BAB 67

1.2K 63 3
                                    

"ANATRA..." Humayraa tidak mempedulikan panggilan Fahryil yang duduk di sebelahnya. Sedikit pun mata biru itu tidak mengerling ke arah suaminya. Gadis itu tenang memakai tali pinggang keledar kereta Porsche milik Fahryil.

"Anatra. Kau serius ke ni?" Kedua belah tangan Fahryil sudah bergayut pada tempat pemegang yang ada di atas kepalanya. Dia cuak melihat keseriusan Humayraa yang mula menghidupkan enjin kereta.

"Relakslah Fahryil. Saya dah lulus ujian JPJ semalam, okey?" Gadis itu sedikit pun tidak risau, jelas berlawanan reaksinya dengan Fahryil.

"Tapi ni kereta kesayangan aku," Fahryil bersuara separa merayu.

"Habis tu, kereta lain semua dekat bengkel. Vellfire tu saya tak reti nak bawa sebab besar sangat."

"Anatra, kau tak ingat ke kereta BMW dengan Mercedes yang dekat bengkel tu sebab siapa? Satu tu kau buat langgar tembok, satu lagi kau bagi dia terjun masuk dalam kolam." Fahryil cuba mengingatkan isterinya.

"Sayang, apa kata I bawa kereta, you duduk sini macam selalu? You boleh rehat, tidur, dengar lagu." Fahryil masih belum berputus asa memujuk.

"Fahryil, duduk diam-diam. Saya nak bawa awak pergi hospital saja untuk last appointment ni. Lepas ni awak bawalah," Humayraa sudah menurunkan brek tangan dan kereta mewah Porsche itu sudah mula bergerak secara perlahan-lahan.

"Anatra wait, wait, wait!" panggilan itu membuatkan Humayraa kembali menekan brek. Bibir nipisnya mencebik kecil sebelum dia menoleh ke arah suaminya yang sudah bergayut pada tempat pemegang itu seperti monyet.

"Apa dia?"

"Dah baca doa belum? Aku tak nak masuk hospital lagi." Wajah tampan itu seperti mahu menangis.

"Dah tadi,"

"Bacalah lagi. I'm scared!"

"Baca sendiri!" Humayraa yang malas melayan, mula menekan pedal minyak.

.....

"KALAU kita lihat pada keputusan X-ray yang terbaru ni, kita boleh nampak yang tulang rusuk kiri nombor lima dan enam ni dah pulih sepenuhnya. Sekarang ni, encik Fahryil ada rasa sakit lagi tak dekat kawasan tu?" Doktor Lee yang dipertanggungjawabkan sepanjang proses rawatan dan pemulihan Fahryil Danial untuk dua bulan, menunjukkan keputusan sinar X yang dipancarkan di skrin khas. Fahryil dan Humayraa hanya fokus melihat gambaran tulang rusuk itu.

"Sekarang ni dah tak ada rasa sakit, doktor. Kalau waktu awal-awal kena sebelum ni, saya nak batuk pun rasa perit, tapi sekarang ni dah okey." Fahryil menjawab soalan doktor itu dengan jelas. Sudah dua bulan insiden itu berlalu. Hari ini merupakan temu janji terakhir di hospital itu. Doktor Lee mengangguk beberapa kali sebelum dia bangkit dari duduknya.

"Kalau macam tu, saya nak buat pemeriksaan fizikal terlebih dahulu untuk periksa kondisi encik Fahryil. Encik Fahryil boleh baring di atas katil tu dan tanggalkan baju," Doktor Lee menyuruh Fahryil berbaring di atas katil pesakit yang ada di dalam bilik konsultansi itu. Tanpa sebarang bantahan, lelaki tampan itu sekadar menurut. Baju T polo berwarna hitam yang dipakai kemas, mula ditanggalkan sekali gus menyerlahkan tubuhnya yang sasa dan otot six packs. Melihatkan itu, Humayraa cepat-cepat menoleh ke arah lain. Wajahnya terasa panas.

"Sayang!" Panggilan daripada Fahryil itu menyentakkan Humayraa. Gadis itu menoleh ke arah punca suara.

"Hold this for me," sempat Fahryil melakarkan senyuman senget apabila melihat muka Humayraa yang sudah kemerah-merahan. Baju T itu berpindah tangan namun sedikit pun gadis kacukan Inggeris-Palestin itu tidak menatap mata suaminya. Doktor Lee yang turut menyaksikan tingkah laku Humayraa hanya mampu menahan gelaknya.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now