BAB 13

1.3K 65 0
                                    

"WEI, cepatlah sikit!" Humayraa turut memandang ke arah sekumpulan peserta lelaki yang memanggil seorang kawannya. Pelajar-pelajar lelaki itu sudah pun berendam di dalam air sementara menunggu seorang lagi rakan mereka yang mahu meletakkan beg plastik yang dipenuhi sampah terlebih dahulu. Humayraa yang sekadar menjadi pemerhati dari jauh hanya mampu menggeleng.

"Kesiannya Fateh dengan Nisyha," gadis itu sekadar berbisik sendirian. Dia kembali meneruskan aktiviti mengutip sampah yang tergendala.

Jika dibilang, ini sudah merupakan kumpulan yang ketiga dia melihat pelajar-pelajar yang menyertai program sukarelawan itu mengingkari arahan Fateh. Ketika di sekitar kawasan utama, dia terperasan dua kumpulan pelajar lelaki dan perempuan sudah pun bersuka-ria bermandi-manda berendam di air yang sejuk. Disebabkan itulah, Humayraa mendaki sedikit menaiki kawasan atas, enggan melihat adegan-adegan yang tidak diingini. Namun, dia masih lagi terserempak dengan sekumpulan budak lelaki yang merupakan pelajar dari sekolahnya.

Humayraa kembali meneruskan aktivitinya yang tergendala sambil melangkah semakin jauh meninggalkan kawasan itu. Tidak pula dia terjumpa Fateh mahupun Nisyha di kala ini. Mungkin ketua pengawas dan penolong ketua pengawas itu terlalu sibuk menguruskan beberapa orang peserta yang bermasalah.

.....

"HUMAYRAA! Kitorang pergi letak sampah dulu dekat bawah! Nanti kitorang datang semula! Jangan jalan jauh sangat tau! Bahaya!" Teriakan daripada dua orang pelajar perempuan yang sayup kedengaran mematikan lamunannya. Matanya sekadar melihat kosong ke arah dua pelajar yang berada jauh sebelum dia terpandang seorang gadis yang berada berdekatan dengannya.

Ada beg plastik sampah besar yang dibawa oleh gadis itu. Sudut sisi wajah cantik itu telah berjaya menarik perhatiannya. Perlahan-lahan, dia mengeluarkan plastik sampah coklat dan gula-gula yang disimpan di dalam poket seluarnya lalu dibiarkan jatuh di kakinya.

Memang sudah menjadi kebiasaan untuknya menyimpan sampah-sampahnya sendiri di dalam poket seluar selagi tidak bertemu tong sampah. Namun pada saat ini, dia terasa ingin membuang sampah 'merata-rata'.

"Okey!" Gadis itu membalas sahutan rakan-rakannya sambil tersenyum. Dia kembali berpaling untuk mengutip sampah-sampah yang ada di kawasan sekitarnya.

"Maaf, encik. Saya nak kutip sampah tu," teguran lembut itu membuatkan mata yang merenung keychain yang ada di tangannya segera beralih ke arah wajah yang berkata. Buat seketika, dia terpana.

Fahryil memberi ruang untuk gadis tersebut mengutip sampah-sampah itu dengan tangan yang sudah bersarung sarung tangan plastik. Wajah Fahryil kelihatan terpinga-pinga tidak percaya memandang gadis itu.

"Terima kasih," ucap gadis berwajah kacukan Arab dan Inggeris itu seraya tersenyum nipis.

"Err... ada apa-apa masalah ke?" Melihatkan wajah Fahryil yang sepertinya tertanya-tanya, gadis itu memberanikan diri untuk bertanya. Terbatal niatnya untuk segera beredar.

"You are not a foreigner?" Fahryil jelas tidak percaya mendengar kefasihan pertuturan gadis bermata biru itu. Humayraa tersenyum simpul sambil menggeleng perlahan.

"I was. But now I do have my own IC," dia tersenyum.

"You do?"

Humayraa sekadar membalas soalan itu dengan senyuman. Gadis itu sudah berkira-kira untuk pergi sebelum niatnya terbantut apabila Fahryil bersuara.

"Err... can you lend me your ears for a moment? Saya... saya tak tahu nak luahkan pada siapa. I just feel like wanting to talk to some stranger," tiba-tiba lelaki itu bersuara.

Humayraa tidak berkata apa. Tidak membenarkan dan tidak juga menolak.

"Mak saya paksa saya buat sesuatu yang saya tak suka. Saya... tak suka. Saya penat dengan semua ni. Dari kecil sampai sekarang, saya dah penat asyik ikutkan kehendak dia sahaja. Sedangkan dia, tak pernah consider perasaan saya," Fahryil mengadu masalahnya pada gadis yang tidak dikenalinya itu. Mereka membuang pandang ke arah air deras yang mengalir.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now