BAB 97

1.4K 71 1
                                    

"KULLU man 'alayha faan. Wa yabqa wajhu rabbika dzuljalali wal ikram. Fabi ayyi ala i rabbikuma tukadzdzibaan. (Segala yang ada di muka bumi akan binasa. Dan yang tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?) (55:26-28)." David memejamkan mata sambil mulutnya menyudahkan ayat itu dengan dengusan nafas kasar yang terhela. Dia cuba menahan rasa sakit yang menjalar di seluruh tangan kirinya. Mata biru itu menoleh ke arah Isaac yang tertidur di sebelah kanan katil. Ada senyuman nipis yang tercoret di bibir nipisnya.

"David." Panggilan itu telah menarik perhatiannya. Dia menoleh ke arah punca suara.

Salahuddeen yang sedari tadi bersandar di dinding wad itu mula melangkah mendekati katil David. Dia dapat melihat wajah tampan itu sedikit keliru tatkala pandangan mata mereka bertaut. Ini ialah pertemuan mereka buat kali pertama.

"Yes? Can I help you?" Lelaki bermata biru itu memaksa dirinya untuk tersenyum. Lambat-lambat, dia dapat melihat Mateen yang baru muncul dari belakang Salahuddeen.

"My name is Salahuddeen Al-Affan. I am the father of Mateen and Aisya Humaira," wajah garang itu memperkenalkan dirinya sendiri membuatkan David terkejut besar menerima kedatangan tetamu yang tidak disangka-sangka itu. Dia tidak menyedari akan kewujudan Salahuddeen di situ. Lelaki Inggeris itu cuba untuk bangkit dari pembaringannya namun dia terbaring kembali akibat rasa sakit yang mencengkam.

"It's okay. You don't have to force yourself, young man. I just want to see you." Lelaki Palestin berjambang itu meleretkan senyuman.

"If you are serious about my daughter, Aisya, I'm here to hand her over to you. As her father, I hope we can discuss regarding your marriage after your condition is better."

"Allahu akbar! Allahu akbar!" David menangis teresak-esak sekaligus mengejutkan Isaac yang tertidur dalam keadaan duduk di sisinya. Lelaki Inggeris itu terpinga-pinga apabila melihat bosnya dalam keadaan begitu.

.....

(Kesemua perbualan asal adalah dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya)

"KEBERGANTUNGAN dan kepercayaan dia kepada Tuhan sangat mengagumkan. Malah lebih hebat daripada kebanyakan Muslim di luar sana biarpun dia ialah saudara baru. Ayah saya seorang yang garang dan jenis yang berterus-terang. Tanpa teragak-agak, baba bersetuju untuk menikahkan Aisya dengan David. Walaupun baba tak cakap, tapi saya tahu yang baba sukakan David pada detik pertama mereka berjumpa." Mateen diam. Wajahnya berubah menjadi sayu. Rasa rindu itu bertandang kembali.

"Kondisi David semakin baik dan dia pun sudah boleh menggerakkan tangan kirinya. Selepas lebih kurang empat hari kemudian iaitu pada hari terakhir mereka berada di bumi Palestin, selepas solat Jumaat, David dan Aisya selamat diijabkabulkan di dalam Masjidil Aqsa. Saya ada ternampak Michael semasa majlis pernikahan itu cuma mungkin kamu tidak sedar akan kewujudan saya. Lagipun pada waktu itu, saya perlu beredar awal kerana keadaan di Ramallah yang tidak berapa baik." Lelaki Palestin itu memandang Michael dengan seulas senyuman nipis.

"Oh, patutlah saya tak ingat langsung tentang kamu, Mateen. Lagipun pada waktu itu, terlalu ramai orang yang menghadiri majlis akad nikah David dan Aisya. Saya ingatkan yang mereka semua tahu identiti sebenar David sebagai salah satu figura penting di UK, tetapi tidak. Itu semua hanyalah sekadar kekuatan persaudaraan Muslim di Palestin yang sangat hebat." Michael mencelah.

Humayraa menoleh ke arah pakcik kembarnya itu. "Jadi, uncle berdua ada ketika majlis akad nikah itu?"

"Ya betul," sepasang kembar itu mengangguk hampir serentak.

"Aunty pun ada juga sewaktu akad nikah itu." Tambah Lisa pula sambil memandang ke dalam anak mata biru milik Humayraa.

"Kami tiba di Amman, Jordan pada pagi itu bersama dengan barang kemas dan beberapa dokumen penting yang David minta untuk bawa. Kami terbang ke Jordan dengan menggunakan jet peribadi David dan pergi ke Jerussalem dengan menaiki kereta. Itu merupakan satu perjalanan yang sangat panjang, tetapi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan dan risiko ditahan oleh puak Zionis sekiranya kami terus sahaja mendarat di Palestin, sebab itulah kami mendarat di Jordan terlebih dahulu," Michael pula yang bercerita.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now