BAB 74

1.2K 56 2
                                    

"HANA NATRAH, let's go to the meeting room. We have department meeting this morning." Ajakan Diyana mengalihkan tumpuan Humayraa yang dari tadi khusyuk menyusun dokumen yang ada di rak fail. Gadis bermata biru itu kelihatan sedikit terpinga-pinga kerana sebelum ini, dia belum pernah lagi dijemput untuk turut serta dalam mana-mana mesyuarat yang diadakan. Humayraa mengangguk sedikit dan mula mencapai buku notanya.

Mereka melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat yang sudah hampir dipenuhi dengan staf-staf bahagian strategik korporat yang lain. Masing-masing hanya berbual sesama sendiri dan meminum air sementara menunggu mesyuarat jabatan dimulakan oleh Khairul. Apabila Humayraa dan Diyana melangkah masuk, mereka yang lain mula diam. Masing-masing menoleh ke arah gadis bermata biru itu sambil berbisik sesama sendiri.

"Cantiknya budak tu..." kebanyakan mereka hanya membisikkan hal yang sama.

Humayraa hanya diam dan duduk di sebelah Harraz. Hanya mereka berdua sahaja yang merupakan staf pelatih di situ.

"Okay, guys. Let's start our meeting this morning." Khairul yang baru tiba di dalam bilik mesyuarat itu terus sahaja bersuara, sekali gus menarik tumpuan semua orang.

"So before that, I would like to welcome and introduce our new team member that will be doing her internship in our department. For those who didn't know, she's already in her third day in our department as of today. Hana Natrah, please introduce yourself."

Humayraa berasa gugup apabila mendengar nama samarannya disebut. Tahulah dia bahawa salah satu tujuan mesyuarat mereka pada pagi itu adalah untuk memperkenalkan dirinya kepada staf-staf yang lain. Gadis bermata biru itu bangun dari duduknya. Seulas senyuman nipis dihadiahkan buat semua mata yang memandang.

"Assalamualaikum and hello, everyone. My name is Hana Natrah. You can call me Hana. I'm 23 years old. Currently studying at..." Humayraa menceritakan semula sedikit data samaran yang telah dicipta oleh Fahryil untuk dirinya. Mujur sahaja dia sudah 'mengenali' identiti palsunya terlebih dahulu.

"Mesti budak bijak ni sebab belajar dekat universiti tu," Humayraa dapat menangkap ayat itu diungkapkan oleh salah seorang staf di situ apabila dia selesai memperkenalkan dirinya. Ada beberapa staf yang mengangguk setuju.

Fahryil, awak ni memang betul-betul nak bunuh saya. Gadis itu hanya mampu merintih di dalam hatinya. Masakan tidak, nama universiti itu sahaja sudah boleh menjadi isu di sini.

"Hana, I just want to ask. A very easy question. Can you explain to me the levels of strategies?" pertanyaan Khairul yang dilihat sengaja ingin menguji Humayraa itu, mendapat perhatian semua orang. Suasana di dalam bilik mesyuarat itu menjadi senyap, menantikan jawapan daripada gadis bermata biru tersebut.

Ya Allah... apa kejadah pula 'level of strategies' tu? Sekali lagi hati kecilnya bersuara. Gadis itu berasa seperti mahu menangis apabila mereka sengaja memperlakukannya seperti itu. Oh please...

Humayraa hanya diam sambil matanya tunduk memandang meja. Kelakuannya persis seorang pelajar yang tidak berjaya menjawab soalan cikgunya.

"Hana... that four level. The functional, operational, business and corporate. That one." Harraz berbisik kepada Humayraa, dengan nada suara yang cukup perlahan agar tidak didengari oleh orang lain. Mata biru itu mengerling ke arah lelaki tersebut, satu senyuman kekok terbit di bibir nipisnya.

Terima kasih sebab tolong tapi awak cakap apa pun saya tak faham, Harraz. Mahu sahaja dia mengungkapkan ayat itu, di situ. Lambat-lambat, gadis itu menghembuskan keluhan halus.

"I'm sorry. I don't know," jawab gadis bermata biru itu dengan nada yang mendatar.

"You don't know? Such a basic thing?" Khairul sengaja menimbulkan provokasi di situ. Humayraa mengetap bibirnya, cuba menahan perasaannya yang mula bergelojak. Sudah terang bahawa Khairul sengaja cuba memalukannya, barangkali lelaki itu masih tidak berpuas hati tentang isu kopi semalam.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now