BAB 78

1.3K 55 1
                                    

"FAHRYIL, charity auction ni untuk apa?" Humayraa yang duduk di sebelah suaminya, membisik perlahan. Kelihatan dewan hotel yang dihias serba megah itu kian dipenuhi dengan figura-figura korporat yang terkenal. Majlis makan malam itu akan bermula tidak lama lagi.

"Untuk projek pembinaan tangki air dekat Afrika yang bernilai 100 juta." Lelaki itu membalas ringkas sambil matanya khusyuk memandang skrin telefon bimbitnya.

"Hai, Humayraa." Sapaan itu membuatkan Humayraa dan Fahryil segera mengangkat pandangan. Suara itu sangat dikenali pemilik empunya badan. Humayraa tersenyum lebar apabila melihat Fateh yang berdiri di sisinya. Fahryil pula sempat menangkap ekspresi ceria isterinya sebaik sahaja melihat kehadiran pemuda itu di situ.

Fateh mula mengambil tempat di sisi kanan sahabatnya. "Long time no see. You look gorgeous. As usual." Lelaki itu tersenyum senget, menampakkan barisan giginya yang putih bersih.

"Ya Allah, Fateh! Lamanya tak jumpa. Fateh sihat? "

Fahryil berdehem. "I didn't know that you can casually sit wherever you want in this occasion." Sempat lagi lelaki itu menghadiahkan sebuah jelingan kepada Fateh. Humayraa yang duduk di antara mereka berdua hanya mendiamkan diri. Bahang panas mula terasa.

"I supposed that you didn't really pay much attention, Fahryil. Look at this." Fateh menunjukkan kad yang berdiri tegak di atas meja makan mereka. Tertera nama Empire Berhad dan I&A Holding di situ. Ternyata mereka merupakan teman semeja untuk malam itu.

"Apa cerita Fateh sekarang? Adam mana?" Humayraa cepat-cepat mencelah, dengan seraut wajah yang jelas teruja dapat bertemu sahabatnya di situ.

"Macam biasa, Fateh tolong Tok Ayah. Adam ada je dekat rumah, main game. Dia kan anak bongsu kesayangan, tak macam Fateh, cucu sulung yang banyak tanggungjawab." Sempat lagi lelaki kacukan Belanda itu berseloroh di hujung ayatnya membuatkan Humayraa tertawa kecil.

"Tok Ayah tak datang ke?" pertanyaan gadis bermata biru itu mengundang cebikan di bibir Fahryil. Tok Ayah? Amboi, rapatnya kamu!

"Tok Ayah tak datang malam ni. Dia sakit belakang. Lagipun kami nak fly ke London, tengah malam ni. Fateh datang sebagai wakil company je." Fateh seperti biasa, wajahnya tidak pernah kontang dengan senyuman.

"Mayraa, cik Imah apa khabar? Kali terakhir Fateh jumpa cik Imah, dia beritahu Fateh yang dia tengah belajar mengait."

"Mengait?" Dahi Humayraa berkerut sedikit.

"Oh, patutlah haritu Mayraa pernah ternampak ada banyak benang mengait dalam bilik ibu!" Gadis bermata biru itu baru teringat akan hal tersebut.

"Fateh saja sembang dengan cik Imah, minta dia kaitkan winter scarf untuk Fateh pakai dekat London nanti. Haritu, abang Man ada bawa balik sehelai winter scarf, kiriman daripada cik Imah. Tak sangka pula dia betul-betul kaitkan untuk Fateh." Lelaki kacukan Belanda itu tersengih melihat mulut Humayraa yang sudah melopong. Mata biru itu terkebil-kebil buat seketika.

"Eh? Mana adil! Kenapa Fateh dapat, tapi Mayraa tak dapat apa-apa pun?"

Fateh Imann tergelak melihat reaksi tidak puas hati sahabat baiknya itu.

"Fateh kan jejaka pilihan cik Imah," serentak itu juga Fahryil yang sedari tadi hanya mencuri dengar perbualan itu, menghadiahkan jelingan maut kepada Fateh. Hatinya betul-betul panas membara.

"Ladies and gentlemen, the programme will start shortly." Pengacara majlis membuat pengumuman yang menandakan majlis akan bermula tidak lama lagi.

.....

"THIS is one of Suzanne Belperron's last masterpieces. The name of this jewellery' set is Eternal Love. It has 8 carats of vivid blue diamonds which is one of the rarest diamonds in the world, combined together with platinum. The starter price is 500 thousand USD."

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now