BAB 52

1.2K 53 0
                                    

"NISYHA!" Humayraa memanggil pengawas itu dari jauh namun Nisyha hanya tegak berjalan seakan tidak menyedari panggilan tersebut.

Humayraa mengekori langkah gadis itu sehingga ke kawasan taman dan kolam ikan di sekolah mereka. Nisyha berhenti melangkah lalu menoleh ke belakang. Wajahnya tegang tanpa segaris senyuman, tidak seperti biasa.

"Err... Nisyha okey?" Humayraa terkejut melihat muka masam itu.

"Humayraa. Kau ada nak beritahu aku sesuatu ke?" matanya bersinar dingin.

Dahi gadis bermata biru itu berkerut. Dia terpinga-pinga berhadapan dengan perangai Nisyha yang terasa aneh pada hari ini. Beberapa orang pelajar yang lalu lalang di kawasan itu turut menoleh ke arah dua sahabat tersebut. Waktu rehat baru sahaja bermula.

"Err... tak ada?" hati Humayraa terasa gentar melihat pandangan dingin Nisyha. Mungkin inilah yang dirasakan oleh sesiapa yang berdepan dengan Syarha Annisyha versi serius yang mempunyai tali pinggang hitam darjah kedua dalam seni Taekwondo.

Nisyha memeluk tubuh. Wajahnya menjadi bersahaja. "Okey. Habis tu, hari tu siapa?"

Humayraa menelan liurnya sendiri. Dia mengetap bibirnya.

"Siapa? Dia pegang tangan kau. Aku nampak. Memang susah nak percaya. Sebab aku kenal kau, Humayraa. Aku tahu kau bukan jenis yang macam tu." Nisyha membulatkan matanya. Beberapa pelajar yang berada berdekatan situ mula berbisik-bisik sesama sendiri. Mereka mula melihat-lihat gadis bermata biru itu.

"Siapa lelaki tu, Syahlaa?" pertanyaan Nisyha membuatkan Humayraa tersentak. Wajah gadis kacukan Inggeris-Palestin itu berubah. Mukanya terasa panas. Perasaannya mula bergolak. Kenapa dengan Nisyha ni? Apa salah aku? Kenapa dia buat macam ni? Persoalan demi persoalan mula menyerbu ke ruang minda.

"Kedua. Tak boleh menidakkan status pasangan masing-masing. Awak suami, saya isteri." Permainan yang bernama 'Billionaire vs Millionaire' itu tiba-tiba sahaja muncul di fikirannya. Memang Fahryil tidak akan tahu jika dia melanggar syarat yang kedua, tetapi perjanjian tetap perjanjian. Kebenaran yang disilindung akan terbongkar jua lambat-laun.

Humayraa tunduk. Dia mengenggam buku limanya. Keluhan halus terhembus keluar. Humayraa melangkah mendekati Nisyha, rapat ke telinga gadis pengawas itu.

"He is my... husband,"

Sebaik sahaja Humayraa habis membisikkan ayat itu, badannya ditolak kasar. Gadis bermata biru itu terkejut lantas memandang wajah Nisyha, cuba meminta kepastian akan perbuatan menolak tersebut.

Pandangan mata Nisyha jelas menunjukkan hambatan kejutan yang teramat apabila mendengar ayat yang diungkapkan oleh sahabat baiknya sendiri. Anak matanya membesar. Mukanya gersang dengan senyuman.

"Kau fikir kelakar ke?!" Tiba-tiba Nisyha menengking Humayraa. Membuatkan beberapa pelajar yang lalu lalang di sekitar kawasan itu berhenti dan terdiam. Mereka terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Dua sahabat karib itu bertengkar sesama sendiri.

Humayraa terdiam. Dia tersentak. Dahinya berkerut sedikit.

"Nisyha, kau ni dah kenapa? Apa yang aku dah buat pada kau sampai kau tak puas hati sangat? Aku cakap benda yang betul," Humayraa cuba menentang bahang amarah gadis itu yang tiba-tiba meletus.

"Kau cakap benda yang betul?! Kau fikir kelakar ke?! Hah?! Aku ni siapa dalam hidup kau, Humayraa?" Wajah Nisyha juga sudah menjadi merah seperti buah tomato. Dia menolak-nolak bahu Humayraa.

Humayraa mengetap bibir. Hatinya terasa sakit. Lebih sakit daripada bahunya yang ditolak-tolak dengan kasar oleh sahabatnya sendiri.

"Kau siapa dalam hidup aku? Kau fikirlah sendiri!" Humayraa cuba menahan tangan Nisyha. Matanya berkaca.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETENơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ