BAB 58

1.1K 48 0
                                    

CUACA yang terik itu langsung tidak mematahkan semangat Humayraa untuk pergi ke rumah Nisyha. Mentari kini berada tegak di atas kepala. Semua lelaki Muslim kala ini sedang menunaikan solat Jumaat di masjid. Humayraa mempercepatkan langkahnya.

"Assalamualaikum!" Pintu rumah itu diketuk beberapa kali, diselangi dengan ucapan salam suci. Tiada sahutan dan jawapan dari dalam. Humayraa mengetuk pintu itu sekali lagi, kali ini lebih kuat dari sebelumnya. Ucapan salam itu dilontarkan sekali lagi.

"Waalaikumussalam," daun pintu dikuak dari dalam. Terpampang wajah Syarha Annisyha di muka pintu.

"Humayraa?" Mata gadis itu kelihatan sembab. Seakan baru sahaja usai menangis.

"Nisyha! Kau sihat? Aku... nak minta maaf sangat-sangat! Aku dah banyak berdosa pada kau," sebaik sahaja melihat keadaan Nisyha yang seperti tidak terurus, gadis bermata biru itu terasa sebak. Dia tidak pernah melihat sahabatnya itu berkeadaan seperti ini.

Dahi Nisyha berkerut. Matanya berkaca. Gadis itu sedang berusaha sedaya upaya untuk menahan air matanya daripada tumpah lagi.

Humayraa mendakap sahabatnya dengan erat. Dia turut bersedih hati melihat keadaan Nisyha. Gadis periang itu tampak sangat berbeza. Permata hangat mula mengalir membasahi pipi kedua-dua sahabat itu. Buat seketika, mereka berbalas pelukan.

"Mayraa, masuklah, masuklah." Nisyha menarik-narik tangan gadis kacukan Inggeris-Palestin itu supaya masuk ke dalam rumah. Sempat juga dia mengesat air mata yang gugur.

Mereka kini berada di dalam bilik Nisyha. Kedua-dua gadis itu duduk di bahu katil. Masing-masing diam seketika. Terasa kekok apabila berada dalam situasi tersebut.

"Mayraa, tadi majlis dekat sekolah macam mana? Seronok tak? Persembahan kau macam mana? Mesti gempak, kan?" Nisyha bertanya sekaligus memecahkan tembok kesunyian. Gadis itu melebarkan senyumannya.

"Tak adalah. Persembahan aku biasa-biasa je. Drama dengan persembahan yang lain lagi gempak," Humayraa meleretkan senyuman nipis.

"Nisyha! Kau tahu tak, kita berdua terpilih jadi pelajar kelas elit? Keputusan Gerak Gempur hari tu, kau ranking kelima."

"Kelima? Biasanya aku top 3." Nisyha mengerutkan dahinya sedikit.

"Percaya atau tidak, tempat pertama keseluruhan ialah Imann Adam!"

"Adam?!" membulat mata Nisyha yang jelas terkejut mendengar khabar berita itu.

"Aku ingatkan dia tu tak ada otak hahahaha..." Nisyha menyambung ayatnya lagi sebelum tergelak besar.

"Haish kau ni mulut tak pernah nak bertapis," Humayraa mencubit kecil lengan sahabatnya. Nisyha mengadoi.

"Taklah. Aku gurau je," dia menghabiskan sisa tawanya.

"Alaa... aku nak tengok persembahan kau. Penat-penat je aku recommend kau pada cikgu Zila," Nisyha menarik muncung.

Humayraa diam seketika sebelum dia menarik nafas dalam-dalam.

There's a hero

If you look inside your heart

You don't have to be afraid

Of what you are

There's an answer

If you reach into your soul

And the sorrow that you know

Will melt away

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now