BAB 102

1.7K 92 5
                                    

"YA ALLAH, ya Allah... Humayraa...? Dekat Palestin?" Terasa seperti darah tidak mengalir di seluruh tubuhnya. Wajahnya pucat. Fahryil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia bangkit lalu mendapatkan Isaac yang hanya kaku melihat tindakannya.

"Uncle... uncle tipu, kan? Takkan Humayraa boleh pergi Palestin," Fahryil masih bersungguh-sungguh mahu menafikan kenyataan yang didengarinya.

"Fahryil, Humayraa berterima kasih kepada kamu. Disebabkan semua ini, dia dapat berjumpa dengan pakciknya, Mateen, abang kandung Aisya. Semua yang berlaku menjadi asbab antara satu sama lain," Lisa cuba memujuk pemuda tampan itu. Fahryil duduk semula di kerusi lalu memejamkan matanya, cuba menahan gejolak di hati. Air matanya perlahan-lahan mengalir membasahi pipinya. Ya Allah...

Isaac menyuruh pembantu rumahnya pergi mengambil sesuatu. Si pembantu rumah itu pergi dan kemudiannya kembali semula dengan sehelai tuala kecil lalu diserahkan kepada Isaac.

"Fahryil..." panggilan daripada Isaac membuatkan lelaki itu membuka semula matanya. Dia melihat Isaac menghulurkan sehelai tuala kecil kepadanya sebelum dahinya berkerut sedikit. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya pada tuala kecil itu.

"Ini..." Fahryil membelek tuala kecil yang terdapat logo sekolah menengah agamanya suatu ketika dahulu. Tempat dia menuntut ilmu sebelum dia terbang ke Amerika Syarikat. Apa yang lebih mengejutkan, terdapat tulisan 'FD' di tuala kecil itu - Fahryil Danial. Wajahnya jelas terpancar riak terkejut. Dia memandang Isaac, meminta penjelasan.

"Kamu memang langsung tak ingat apa-apa?" Isaac tersenyum nipis, agak tawar.

"Dulu, kamu pernah bertanya, kenapa uncle pilih kamu? Sedangkan kamu sudah mempunyai pilihan hati sendiri." Isaac memulakan ceritanya tanpa menunggu Fahryil menjawab.

"Sejujurnya, uncle tak pernah percayakan kamu untuk serahkan Humayraa. Bagi uncle, Humayraa itu terlalu sempurna dan tiada siapa yang layak untuk dia, terutamanya kamu, Fahryil." Fahryil terdiam mendengar kata-kata itu. Dia berasa tertampar dalam diam.

"Uncle kamu ni memang overprotective orangnya," Lisa menambah sambil tersenyum nipis.

"Hampir 10 tahun yang lepas, sewaktu usia Humayraa 9 tahun, uncle datang ke Malaysia untuk menjenguk dia buat kali kedua. Kali pertama uncle datang ialah sewaktu dia berusia 3 tahun. Uncle bukan tak nak datang tengok dia selalu tetapi, uncle takut ada 'mata-mata jahat' yang akan sedar tentang kewujudan Humayraa. Seperti yang uncle pernah cakap, she is a very important person in my life," Isaac memandang ke dalam anak mata Fahryil. Sejujurnya, ayat yang terakhir itu membuatkan amarahnya kembali semula apabila terkenangkan apa yang pemuda kacak di hadapannya itu pernah lakukan kepada anak buah kesayangannya. Lisa menggenggam lembut tangan suaminya.

Isaac mengeluh halus sebelum menyambung. "Hari pertama uncle sampai ke Malaysia, uncle perasan yang uncle telah diekori. Jadi uncle batalkan hasrat untuk pergi ke rumah diorang sebaliknya uncle pusing ke arah lain, ke tempat yang sunyi. Dan memang betul, ada musuh yang mengekori. You are a businessman so you should know pretty much about this."

"Tetapi waktu itu, uncle tersilap percaturan. Uncle tak sangka yang pembunuh upahan itu dah rosakkan kereta yang uncle naik. Dia rosakkan brek kereta dan masa nak berlanggar dengan divider, my hunch said that I need to jump out of the car despite that the car still have the airbag and whatnot. Uncle buka pintu kereta dan pasrah. To jump out of a car that was moving 120km/h and keep accelerating, I was like... Ya Allah, hidupku dan matiku, aku serahkan sepenuhnya pada-Mu. Dan rupa-rupanya, apabila kereta itu bertembung dengan divider, kereta tu terus terbakar disebabkan tangki minyak juga sudah dibocorkan."

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now