BAB 49

1.3K 56 0
                                    

FAHRYIL tersentak apabila terasa ada sesuatu bersandar di bahu kirinya. Lelaki itu mengerling sedikit, Humayraa yang duduk di sisinya kini sedang terlena. Gadis kacukan Inggeris-Palestin itu menyandarkan kepalanya yang sedari tadi tersengguk-sengguk di bahu Fahryil. Matanya tertutup rapat. Mereka kini berada di dalam sebuah majlis berbuka puasa bersama beberapa rakan perniagaan Empire Berhad dan badan organisasi sukarelawan.

Lelaki itu terasa kekok apabila isterinya tidak semena-mena tertidur di bahunya. Untuk beberapa ketika, dia diam membatu di situ. Entah mengapa, Fahryil secara tidak langsung turut menahan nafasnya, enggan melakukan banyak pergerakan yang dibimbangi menganggu tidur gadis kecil itu.

Snap!

Fahryil tersentak sendirian. Damn! Apa yang aku cuba buat sebenarnya? Dia memicit dahinya selajur mengejutkan Humayraa dari tidur. Lelaki itu berdehem beberapa kali.

"Anatra, wake up. Anatra..." lelaki itu menggoyang-goyangkan tubuh Humayraa.

Mata biru itu perlahan-lahan terbuka. Ada sedikit garis-garis merah di bahagian mata putihnya. Humayraa kelihatan terpinga-pinga. Tangannya menggosok-gosok kelopak mata. Dia membetulkan duduknya.

"What are you doing? This is not your home. Kita dalam majlis, sekarang. You MUST not fall asleep." Fahryil memberikan peringatan tegas kepada isterinya.

"Maaf." Ujar gadis itu perlahan. Dia meraup wajahnya beberapa kali, cuba menghilangkan rasa penat dan mengantuk yang masih menghantuinya. Wajahnya tampak kosong. Biarpun jasadnya berada di dalam majlis itu, namun hakikatnya, mindanya kini sedang menerawang jauh merentasi sempadan waktu.

Humayraa mengimbas kembali perjalanan hidupnya belakangan ini. Mereka sudah berada di penghujung bulan yang mulia ini namun, dia jarang-jarang dapat merasakan nikmat berbuka puasa bersama seisi keluarga. Jadual hidupnya kini tersangatlah padat. Selepas selesai sesi persekolahan, dia perlu menghadiri sesi latihan persembahan bagi sebuah majlis yang bakal dilangsungkan sebaik sahaja cuti hari raya berakhir. Pada petang hari pula, Humayraa perlu menghadiri kelas persendirian tentang asas perniagaan yang dijadualkan oleh Isaac dan waktu yang berbaki sedikit akan digunakan untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Apabila malam menjelma, boleh dikatakan hampir setiap malam, mereka suami isteri perlu menghadiri jamuan berbuka puasa di luar. Setiap kali itu jugalah, mereka perlu berlakon seperti sepasang suami isteri yang paling bahagia di dunia. Humayraa juga hanya akan memberitahu bahawa dia merupakan anak saudara Isaac Haxton dan soalan yang selebihnya akan dijawab oleh Fahryil sendiri. Begitulah jadualnya sepanjang bulan Ramadhan yang terasa sangat berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas.

"Anatra, mama beritahu tadi, Pak Tam dah jemput ibu dekat rumah. Sekarang ni semua dah ada dekat Damansara. Cuti sekolah dah mula, kan? Kau ada nak ambil apa-apa dekat rumah ibu ke? Kalau tak, kita terus balik Damansara." Fahryil bertanya sambil matanya fokus pada pemanduan. Majlis berbuka puasa sudah pun selesai dan kini mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

Lampu trafik baru sahaja bertukar menjadi warna merah. Terpampang nombor digital 99 di sebelah lampu trafik yang berwarna merah itu. Fahryil menghentikan kereta BMW yang dipandunya. Dia mengerling ke sebelah, aneh apabila tidak mendapat sebarang respons daripada isterinya. Ternyata, Humayraa sudah pun terlena. Gadis itu kelihatan sangat penat. Mata biru itu terkatup rapat, seakan begitu lena dibuai mimpi. Tangan Fahryil mengelus lembut pipi mulus isterinya.

Tiba-tiba Humayraa menggeliat sedikit membuatkan Fahryil cepat-cepat menarik tangannya. Lelaki itu terus sahaja tegak memandang jalan raya. Dia berdehem beberapa kali. Jantungnya berdegup laju.

Bahaya! Bahaya, bahaya, bahaya! I shall not fall for her!

...

FAHRYIL mengendong isterinya yang ketiduran sehingga ke bilik tidur Humayraa. Dia membaringkan tubuh gadis itu sebelum mengambil keputusan untuk bersandar di bahu katil. Lama dia duduk termenung di situ. Akhirnya, keluhan berat terhembus keluar.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEOnde histórias criam vida. Descubra agora