BAB 55

1.2K 45 2
                                    

HUMAYRAA hanya membisukan dirinya sahaja. Semua perhatian teralih padanya, termasuklah guru mata pelajaran Sejarah yang sedang mengajar di hapadan kelas itu. Gadis bermata biru itu perlahan-lahan melangkah ke arah mejanya. Pengajian di kelas itu terhenti buat seketika. Humayraa pergi mendapatkan beg sekolahnya lalu mula melangkah mendapatkan guru yang berada di hadapan.

"Humayraa. Kau okey?" sempat juga Adam berbisik. Namun gadis itu sekadar menghadiahkan seulas senyuman nipis kepada lelaki itu.

"Cikgu, saya nak balik. Saya dah dapat kebenaran daripada tuan pengetua." Ringkas sahaja ayat Humayraa, enggan mengulas lebih. Bahang di dalam kelas ini terasa sangat menyesakkan.

"Baiklah, Humayraa. Saya faham." Cikgu wanita itu mengangguk sambil tersenyum manis. Humayraa menyalami tangan guru itu sebelum melangkah pergi meninggalkan kelasnya. Apa yang penting, dia mahu cepat-cepat meninggalkan kawasan sekolah.

.....

SYARHA ANNISYHA menundukkan wajahnya. Dia kini berdiri tegak berhadapan dengan meja tuan pengetua. Ayahnya yang duduk berhadapan dengan tuan pengetua hanya mendiamkan diri.

"Syarha, saya tahu kamu ada tujuan yang baik di sebalik tindakan yang kamu lakukan. Saya juga tidak akan menafikan bahawa kamu merupakan antara pelajar yang terbaik di sekolah ini. Tetapi kamu perlu ingat, violence is not the solution. Tindakan kamu hari ini sangat membahayakan dan mengecewakan. Mujur perkara ini dapat dicegah sebelum semuanya menjadi lebih buruk. Bagaimanapun, empat orang pelajar mengalami kecederaan ringan akibat pergaduhan yang berlaku pada pagi tadi. Saya akan cuba yang terbaik untuk menyelesaikan kes ini tanpa melibatkan pihak polis."

"Namun begitu, kami juga tidak akan duduk diam terhadap apa yang berlaku. Buat masa ini, siasatan kami tidak berjaya membuktikan sama ada kamu ataupun mereka yang bersalah. Justeru, kamu akan digantung sementara selama tiga hari persekolahan untuk kami siasat kes ini dengan lebih lanjut." Nisyha terasa nafasnya seakan terhenti. Dia pantas mengangkat pandangan, menatap lama wajah tuan pengetua.

"Tapi saya tidak bersalah," gadis itu cepat-cepat membangkang.

"Ya, saya tahu kamu ada niat yang baik. Tetapi, buat masa ini, kami tidak dapat membuktikan bahawa kamu benar-benar tidak bersalah. Lagipun, tindakan yang kamu telah lakukan tidak memberi kompromi dari segi peraturan sekolah. Kamu akan berdepan masalah jika kes ini dibawa sehingga ke pihak polis ataupun mahkamah."

"Syarha, kamu bukan dihukum gantung sekolah sepenuhnya. Kamu digantung sementara bagi kami menjalankan proses siasatan lanjut berkenaan kes ini. Apabila keputusan muktamad sudah diperolehi, kami akan menjatuhkan hukuman yang setimpalnya. Sementara kamu digantung, kamu perlu membuat surat pembelaan dan menjelaskan segala tindakan kamu." Wajah Nisyha berubah menjadi muram. Matanya berkaca. Gadis itu kembali menundukkan wajahnya.

"Tuan pengetua... saya..." dadanya terasa sakit cuba menahan rasa hati yang kian menggila. Nisyha cuba untuk tidak tumpas.

"Izinkan saya datang ke majlis yang akan berlangsung pada hari Jumaat ini," Nisyha cuba mengawal nada suaranya, biarpun mukanya jelas berwarna kemerah-merahan. Empangan air matanya hampir pecah.

Tuan pengetua diam sejenak.

"Syarha, walaupun kamu merupakan anak kepada Arwahyarhamah Pengetua Haslinda, kami tetap tidak dapat menutup mata terhadap apa yang telah kamu lakukan. Kamu tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah sehingga hari Isnin minggu hadapan. Dalam erti kata lain, kamu tidak boleh menjejakkan kaki di sekolah ini selama tiga hari. Kamu sebagai seorang pengawas sudah tentu lebih faham akan hal ini." Tuan pengetua menegaskan keputusannya.

.....

NISYHA masuk ke dalam rumah. Dia hanya membisukan diri sebaik sahaja keluar dari bilik pengetua sehinggalah tiba di rumah. Ayahnya mengarahkan dia untuk tunggu di ruang tamu. Dia tahu itu bukanlah satu petanda yang baik.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now