BAB 54

1.1K 51 0
                                    

SEPASANG tangan mencapai tudungnya. Cuba menarik tudung yang tersarung kemas di kepalanya. Sepasang tangan lagi cuba mengunci pergerakannya. Mereka cuba menyerang gadis pengawas itu secara serentak.

Nisyha cuba untuk membuat tendangan namun pergerakannya terbatas dek skirt labuh uniform pengawasnya. Jika tidak, pasti ada yang menerima high kick pada pagi ini. Gadis itu membongkokkan sedikit tubuhnya ke hadapan, mencapai tangan yang merangkulnya dari arah belakang, lalu dia dengan sekuat hati menghumban tuan punya badan ke hadapan.

Seorang sudah tersungkur. Berbaki lagi empat.

Nisyha menggenggam kuat pergelangan tangan yang cuba merosakkan tudungnya. Tangan itu dipulas dan ditarik ke belakang badan. Kakinya menguis pelipat kaki pelajar perempuan tersebut menyebabkan pelajar itu terduduk melutut. Dengan sekuat hati, dia menolak tubuh itu sehingga tersembam mencium hamparan rumput.

Ada juga yang sudah makan penumbuknya pada pagi itu.

Nisyha masih dalam posisi bersiaga. Dia memicingkan pandangan pada lawannya. Baju pengawasnya sudah kotor dan comot. Tudungnya yang dimasukkan ke dalam kemeja pengawas sudah tidak terurus. Namun gadis tersebut sedikit pun tidak menghiraukan semua itu. Apa yang penting ialah dia sudah tidak mempunyai ihsan pada gadis-gadis di hadapannya itu.

Mereka sudah memfitnah dan menghina sahabat baiknya. Pembulian yang dilakukan adalah secara terang-terangan! Mereka juga sudah memijak kepala dan badannya. Mereka sangat kurang ajar dan melampau. Sangat melampau!

.....

"FATEH!!! Ada pergaduhan berlaku di belakang sekolah! Sekarang!" seorang pengawas lelaki berlari sambil melaung nama Fateh berkali-kali. Wajahnya tampak cemas. Fateh yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam bilik disiplin terbatal niatnya. Dia menoleh ke arah pengawas lelaki yang sudah tercungap-cungap itu.

"Kak Nisyha... Kak Nisyha... dekat belakang sekolah... dengan Karmila..." pengawas itu cuba memperbaiki pernafasannya.

Mata Fateh membulat. Sebaik sahaja nama Nisyha terpacul daripada mulut anak buahnya itu, dia terus sahaja membuka langkah besar meninggalkan kawasan itu secepat mungkin. Nalurinya dapat merasakan sesuatu yang buruk sedang berlaku.

Cikgu Burhan yang merupakan guru disiplin sekolah keluar dari biliknya.

"Apa kecoh-kecoh ni?"

"Cikgu... ada pergaduhan di belakang sekolah!"

.....

NO, Nisyha. No. Please don't do anything stupid. Hati Fateh mengulangi ayat yang sama berkali-kali. Mengharapkan bahawa Syarha Annisyha tidak melakukan perkara yang bodoh. Dia mempercepatkan lariannya.

Waktu pertama P&P sudah hampir tamat. Mereka semua tidak masuk ke kelas. Pagi tadi, satu sekolah digemparkan dengan rahsia Humayraa yang sudah terbongkar. Kali ini, sekolah mereka sekali lagi digemparkan dengan berita pergaduhan besar yang berlaku di belakang sekolah yang melibatkan penolong ketua pengawas dan lima orang pelajar perempuan.

Fateh menghampiri sekumpulan pelajar yang sedang mengerumuni sesuatu. Mereka sedang menyaksikan pergaduhan antara seorang pengawas dan sekumpulan samseng sekolah.

Mata coklat itu dapat menangkap wajah Nisyha yang sudah comot dan tidak terurus. Tiga orang pelajar perempuan sudah terbaring di atas hamparan rumput sambil mengerang kesakitan manakala lagi dua orang pelajar sedang bersedia untuk membedil gadis pengawas itu.

Nisyha masih berada dalam posisi bersiaga sebelum memulakan sebarang serangan.

"Nisyha!" lelaki itu mendekati sahabatnya.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEKde žijí příběhy. Začni objevovat