BAB 88

1.3K 81 2
                                    

ISAAC sedang sibuk menyelak beberapa helai dokumen yang berada di atas meja kerjanya. Hari ini dia tidak pergi ke syarikatnya kerana masih ada perkara yang perlu diselesaikan. Daun pintu bilik pejabat itu dikuak perlahan dari luar menyebabkan perhatiannya sedikit terganggu. Dia mengangkat pandangan. Lisa sedang berjalan menghampirinya dengan menatang sebuah dulang yang berisi dua cawan air.

"Still working hard?" Wanita itu bertanya secara kasual sambil mengambil tempat di sisi suaminya. Air kopi panas yang dibawa, dihulurkan kepada lelaki itu.

"A little bit more."

"Well, I think we can shut the fake news about Haxton Group bankruptcy. Don't you think so, honey?" Lisa mencadangkan sambil tangannya mengurut bahu Isaac.

Isaac berhenti melakukan kerjanya lalu wajah isterinya itu ditatap. "It is indeed that they took the bait but we need to stay low for some more time. We have to observe their actions before we take ours. By the way, Lisa..." Isaac sengaja membuatkan ayatnya tergantung.

"Apa? Kenapa?" Mata Lisa membulat apabila melihat reaksi Isaac yang tersenyum-senyum.

"I've got Humayraa's location just now." Senyuman lebar terukir di bibirnya apabila melihat reaksi teruja Lisa. Tangan wanita itu yang sedang giat mengurut bahunya terhenti.

"Humayraa? Dia dekat mana sekarang, abang?" Wanita itu tersenyum riang.

"London. Near LBS. After so long, she finally used her black card. That is why I can detect her location. And... she used it to donate for the London Central Mosque Trust."

"Wow. As expected of David's daughter." Lisa kagum.

"So what are you going to do? Have you told Fahryil about this?" wanita itu bertanya lagi.

Isaac menggeleng perlahan. "Not yet. Not now."

.....

PUAN SRI JEANNE melangkah masuk ke dalam bilik tidur Humayraa dan mendapati Fahryil sedang duduk di sofa bilik itu. Dia dapat melihat anaknya tekun meneliti sesuatu di atas meja kopi yang terletak berhadapan dengannya. Hampir setiap hari Fahryil akan masuk ke dalam bilik tidur isterinya. Dia tidak membuat apa-apa, sekadar duduk dan termenung.

Sebagai seorang ibu, dia faham benar akan kesedihan anak tunggalnya. Pedih hatinya melihat Fahryil saban hari menderita setelah pemergian Humayraa. Pelbagai cara dilakukan oleh lelaki itu untuk mencari lokasi isterinya namun sehingga kini, usaha itu masih belum membuahkan hasil.

Dengan penuh berhati-hati, Puan Sri Jeanne menapak mendekati anaknya. Barulah jelas di pandangan mata yang Fahryil sedang khusyuk meneliti album gambar Humayraa semasa kecil. Dia dapat melihat jemari lelaki itu mengusap salah satu gambar Humayraa yang baru sahaja berusia sekitar 5 tahun.

"Cucu mama nanti mesti cantik macam mommy dia." Teguran itu membuatkan Fahryil tersentak lalu segera menoleh ke belakang.

"Mama,"

"Mama pun rindukan Mayraa." Puan Sri Jeanne melabuhkan punggungnya di sisi Fahryil. Tangan anaknya itu digenggam erat. Ada keluhan halus terhembus keluar menerusi kerongkongnya.

"Aril minta maaf sebab sampai sekarang Aril masih tak berjaya dapatkan apa-apa info berkenaan Mayraa." Kata-kata itu mengundang sebak di dada wanita tersebut. Dia megusap belakang badan anaknya dengan penuh kasih.

"Aril, sepatutnya mama yang patut minta maaf pada Aril. Mama tak mampu nak buat apa-apa untuk mencari Humayraa. Mama hanya mampu tengok Aril menanggung kesedihan seorang diri." Mata wanita itu mula berkaca.

"Kehadiran Humayraa dan Rahimah banyak merubah hidup mama. Mama bersyukur sebab Allah datangkan mereka dalam hidup kita. Tapi, bukan kuasa kita untuk menghalang mereka yang ditakdirkan untuk pergi." Puan Sri Jeanne menambah lagi.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now