BAB 14

1.3K 62 1
                                    

HUMAYRAA melihat sekeliling. Hmm... dah bersih! Gadis bermata biru itu tersenyum lebar. Dia mengesat peluh yang mula terbit di dahi menggunakan belakang tangan. Mata birunya sekali lagi melilau memandang ke serata arah. Mana budak-budak yang lain? Berkerut sedikit dahinya. Sekadar beberapa orang awam sahaja yang ada di situ.

Humayraa berjalan ke arah tong sampah yang disediakan untuk membuang sampah-sampah yang dikumpulnya. Sekali lagi dia memandang sekeliling. Mana semua orang? Pelik.

Dia mengorak langkah menuju ke kawasan utama yang terasa sudah jauh ditinggalkan. Tanpa sedar dia sebenarnya sudah jauh melangkah sehingga terasa begitu hampir dengan kawasan punca air terjun. Hatinya tiba-tiba berasa tidak enak. Sudahlah telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri. Langkah Humayraa semakin besar. Kekalutannya menyebabkan dia terlanggar seseorang. Gadis bermata biru itu hampir-hampir terjatuh.

“Maafkan saya,” ucap Humayraa sepantas bahunya terlanggar seorang lelaki yang sedang menjawab panggilan telefon. Lelaki itu memandangnya sekilas sebelum mengangguk sekali. Pantas sahaja dia melangkah pergi meninggalkan Humayraa di situ.

Entah mengapa, melihatkan lelaki itu, Humayraa terdiam dan fikirannya tiba-tiba menjadi kosong untuk beberapa ketika. Baru sahaja dia ingin kembali melangkah, kakinya terpijak sesuatu. Pantas sahaja gadis itu menunduk untuk melihat.

“Eh, ini...” sebuah keychain cantik yang sudah agak kotor di pegangannya. Humayraa membersihkan sedikit tanah-tanah yang melekat pada barang itu.

“Mesti barang ini terjatuh masa dia terlanggar aku tadi,” dia berbisik sendirian.

Humayraa bangkit. Baru sahaja dia ingin mengejar lelaki tadi, tiba-tiba jalannya dihalang oleh sekumpulan gadis yang sepertinya pernah dilihat sebelum ini. Wajah salah seorang daripada mereka membuatkan Humayraa terkejut dan mengundur setapak ke belakang. Degupan jantungnya bertambah laju. Tangannya mengenggam erat keychain tersebut.

.....

“BAIK, mama. Aril nak baliklah ni.” Fahryil sudah penat memberitahu mamanya yang asyik risau akan dirinya. Terkadang terasa rimas diperlakukan sebegitu. Seolah-olah dia masih lagi kanak-kanak kecil yang tidak mengenal dunia.

“Hah, okey. Bye.” Talian dimatikan.
Fahryil pantas membuka pintu kereta BMWnya. Dia segera masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin. Perlahan-lahan, keretanya bergerak keluar dari kawasan air terjun itu. Dia langsung tidak perasan bahawa sesuatu yang disayanginya telah hilang.

Pemanduannya sudah hampir ke jalan besar. Walaupun radio dipasang, namun sedikit pun hatinya tidak tertarik untuk mendengar. Fikiran Fahryil melayang jauh sehingga ke Milan, Itali mengenangkan Juvieya yang berada di sana. Namun dalam masa yang sama juga, Fahryil teringat akan suara lelaki ketika dia menelefon buah hatinya tempoh hari. Mengenangkan hal itu, dia mengeluh halus.

“Vieya, I dah penat mempertahankan cinta kita. Bila you nak balik?” Seperti orang yang sudah hilang kewarasannya, Fahryil berkata seorang diri. Sekali lagi dia mengeluh halus.

Lampu trafik kini berwarna merah. Perlahan-lahan Fahryil memberhentikan keretanya. Saat yang tertera di sebelah lampu berwarna merah itu menunjukkan bahawa lampu trafik itu baru sahaja bertukar warna.

Lelaki itu membelek telefon bimbitnya. Dia kembali terkenang akan gadis model yang sedang sibuk dengan kerjayanya di Itali. Fahryil membuka bahagian kandungan video lalu memainkan sebuah video yang berada di senarai paling atas.

Hi, Danny! You tengah buat apa tu? Jangan rindu I tau! Next week I balik. Nanti kita keluar sama-sama. Comel tak keychain yang I buat tu? Special tau I buat. You...” Fahryil terus membelek kunci BMWnya untuk melihat keychain pemberian Juvieya. Terkejut besar lelaki itu tatkala mendapati bahawa barang hiasan tersebut sudah tiada lagi di tempatnya.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu