BAB 61

1.3K 47 1
                                    

FAHRYIL menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Humayraa. Gadis yang kemas memakai seragam sekolah itu kelihatan kekok sambil matanya mengerling ke arah kiri dan kanannya. Beberapa orang pelajar sekolah yang berada di pintu pagar utama sekolah mula menoleh-noleh ke arah mereka berdua. Lambat-lambat gadis itu mencapai tangan Fahryil lalu menyalami tangan suaminya.

"Fahryil, kenapa awak drop saya betul-betul depan sekolah ni? Kenapa tak parking dekat tempat biasa? Ramai orang tengoklah," gadis itu berbisik perlahan. Fahryil sekadar meleretkan senyuman senget.

"Just go finish your remaining exams, Anatra. Tak dapat result okay pun tak apa. Just do your best, okay?" belum sempat Fahryil mengucupi dahi Humayraa, gadis itu cepat-cepat menekup bibir lelaki itu dengan tangannya. Mata birunya membulat besar dan dahinya dikerutkan. Berani nak buat depan semua orang?!

Fahryil tergelak kecil melihat tindakan spontan gadis kacukan Inggeris-Palestin itu. Dia mengusap kepala Humayraa.

"All the best, hun."

Lelaki itu mula memasuki perut kereta mewah BMW yang dipandu oleh Pak Tam. Sempat juga dia melambaikan tangannya sebelum kereta itu meluncur pergi.

Humayraa menyentuh tapak tangan yang digunakan untuk menghalang bibir Fahryil seketika tadi. Tangan itu digenggam lalu dibawa dekat dengan dadanya yang terasa mahu pecah. Haih... Fahryil Danial. Hanya keluhan yang mampu dihembuskan.

.....

HUMAYRAA menghabiskan sisa-sisa hari peperiksaan percubaan SPM dengan lancar. Dia tidak pernah lagi pengsan secara tiba-tiba seperti tempoh hari. Doktor hanya memberikan pesanan supaya mendapatkan rehat secukupnya dan tidak memaksa dirinya sendiri. Dengan rehat yang secukupnya dan melakukan aktiviti yang menjaga kesihatan mentalnya, kesihatannya bisa pulih seperti sedia kala. Jika dia terus-menerus tidur lewat sehingga 2 hingga 3 pagi setiap hari, hal itu akan mengundang bahaya pada dirinya.

Gadis itu sedang bersantai sambil membuat latihan di meja batu yang ada di taman bunga di rumah banglonya. Cuaca pagi di hujung minggu itu sangat baik. Meja batu itu dipenuhi dengan bahan pembelajarannya dan juga sebuah Macbook yang sedang memaparkan wajah Imann Adam di skrin. Mereka berdua sedang berkomunikasi melalui panggilan video menggunakan laptop di rumah masing-masing.

"Adam, kalau soalan nombor 11 tu, cuma guna formula tadi tu je kan?" Humayraa yang sedang duduk seorang diri di taman bunga rumah banglonya sedang fokus membuat latihan subjek Matematik Tambahan. Dia sedang berkomunikasi bersama Imann Adam melalui panggilan video.

"Haah, Mayraa. Kalau kau perasan, soalan nombor 11 ni sama dengan soalan nombor lima. Kau ikut je step yang aku ajar tadi," Suara Adam terbit daripada corong speaker Macbook itu. Wajah tampannya kelihatan memenuhi ruang skrin. Humayraa mengangguk beberapa kali tanda faham. Dia mula menjawab soalan yang dibincangkan.

"Anatra! Ohh Anatra!" Suara Fahryil yang tiba-tiba kedengaran membuatkan Humayraa berhenti menulis. Haish... nak apa pula mamat sorang ni.

"Anatra, kau buat apa?" Fahryil yang baru tiba di taman bunga itu mula mendekati Humayraa dan menjenguk sedikit buku latihan isterinya.

"Anatra?" Suara Imann Adam yang tiba-tiba kedengaran mengingatkan gadis bermata biru itu akan kewujudan sahabatnya secara maya. Tumpuan Fahryil turut teralih kepada Adam.

"Who's this?" spontan sahaja lelaki itu bertanya. Ada nada tidak puas hati dalam pertuturannya.

"Awak nak apa? Saya tengah study ni. Dia tolong ajar saya," Humayraa enggan mengulas lebih lanjut.

Fahryil mengecilkan matanya dan keningnya dijongketkan sebelah. Tanpa sebarang amaran, dia menekan butang 'Leave' pada skrin itu.

"Good bye, boy."

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें