BAB 98

1.5K 64 1
                                    

HUMAYRAA termenung di beranda luar tingkat dua rumah agam itu. Mata birunya merenung langit malam yang dihiasi bintang-bintang dan bulan purnama yang mengambang penuh. Hatinya sayu tatkala matanya dipukau kecantikan bulan mengambang itu.

"Walaupun ummi dan abi sekarang sudah berada di alam yang berbeza dengan Mayraa, tetapi bulan ini seperti pelepas rindu Mayraa pada ummi dan abi. Kita melihat bulan yang sama, walaupun waktu dan masanya tak sama. Ummi dan abi mesti pernah merenung bulan macam Mayraa buat juga, kan? Merenung keindahan malam, mengagumi ciptaan Allah yang Maha Sempurna. Ummi... abi... Mayraa rindu sangat pada ummi dan abi. Mayraa nak peluk ummi, nak peluk abi," gadis kacukan Inggeris-Palestin itu berkata sendirian. Mata biru itu berkaca menahan sakitnya perasaan rindu. Dia memejamkan mata dan perlahan-lahan, permata hangatnya gugur lagi.

"Humayraa," teguran Isaac menariknya semula dari lautan emosinya sendiri. Cepat-cepat gadis kacukan Inggeris-Palestin itu menyeka air matanya. Dia melakarkan senyuman sebaik sahaja melihat Isaac yang berdiri di sebelahnya.

"Humayraa okey?" Tanya lelaki yang yang sudah berusia separuh abad itu. Humayraa mengangguk beberapa kali seraya tersenyum nipis. Dia kembali mengalihkan pandangannya ke arah langit malam yang berwarna biru gelap. Isaac juga turut berbuat demikian.

"Rasa rindu itu sangat menyiksakan, kan?" Isaac memecah kesunyian yang mula terbina di antara mereka berdua. Keluhan halus terhembus keluar menerusi kerongkongnya.

"Rasa rindu pada orang yang sudah tiada lagi di muka bumi inilah yang paling sakit." Humayraa berkata perlahan.

"Sebab kita tak akan jumpa dengan orang itu lagi selagi belum dibangkitkan kelak. Sewaktu ibu pergi, Mayraa rasa Allah kejam sebab ambil ibu daripada Mayraa. Mayraa rasa takdir ini tak adil. Keempat-empat mereka semua dah tak ada – abi, ummi, ayah dan ibu. Allah dah ambil mereka semua daripada Mayraa. Mayraa rasa dah tak ada lagi orang yang sayangkan Mayraa dekat dunia ni. Ibulah orang yang terakhir. Tapi... 'Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu hendak dustakan?' Tak macam abi, Mayraa terlalu buta dengan nikmat Allah yang ada di sekeliling Mayraa. Mayraa ada uncle, aunty Lisa, uncle Mike, aunty Emilia, uncle Mateen dan ramai lagi. Mayraa ada korang semua yang mahukan seorang Humayraa Syahlaa untuk terus hidup," panjang lebar gadis itu berkata dengan nada yang perlahan.

Isaac tersenyum nipis. "Banyak benda yang kita boleh belajar daripada sejarah silam. Sejujurnya, Aisya dan David merupakan orang yang uncle paling respect dalam hidup uncle."

"They are too good to be true," Humayraa mencelah.

"You are too good to be true as well," Isaac memandang wajah gadis bermata biru itu seraya tersenyum manis.

Mereka kembali diam dan menikmati angin malam yang bertiup dingin.

"Uncle Mateen akan balik semula ke Palestin esok. Mayraa nak ikut sekali," kata gadis bermata biru itu dengan nada yang kedengaran mendatar.

"You want to go?" Isaac menoleh, mencari wajah anak saudaranya. Ada nada terkejut kedengaran dalam rentak bicaranya.

Humayraa diam semula sebelum dia mengangguk beberapa kali. Bibirnya meleret melukiskan senyuman manis.

"Mayraa nak pergi Baitulmaqdis dan nak jumpa jaddi (datuk)." Kedengaran nada suara Humayraa penuh tekad.

"Dekat sana tengah bahaya sekarang, Humayraa. Lagipun Mateen bukan pergi ke Jerussalem, tapi dia akan kembali ke Gaza. Dia akan melalui sempadan Rafah, itu pun silap-silap dia akan seludup masuk ke sana. Terlalu bahaya untuk kamu, Humayraa." Lisa yang baru muncul, tiba-tiba menyampuk. Wajahnya jelas menampakkan garis-garis kerisauan.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEحيث تعيش القصص. اكتشف الآن