BAB 63

1.2K 58 1
                                    

SELEPAS selesai membacakan surah Yassin di sisi Fahryil yang masih belum sedarkan diri, Humayraa diam sebentar sambil memerhatikan suaminya. Pagi itu, hanya dia seorang sahaja yang menemani Fahryil di dalam wad. Dia mengeluarkan sebuah iPad dari dalam beg galasnya lalu gajet itu dihidupkan. Gadis yang kemas memakai baju kurung itu membelek-belek iPad di tangannya sebelum skrin itu memaparkan slides presentation yang akan dibentangkan nanti. Buat kesekian kalinya, dia membaca slides itu.

"Fahryil, saya nervous. Bila awak nak bangun ni?" Mata biru itu kembali menatap wajah tampan yang sepertinya sedang tertidur lena. Terasa sunyi apabila lelaki itu tidak bersuara seperti selalu. Disebabkan jadual masing-masing yang padat pada hari minggu, mereka berdua hanya meluangkan masa bersama-sama sewaktu hujung minggu. Tetapi oleh kerana mereka sering melakukan aktiviti bonding bersama-sama, hubungan mereka menjadi semakin akrab dan tidak kekok.

"Hazman dan encik Hisham kata saya boleh gantikan awak untuk present hari ini. Diorang kata, saya ada hak dan layak untuk cover awak. Tapi ini pertama kali saya present depan orang-orang besar, siap ada kerabat diraja pula tu. Macam mana awak boleh relaks macam hari ni hari biasa awak?" Tangannya lembut menggenggam jari jemari suaminya. Hanya bunyi mesin hospital sahaja yang seolah-olah membalas aduannya.

"Saya takutlah, Fahryil. Kenapa awak tak bangun-bangun? Saya sejujurnya masih tak boleh lupakan peristiwa semalam," tangan dan bibirnya sedikit menggeletar, cuba menahan perasaan sebak yang tiba-tiba menyesakkan dadanya. Wajahnya mula terasa panas dan menjadi semakin kemerah-merahan. Entah kenapa dia berasa sangat emosi tatkala melihat Fahryil yang hanya kaku dan tidak memberikan respon apa-apa.

"Doakan saya, okey? Sebenarnya, saya tak kuat. Saya langsung tak kuat. Saya langsung tak dapat tidur sebab masih teringat-ingat apa yang berlaku semalam. Tapi saya tak sanggup tengok awak terbaring macam ni disebabkan saya. Saya kena paksa diri saya untuk kuat. Saya tak akan sia-siakan semua usaha awak Fahryil. Tengoklah, hari ni saya pakai baju kurung yang sama masa saya buat persembahan depan awak hari tu. Lepas ni kita pergi beli sut keluaran khas untuk awak yang kita tak sempat nak beli hari tu, okey?" Matanya berkaca. Humayraa cuba menahan rasa hatinya namun gagal, setitis air matanya mula gugur membasahi pipinya yang mulus. Dia tertunduk sambil kedua tangannya menggenggam erat tangan Fahryil. Buat seketika, dia mendiamkan diri, sekadar melayan perasaan.

Telefon bimbitnya yang bergetar membuatkan Humayraa kembali mengangkat pandangan. Dia mengusap air matanya yang tumpah menggunakan lengan baju kurungnya sendiri. Wajahnya yang berwarna merah seperti buah tomato gagal untuk menyembunyikan gelora perasaannya. Humayraa bangkit lalu menuju ke sinki yang ada di dalam bilik itu. Dia membasuh muka sambil cuba mengawal emosinya. Gadis bermata biru itu kembali semula ke katil pesakit.

"If you need my charm, I need your strength, Fahryil. Doakan saya," Humayraa tunduk dan mengucupi tangan suaminya. Dia mengusap lembut pipi lelaki itu sebelum melangkah pergi.

.....

"GOOD morning ladies and gentlemen. Thank you very much for coming today. I hope you all had a pleasant journey here. Let me introduce myself; my name is Humayraa Ianwood from Empire Berhad and I am responsible for explaining to you our new project as I will present our proposal. Before we start, many of you may have known that our company..." Gadis bermata biru itu berdiri di tengah pentas sambil fasih membentangkan kertas projek yang telah diusahakan oleh suaminya. Dia bijak menyembunyikan perasaan gugupnya biarpun jauh di sudut hati, hanya Allah sahaja yang tahu betapa gementarnya dia berdepan dengan orang-orang kenamaan yang datang ke dewan bangunan korporat itu. Humayraa tetap menguatkan semangatnya untuk meneruskan pembentangan penting pada pagi itu.

"In conclusion, this project certainly provides huge benefits to the Malaysian public and tourism industries in terms of financial and economy, fame, technology and as well as strengthening the diplomatic relation with Japan and Canada. I hope with all this explanation, the honourable assessors can consider letting Empire Berhad to lead this project in Malaysia. Now, I would like to invite any questions you may have." Isaac yang baru sahaja tiba di dewan itu, terkejut apabila melihat Humayraa yang berdiri di atas pentas, menyudahi pembentangannya. Lelaki Inggeris tersebut tidak menyangka bahawa Humayraa yang akan mewakili Fahryil Danial untuk pembentangan penting itu. Dia memperlahankan rentak kakinya agar tidak mengganggu sesi pembentangan dan soal jawab yang sedang berlangsung sekarang. Dalam diam, Isaac kagum melihat Humayraa yang tenang menjawab satu-persatu soalan yang dikemukakan oleh pegawai tinggi kerajaan dan juga menteri. Lagaknya seperti dialah yang telah mengusahakan projek itu dari awal lagi, padahal dia baru sahaja mendapat maklumat penuh berkenaan projek tersebut semalam.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEOnde histórias criam vida. Descubra agora