BAB 95

1.5K 74 2
                                    

"ASSALAMUALAIKUM," lamunan David Ianwood bersepai di bawa angin kering bumi Palestin itu. Dia menoleh ke arah punca suara dan menjawab salam suci itu seperti yang telah diajarkan oleh Isaac sewaktu hari pertama mereka tiba di bumi Anbiya ini. David menyapu sedikit debu yang menutupi kerusi batu yang ada di sisinya. Aisya tersenyum lalu melabuhkan punggungnya di kerusi itu sambil masih tetap menjaga jarak di antara mereka berdua. Ada seorang budak perempuan yang setia memegang tangan Aisya, turut duduk di sisi gadis itu.

"What are you doing here alone?" Gadis itu bertanya, kedengaran fasih berbahasa Inggeris kerana sering berkomunikasi dengan sukarelawan dari luar negara. Dia juga mempelajari ilmu perubatan daripada kakak saudaranya semasa kecil dan kemudiannya menyambung pelajaran di Kolej Kejururawatan Palestin yang terletak di kota Gaza.

"I'm just watching the kids," David melakarkan senyuman nipis seraya membuang pandang ke arah kanak-kanak yang sedang seronok bermain bola. Beberapa orang sukarelawan yang lain turut menyertai kanak-kanak di situ bermain bersama-sama. Terkadang, bunyi gelak tawa mereka kedengaran menyerikan suasana petang di situ.

"Hello, little girl. What is your name?" Lelaki bermata biru itu menoleh ke arah budak perempuan yang duduk di sisi Aisya sambil meleretkan senyuman.

"Dia tanya apa nama kamu," Gadis bermata hijau hazel itu menterjemahkan apa yang dikatakan oleh David kepada budak perempuan Palestin tersebut.

"Nama saya Razan." Budak perempuan itu menjawab dengan senyuman yang lebar.

"How old are you, Razan?" David kembali bertanya. Redup sahaja mata birunya memandang ke arah kanak-kanak itu.

"3!" Razan mengangkat tiga jarinya apabila Aisya menterjemahkan soalan yang seterusnya.

"Dia sangat tampan," budak perempuan berusia 3 tahun itu berbisik kepada Aisya dengan malu-malu. Gadis itu tergelak kecil dan mencuit pipi lembut Razan. David yang tidak memahami apa-apa sekadar tersenyum sambil melihat kembali ke arah budak-budak lelaki yang sedang bermain bola bersama beberapa orang sukarelawan.

"Actually, I really want to ask you. Why did you do all of this? I think, this is too sudden." Aisya akhirnya memberanikan dirinya untuk bertanya. Sebaik sahaja mata mereka bertembung, gadis itu cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah Razan yang sedang ralit bermain anak patung. Sudah lama persoalan itu bermain di fikirannya. Dirinya yang sering terlibat dan berurusan dengan pelbagai agensi sukarelawan dari luar negara membuatkan personaliti Aisya yang lebih terbuka dan lantang walaupun hakikat untuk seorang perempuan berdepan dengan seorang lelaki secara terang dan jelas agak luar biasa di situ.

"Do you believe in love at the first sight?" David memandang wajah Aisya.

"I mean... you don't know who I am and I don't know who you are. You just met me twice and you wanted to marry me?" Perlahan sahaja nada suara gadis itu.

David tersenyum. "Hello, nice to meet you. My name is David Ianwood. I am 27 years old. Single. From Edinburgh, Scotland. I do some business for a living. I am the first child and I have one younger brother, Darren. There's nothing much about my life. My life is quite simple,"

Aisya tergelak kecil. "You are so old!" Gadis itu menghabiskan sisa tawanya. Razan yang sedari tadi leka bermain anak patung, mula mengangkat pandangan, aneh melihat Aisya yang ketawa tiba-tiba.

"Am I? So how old are you? 15 years old?" David tidak berpuas hati apabila gadis itu berkata sebegitu. 27 tahun bukannya tua pun!

"My name is Aisya Humaira Salahuddeen. I am 22 years old. A Palestinian. I am a nurse. My family... we have seven people in the family but there's only me, my brother and my father left. The rest were killed. During a massacre," gadis itu terdiam lama setelah ayat yang terakhir itu dituturkan. Wajahnya kelihatan sayu. David turut terdiam.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें