, Humayraa!” Gadis itu menepuk-nepuk bahu Humayraa, cuba menyedarkannya.

“Hmm…” Humayraa membalas lemah namun tidak membuka matanya.

"Dik, awak ada baju salinan?" Fahryil yang datang semula dengan membawa sebuah beg travel yang ada dalam keretanya, bertanya pada Syafina.

"Saya ada untuk saya, tapi dekat bawah sana,"

“Tak apa. Saya ada baju kering. Awak kena cepat tanggalkan baju basah dia ni, tukar dengan baju yang kering. Kalau tak, dia boleh kena hypothermia,” Fahryil yang mencangkung di sebelah Humayraa, memberitahu Syafina berdasarkan pengalamannya yang pernah tinggal di negara empat musim.

Syafina kelihatan teragak-agak apabila Fahryil menyuruhnya membuka baju Humayraa dan menggantikannya dengan baju milik lelaki tampan itu, di situ.

"Jangan risau, saya tak tengok. Awak buat saja demi nak selamatkan nyawa dia." Fahryil seakan faham akan apa yang difikirkan oleh gadis di hadapannya.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEOnde histórias criam vida. Descubra agora