BAB 86

1.5K 79 0
                                    

HUMAYRAA menanggalkan cermin mata hitamnya dan meletakkan beg yang digalas sedari tadi di atas sofa yang ada di dalam bilik itu. Dia baru sahaja tiba dari Lapangan Terbang Heathrow, London setelah menempuh lebih 14 jam tempoh penerbangan dari Kuala Lumpur ke London. Udara sejuk di kota London itu terasa jauh berbeza dengan suasana di Malaysia. Gadis itu menarik nafas dalam-dalam.

Dia berjaya menyewa bilik ini melalui seorang kenalannya ketika di salah sebuah majlis jamuan makan malam yang pernah dianjurkan oleh Empire suatu ketika dahulu. Wanita itu merupakan seorang graduan London Business School. Oleh itu, dengan mudah sahaja dia dapat membantu Humayraa untuk mencari bilik sewa di kota metropolitan itu biarpun hakikatnya wanita tersebut kini berada di Jakarta atas urusan perniagaan.

Humayraa menghenyakkan tubuhnya di atas katil bujang yang ada di dalam bilik itu. Mata birunya tegak memandang siling. Di sini, di tanah ini, majoriti penduduknya mempunyai hidung mancung, berkulit putih, berambut coklat keperangan, ada yang bermata hijau, bermata coklat dan ada juga yang bermata biru tidak jauh beza dengan dirinya yang turut mempunyai kacukan darah Inggeris. Dadanya terasa sedikit lapang. Perasaannya sedikit lega seolah-olah dia akhirnya pulang semula ke kampung halaman, tempat asalnya.

Waktu tempatan kini menunjukkan pukul 6 petang. Humayraa memejamkan matanya buat seketika, cuba menenangkan fikirannya dan merangka rencana seterusnya.

Humayraa mahu memulakan kehidupan baru biarpun kenangan lalu masih menghantuinya. Sejujurnya, dia masih belum dapat melupakan Fahryil. Sedari tadi fikirannya terimbau pada suaminya. Seakan namanya diseru-seru oleh lelaki itu. Dia masih keliru dengan tindakannya. Apakah tindakannya itu benar?

'Kau perlu lupakan dia, Humayraa. Dia dah berpunya. Lambat-laun, dia akan tinggalkan kau juga. Kau kena mulakan hidup baru.' Kata-kata itu berbisik perlahan. Humayraa menghembuskan keluhan berat. Dia bangkit lalu menuju ke bilik air. Dia mahu membersihkan dirinya setelah menempuh perjalanan yang sangat jauh.

.....

FATEH meluru masuk ke dalam pejabat Fahryil. Wajah lelaki kacukan Belanda itu kelihatan tegang. Dia mendapatkan CEO Empire Berhad yang sedang duduk di mejanya. Kolar baju kemeja Fahryil diragut kasar. Memaksa lelaki itu untuk bersemuka dengannya. Mata coklat cair itu mencerlung tajam memandang Fahryil seakan mahu menelan lelaki itu hidup-hidup.

"Mana Humayraa? Apa yang kau dah buat pada dia? Hah?!" Dengan sekuat hati Fateh menempelak suami kepada sahabatnya itu.

"Encik Fahryil, saya..." Yasmin yang terkocoh-kocoh cuba menghalang langkah Fateh untuk masuk ke dalam pejabat Fahryil, terhenti. Bosnya membuat isyarat tangan menyuruhnya pergi. Wanita tersebut mengangguk faham dan kembali meninggalkan pejabat itu.

"Woi, Fahryil! Aku tanya kau ni, mana Humayraa?!" Fateh sudah tidak dapat mengawal rasa marahnya. Sedikit sahaja lagi dia mahu menumbuk muka lelaki di hadapannya itu.

Fahryil menolak tangan Fateh sekaligus meleraikan rangkulan kolar bajunya. Dia membetulkan semula posisi duduknya. Wajahnya kosong. Fateh merengus kasar sebelum akhirnya duduk di hadapan meja Fahryil. Matanya tajam memandang lelaki itu.

"Dia dah lari," perlahan sahaja Fahryil menjawab..

Fateh tergelak sinis. "You are such a stupid man, you know that? A stupid proud man. Salah siapa Humayraa lari? This time, the damages are serious! Apa yang dah jadi pada cik Imah? Macam mana malam tu dia boleh pergi ke hotel tu? Kenapa dia pergi ke situ? Takkan dia nak jemput Humayraa pula? Bukan ke Humayraa pergi dengan kau? Apa yang kau dah buat pada dia masa malam tu?! Mesti ada sesuatu yang dah berlaku!"

"Kau tahu tak yang Humayraa ada history of MDD? Major Depressive Disorder? Tiga tahun yang lepas sewaktu ayah dia meninggal dunia? Dia tak boleh terima keadaan tu dan dalam masa yang sama dia dibuli teruk di sekolah. Akhirnya dia mengurung diri dan membisu selama 6 bulan! Dalam tempoh itu, dah berapa banyak suicidal attempt yang dia cuba buat. Cik Imah berusaha untuk pulihkan dia dan akhirnya mereka berpindah. Kau tahu semua tu?"

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEМесто, где живут истории. Откройте их для себя