BAB 91

1.4K 89 1
                                    

FATEH menapak memasuki lobi utama bangunan pencakar langit milik Empire Berhad yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur itu. Lelaki kacukan Belanda yang segak dan kemas memakai sut hitam itu melangkah dengan tenang. Sesekali dia melakarkan senyuman buat beberapa orang yang berselisih dengannya.

"Bos dah banyak berubah dah belakangan ni," perbualan di antara pekerja-pekerja perempuan yang ada sementara menunggu lif itu menarik perhatiannya.

"Haah. Tapi I suka perubahan bos kali ni, much more better than before."

"Dia dah tak macam dulu. Husband I kata, pernah sekali tu bos sendiri pergi laungkan azan Zuhur dekat surau company. Tapi sekali je dia buat, and tak ramai orang tahu itu dia yang azan sebab ramai orang keluar lunch. He said that it sounded so sad,"

"Dia putus cinta ke?"

"Gosh! Don't you know? Dia dah lama putus dengan girlfriend dia si model tu. Dah berapa kali perempuan tu kena heret keluar dengan guard sebab asyik datang sini buat hal,"

"They broke up? Jadi maknanya bos single lah sekarang?"

Fateh tergelak tanpa suara. Single? Dia terlupa bahawa Fahryil tidak pernah mengakui secara rasmi bahawa Humayraa merupakan isterinya, Puan Besar di Empire Berhad ini.

"Single? You are so wrong. Kau tak nampak ke gambar perempuan cantik yang tergantung dalam office boss? Sumpah cantik sangat perempuan tu. Yasmin kata itu isteri bos." Fateh tersentak apabila mendengar balasan daripada salah seorang pekerja perempuan di situ.

"What? Bos dah kahwin? Bila? Tapi..."

"Yes, he's a married man. Aku pernah sekali tertengok gambar tu masa hantar fail ke pejabat bos. She's so freaking beautiful and gorgeous like an angel. Much more better than that fashion model. Dalam company ni, cuma Yasmin dengan bos Hazman saja yang kenal dan pernah jumpa."

"Wait, you all tak tahu ke yang wife bos pernah intern dekat department I?" Seorang lagi pekerja perempuan yang selama ini hanya menjadi pendengar, mula mencelah perbualan itu. Pertanyaannya telah menaikkan sensasi dalam kalangan pekerja-pekerja yang ada di situ. Apabila pintu lif terbuka, mereka semua melangkah masuk ke dalam perut lif mewah itu tanpa berlengah.

"Are you serious?" Masing-masing teruja untuk mengetahui lebih lanjut.

"Betul. Nama wife bos Fahryil ialah Humayraa. Dia memang cantik pun. Putih melepak, pipi kemerah-merahan, mata biru. And what's more, she didn't wear any makeup. Natural beauty. Macam anak patung." Pekerja perempuan itu tersenyum penuh bangga apabila dapat menghuraikan ciri-ciri Humayraa dengan lebih terperinci.

"Mata biru? Dia orang Malaysia ke?"

"Nope. Mixed. Perfectly mixed."

"Wah, teringinnya nak jumpa Puan Besar kita. Dengarnya dia tu humble and simple je orangnya." Seorang lagi pekerja perempuan menambah. Secara spontan, Fateh yang sedari tadi mencuri dengar mengangguk kecil.

"Katanya, isteri bos tak ada sekarang. Don't know where she is,"

"Apa nak peliknya, she's not Malaysian. Dia dekat oversea lah tu,"

Pintu lif terbuka, pekerja-pekerja itu tidak lagi menyambung perbualan mereka apabila masing-masing tiba ke aras yang dihajati. Fateh merupakan orang terakhir yang melangkah keluar dari perut lif apabila dia tiba di tingkat paling atas bangunan korporat itu.

.....

HUMAYRAA menoleh ke arah punca suara yang datang dari arah belakang. Sebaik sahaja melihat gerangan yang tegak berdiri di belakangnya, gadis bermata biru itu tersenyum lebar. Dia bangkit dan mempersilakan orang itu untuk duduk.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEKde žijí příběhy. Začni objevovat