BAB 81

1.3K 55 1
                                    

*Korang boleh standby pasang lagu sedih-sedih sambil baca bab ni 😢*


PROSES resusitasi itu berlanjutan sehinggalah mereka tiba di jabatan kecemasan dan trauma di sebuah hospital yang berdekatan. Sekumpulan ahli perubatan mengerumuni troli pengusung Rahimah dan membantu meneruskan tekanan dada dan memberi oksigen. Troli pengusung itu ditolak laju memasuki zon merah. Humayraa yang menangis, berlari anak cuba mengejar ibunya, namun langkah kakinya dihalang daripada memasuki zon merah.

"Miss, you cannot go inside." seorang doktor perempuan mendapatkan gadis itu.

"Ibu... ibu saya... saya nak ibu saya... saya dah tak ada siapa-siapa lagi dah..." badannya terasa lemah, namun Humayraa masih cuba untuk bertahan.

"Kami sedang berusaha untuk selamatkan ibu cik. Harap cik dapat bersabar dan teruskan berdoa." Pesan doktor itu sebelum berlari masuk ke dalam zon merah.

Penantian itu dirasakan sangat menyeksakan. Setiap minit yang dilaluinya bersendirian di luar pintu masuk zon merah itu terasa sangat mendebarkan. Humayraa menarik nafas dalam-dalam. Dia menyeka air mata yang membasahi wajahnya. Buku limanya digepalkan.

Humayraa, kau kuat! Kau tak boleh jadi lemah! Ibu pasti mampu bertahan! Ibu seorang wanita yang kuat! Ibu takkan tinggalkan kau, Mayraa. Allah itu Maha Baik!

Hatinya menjerit nyaring, cuba untuk memberikan semangat kepada diri sendiri. Sekali lagi dia mengelap air matanya. Hatinya nekad untuk tidak akan menangis lagi.

Sekitar 30 minit kemudian, pintu masuk zon merah jabatan kecemasan dan trauma hospital itu sekali lagi terbuka. Doktor perempuan tadi mula keluar lalu melangkah meghampiri Humayraa.

"Cik... harap cik dapat bersabar. Kami dah berusaha sebaik mungkin untuk selamatkan ibu cik tapi... Tuhan lebih menyayangi dia. Ibu cik sudah disahkan meninggal dunia pada jam 12.47 pagi tadi."

Humayraa menggeletar. Kepalanya tergeleng-geleng. Gadis itu terasa dunianya menjadi gelap gelita. Air mata yang turun bagaikan hujan yang lebat.

"IBU!!!!!"

Humayraa terjelopok ke atas lantai. Dia menangis semahu-mahunya.

.....

FAHRYIL mendekati katil wanita yang pernah menjadi pujaan hatinya. Lelaki itu diam, hanya sekadar merenung Juvieya yang masih lagi belum sedarkan diri. Hatinya terasa kosong. Dia tidak tahu untuk membuat reaksi apa?

Jika benar seperti yang diperkatakan, bermakna anggaran waktu persenyawaan itu berlaku adalah sewaktu minggu dia berada di Tokyo bersama Juvieya. Dahinya berkerut sedikit selajur dia menggelengkan kepalanya. Fikirannya buntu memikirkan segala kemungkinan yang berlaku.

Ya Allah... apa yang aku dah buat? Lelaki itu menelan liurnya sendiri tatkala dia teringat akan satu insiden yang terjadi semasa mereka berada di Tokyo.

Doktor memberitahu bahawa Juvieya akan ditolak masuk ke dewan bedah untuk prosedur mengeluarkan janin yang telah mati namun Fahryil meminta mereka untuk menunggu kedua ibu bapa wanita tersebut untuk datang ke hospital. Dia bukannya sesiapa untuk menentukan apa-apa bagi pihak Juvieya justeru dia mengambil keputusan untuk menghubungi orang tua wanita itu.

Perlahan-lahan, tangannya mencapai telefon bimbit milik wanita itu. Kata laluan yang selalu digunakan oleh Juvieya, dimasukkan untuk membuka kunci skrin telefon itu. Sekejap sahaja lelaki itu berjaya mengakses kesemua mesej-mesej privasi milik wanita tersebut. Satu-persatu mesej yang ada, dibaca.

'Honey, I pregnant. It's Danny's.'

'You sure? Bila pula you tidur dengan dia?'

'Hello Amsyar Arman, I yakin okey? Obviously I know who is my baby's daddy. I pasti ini disebabkan malam masa I drunk tu. He took me to my room that night.'

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now