BAB 6

1.6K 71 0
                                    

“INI,” Rahimah menghulurkan sebuah beg kertas yang mengandungi sepasang baju milik Humayraa. Wanita tersebut masih bijak mengawal riak wajahnya walau hakikatnya, hatinya terasa berat melakukan semua ini tanpa pengetahuan anak kesayangannya itu.

“Kalau macam tu, jomlah kita pergi.” Ajak Puan Sri Jeanne sebaik sahaja menyambut huluran itu. Rahimah sekadar menggeleng, sopan dalam menolak permintaan yang dihulurkan.

“Tak apalah, Anne. Awak sajalah yang pergi.”

“Humayraa ada dekat rumah ke?” Puan Sri Jeanne bertanya sambil terjenguk-jenguk sedikit ke dalam rumah yang tampak kosong dan sepi.

Sekali lagi Rahimah menggeleng. “Dia keluar dengan kawan-kawan dia.” Jawabnya tanpa berselindung. Serentak itu jugalah, Puan Sri Jeanne menarik lembut tangannya.

“Alah, Mah. Awak temankan saya carikan barang untuk budak-budak tu, ya? Lagipun, awak lebih tahu tentang Humayraa. Saya ingat nak cari barang dan nak uruskan lagi beberapa hal yang masih belum selesai.” Permintaan yang berunsur sedikit paksaan. Rahimah akhirnya hanya mampu akur sahaja. Lagipun, ada betulnya apa yang dikatakan oleh wanita elegan di hadapannya ini. Dia lebih mengenali Humayraa.

Mereka berdua akhirnya masuk ke dalam perut kereta. Rahimah sekadar membiarkan Puan Sri Jeanne berkata-kata dengan pemandu peribadinya. Dia juga perlu membiasakan dirinya dengan situasi ini.

Tanpa disedari, keluhan halus terhembus keluar. Sebelum Mursyid Ali meninggal dunia, mereka sekeluarga tinggal di kuarters pekerja yang disediakan oleh badan sukarelawan tempat kerja Mursyid.

Namun, sebaik sahaja Mursyid Ali meninggal dunia, mereka terpaksa keluar dari rumah milik syarikat itu dan terpaksa menanggung kesusahan untuk mencari rumah sewa. Bantuan yang dihulurkan masih tidak dapat menampung hidup mereka berdua di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Akhirnya, mereka tinggal di pinggir kota dan Rahimah menyara kehidupan dengan menjual kuih dan mengajar kelas mengaji di surau.

Satu sentuhan lembut di bahunya membuatkan wanita itu tersedar semula dari lamunan. Rahimah memaling ke arah Puan Sri Jeanne yang duduk di sebelahnya. Masih jelas keanggunan wajah wanita yang berketurunan Thailand itu di pandangan matanya.

“Hari tu, saya dah pergi ke sekolah Humayraa.” Puan Sri Jeanne memulakan bicara. Rahimah hanya diam, enggan menyampuk.

“Tak sangka pula, pengetua sekolah tu merupakan salah seorang kawan saya semasa di tingkatan lima.” Puan Sri Jeanne tertawa kecil manakala Rahimah pula sudah tercengang.

“Jadi saya beritahu dia tentang Humayraa dan Fahryil. Dia kata dia boleh uruskan hal Humayraa. Pihak atasan sekolah sudah pun bersetuju untuk merahsiakan hal ini. Lagipun, arwah suami juga ada seorang kawan di Kementerian Pelajaran.” Cerita Puan Sri Jeanne serba sedikit. Rahimah mengangguk-angguk faham.

“Sebagai membalas budi, saya bersetuju untuk mendermakan sejumlah wang kepada pihak sekolah. Empire juga akan menaja majlis sambutan hari guru sekolah itu yang akan diadakan pada minggu hadapan. Lagipun, ini merupakan tahun terakhir Humayraa bersekolah. Biarlah majlis itu meriah,” sambung wanita berselendang itu lagi.

“Humayraa itu, anak yang baik. Kalau sekali tengok, dia tu macam lengkap serba-serbi. Tetapi, untuk umur yang muda sebegitu, dia telah melalui banyak benda. Sebelum ini, Humayraa seorang yang pendiam. Diamnya itu menyimpan segala perasaannya. Sejak dulu, orang selalu sakitkan hati dia dan buat dia sedih. Dia selalu menangis sehinggalah sampai satu masa, dia dah tak rasa lagi semua tu. Dia macam dah tak tahu apa itu rasa sakit hati.”

“Kalau awak perasan, Humayraa sudah berusia 18 tahun tetapi dia baru sahaja berada di tingkatan lima dan baru nak ambil SPM. Ini disebabkan setahun dia tidak pergi ke sekolah. Pada tahun Mursyid meninggal dunia. Humayraa kemurungan teruk. Untuk menyambung persekolahannya semula, saya terpaksa buat rayuan ke PPD dan akhirnya dia dapat menyambung semula persekolahannya tetapi sudah tertinggal setahun. Waktu itu, saya terus ambil keputusan untuk pindah ke sini dan pindahkan Humayraa ke sekolah baharu. Sekarang ni, dia dah okey sikit. Alhamdulillah dia ada dua orang sahabat yang baik, yang selalu menggembirakan hati dia. Itulah Humayraa.” Tiba-tiba sahaja Rahimah membuka satu lagi sejarah kehidupan anaknya yang disimpan rapi dalam lipatan memori. Rahimah tersenyum kelat. Memandang kembali ke arah Puan Sri Jeanne yang terkaku mendengar kisah itu. Pandangan itu adalah pandangan yang penuh makna dan kata-kata yang terlontar itu tersirat maksud yang mendalam.

.....

FAHRYIL menjawab panggilan yang masuk. Dengan malas dan rasa mengantuk yang masih bersisa, iPhone itu ditekapkan ke telinga. Sebelah tangannya menarik selimut tebal lalu menutupi sekujur tubuh kekarnya.

"Hello... hmm?" Kedengaran suara Fahryil serak-serak basah.

"Hi, honey! You tidur ke? Am I disturbing your sweet dream?" Suara ceria di hujung talian bertanya prihatin. Suara itu membuatkan Fahryil tersenyum biarpun matanya tertutup. Dia yang berbaring secara mengiring kini sudah terlentang menghadap siling bilik tidurnya yang serba mewah.

"No, I tak tidur pun. Sakit tekak. Biasalah," bohong lelaki itu. Dia tidak mahu membuat Juvieya berasa serba salah. Hatinya tidak sanggup.

"Oh. You ni comellah. Tekak pun tak pandai nak jaga. Nak I tolong take care kanlah tu," Juvieya tertawa kecil di hujung talian. Kedengaran mesra dan bahagia. Fahryil ikut senyum. Hatinya berbunga kembali setelah mendengar suara lunak dan tawa manja kekasih hatinya.

"I nak tanya you sesuatu, Danny. Ini serius tau!" Tawa gadis itu kedengaran sudah reda. Soalan yang ditujukan bernada serius membuatkan senyuman lebar di bibir Fahryil mati serta-merta. Entah kenapa tiba-tiba hatinya berasa berdebar.

"You.... rindukan I tak?" Soalan itu sengaja diungkapkan penuh suspens.
Diam-diam, Fahryil menghela nafas lega.

Senyuman kembali bergayut mesra di bibirnya. "I miss you so much, love. I can't bear it anymore. I've been longing to see your beautiful face and smile for so long." Suara Fahryil kedengaran garau dan serak-serak basah.

"Alaa... so sweet, baby. Danny, I balik Malaysia hari Sabtu ni." Ujar suara di hujung talian penuh manja.

"You balik? Sabtu ni? Oh my God! Are you serious, honey? I can't wait! I rindu you sangat-sangat." Fahryil terduduk serta-merta apabila mendengar berita tersebut. Matanya terasa segar.

"Yes, honey. Me too. I'm looking forward this weekend, "

"Me too, honey."

"Bye, love you."

"Love you too so much."

Talian diputuskan. Fahryil tersenyum lebar sebelum ingatannya kembali terimbau akan realiti dan ketentuan yang telah dicipta untuk dirinya. Kelak, dia bukannya disatukan dengan gadis pujaan hatinya itu. Takdir telah menentukan jodohnya dengan seseorang yang langsung dia tidak kenali. Takdir? Jodoh? Fahryil mencebik. Dia terus membungkus sesusuk tubuhnya. Malas dia hendak berfikir tentang hal yang jelas menyakitkan hatinya itu.

~

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now