BAB 22

1.4K 61 0
                                    

MELIHATKAN Humayraa yang membawa keluar sebuah bagasi, Fahryil segera turun dari perut kereta lalu terus sahaja mencapai bagasi tersebut untuk dimasukkan ke dalam but kereta. Humayraa pula sekadar membiarkan. Dia sibuk mengunci pintu utama dan pagar.

Suasana di dalam kereta mewah Mercedes Benz itu sunyi tanpa ada suara manusia. Hanya rentak irama yang dimainkan menggunakan instrument saxofone sahaja yang mewarnai atmosfera yang kekok itu. Humayraa yang sedari tadi membuang pandang ke luar jendela, sesekali mengerling ke arah Fahryil yang hanya fokus pada pemanduannya.

Tak boleh jadi ni. Takkan aku nak biarkan keadaan macam ni berlarutan? Aku kena cakap sesuatu. Hati kecil gadis bermata biru itu berdesis.

Lampu isyarat bertukar merah. Perlahan-lahan, kereta itu berhenti. Fahryil hanya diam, tegak memandang hadapan. Humayraa membetulkan duduknya sambil mengetap bibir.

“Aa…” Humayraa terhenti. Dia keliru dan tidak tahu untuk memanggil Fahryil apa? Abang? Err… rasanya, buat masa kini, gelaran itu seperti tidak sesuailah pula.

Fahryil menjeling ke arah Humayraa.

“Aa… awak.” Humayraa bersuara tetapi kedengaran takut-takut.

“Pertama sekali, saya nak jelaskan sesuatu. Kita disatukan bukan atas kehendak hati masing-masing. It’s all my mom and I have nothing to do with it. Business marriage. You should know about it, right? Saya minta maaf tapi sejujurnya, semua yang saya buat ini dalam keadaan terpaksa. Saya tak ada apa-apa perasaan pada awak dan kita pun tak pernah kenal. I just did this for the sake of my mom and my company. I’m sorry because it sounds like I’d manipulated you for my own advantages. But you know, we all have our own life before all of this crap happened, right? Saya ada hidup saya, awak ada hidup awak sendiri. Jadi, saya tak nak disebabkan nikah ni, hidup masing-masing jadi terbeban. We don’t deserve that. So I think, how about we live our usual life. Doesn’t need to feel burden. It just changed our status. Saya akan rahsiakan hubungan ini daripada pengetahuan umum. And… I bet you’d still remember that I have my own sweetheart.” Satu persatu ayat yang dituturkan oleh Fahryil menusuk ke jantung Humayraa. Terasa seakan ada sebilah sembilu tajam yang sedang menyiat sekeping hatinya. Terasa pedih sekali apabila Fahryil membongkarkan apa yang dipendamkannya selama ini.

Ya, memang Humayraa perasan ada nama seorang perempuan yang terukir bersama-sama nama lelaki di sebelahnya kini. Apabila mengenangkan kembali akan hal tersebut, hatinya menjadi bertambah sakit. Namun, gadis itu mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Dia tetap berusaha untuk menjadi seorang pendengar yang baik.

“Ada nama seseorang dekat keychain tu, kan? I’m sorry but that’s the person I love the most. The only person that I want to share my whole life with her. I love her with all my heart and soul. She’s great, sweet, charming, lovely, gorgeous, elegant. She has all of it! Kami dah rancang untuk berkahwin, tapi…” Fahryil menggenggam erat stereng kereta.

“Maaf. Saya tak mampu nak buang dia daripada hidup saya. Saya tak beritahu pada dia apa-apa pasal semua ni. I don’t know how she will react when she knows that I’ve got married with just a little highschool girl. Like I said earlier, lets lead our life just like before. I will still continue my relationship with her since I don’t have any intentions to protect our marital bond. I’m sure that you also have your own choice.

Hujah Fahryil yang panjang lebar akhirnya berjaya membuatkan hati Humayraa hancur. Entahlah, dia sendiri tidak dapat untuk mengungkapkan betapa hancur luluhnya perasaan itu. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Humayraa cuba tersenyum.
"Ya, sebenarnya saya pun dah ada pilihan hati sendiri. Saya suka personaliti dia yang sentiasa ada untuk membantu semua orang, agamanya, orang-orang di sekelilingnya semua sangat senang bila dia ada. Selama ni saya selalu doakan dia tapi semenjak peristiwa ni, saya dah berhenti doakan dia sebab awak. Tapi kalau awak dah kata macam tu, maknanya saya masih ada peluang untuk selitkan nama dia dalam doa saya," Humayraa berusaha mengawal perasaannya. Ada pilihan hati sendiri? Dia hanya mampu tersenyum sinis.

Fahryil diam mendengar kata-kata isterinya. Sejujurnya, timbul perasaan tidak enak apabila mendengar ungkapan Humayraa sebentar tadi namun lelaki itu hanya diam.

.....

SYARHA ANNISYHA berhenti menulis. Lama dia termenung memandang buku karangan Bahasa Melayu itu. Gadis itu sebenarnya sedang menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu-cikgu sempena cuti sekolah penggal pertama ini. Namun kini, fikirannya jauh melayang memikirkan sesuatu. Dia langsung tidak fokus pada kerja sekolah yang ada di hadapan matanya.

Nisyha menongkatkan dagunya. “Siapa lelaki tu?” Dia mendesis perlahan. Otaknya tidak dapat berhenti berfikir tentang insiden yang terjadi seketika tadi.

.....

NISYHA mengayuh basikalnya menuju ke rumah Humayraa untuk menyiapkan kerja sekolah mereka bersama-sama. Memandangkan Humayraa tidak menjawab panggilan dan membalas mesejnya, gadis itu akhirnya mengambil keputusan untuk datang sendiri menjengah ke rumah sahabatnya.

Awal-awal pagi lagi, Nisyha sudah bersiap sedia untuk pergi ke rumah Humayraa yang jauhnya sekitar tiga kilometer dari rumahnya. Namun apakan daya, gadis itu terpaksa membatalkan niatnya kerana perutnya pula meragam pada pagi itu. Lebih daripada sepuluh kali dia berulang-alik masuk tandas, hingga tidak terdaya dibuatnya.

Nisyha akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Humayraa pada petang hari. Suasana yang redup namun sedikit panas diharungi sendirian. Buku-buku dan peralatan yang diperlukan semua diletakkan di dalam bakul basikal. Dengan penuh semangat, dia mengayuh basikalnya untuk pergi ke rumah sahabatnya.

Nisyha menghentikan kayuhannya di tepi simpang masuk lorong ke rumah Humayraa. Dia bersembunyi di sebalik sebatang pokok yang berdekatan. Matanya fokus melihat ke arah sebuah kereta Mercedes Benz berwarna hitam berkilat yang terparkir kemas di luar pagar rumah Humayraa. Seorang lelaki yang memakai topi dan cermin mata hitam keluar dari rumah Humayraa sambil membawa sebuah bagasi dan berjalan menuju ke arah kereta mewah tersebut. Dia meletakkan bagasi tersebut di tempat duduk belakang. Seketika kemudian, keluar pula Humayraa yang kelihatan berpakaian kasual lalu tergesa-gesa mengunci pintu pagar rumah sebelum masuk ke dalam perut kereta.

Nisyha seakan tidak percaya akan apa yang baru sahaja dilihat dengan mata kepalanya sendiri. Fateh ke? Hatinya tertanya-tanya.

Bukan. Fateh tak maskulin macam lelaki tu. Fateh muka baby face. Sugardaddy ke? Nisyha yang berasa terkejut dengan andaiannya sendiri serta merta menekup mulutnya. Matanya membulat besar, seakan mahu tersembul keluar.

.....

MURI-DESU! Muri, muri, muri, muri, muri, muri, muri, muri…” Nisyha mengucapkan perkataan itu berulang-ulang kali seperti tiada kesudahan. Muri yang membawa maksud ‘mustahil’ dalam bahasa Jepun. Gadis itu menggeleng-gelengkan kepalanya, menafikan tanggapan buruk tersebut.

Are you going to say that word as much as beyond the infinity?

Nisyha tersentak dengan teguran yang tidak diduga itu. Gadis itu terdiam serta-merta dan terus sahaja dia menoleh ke arah punca suara.

“Abang Amir! Apa yang abang buat dekat sini?” Amir yang bersandar di pintu bilik hanya mampu tersengih. Dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur adik bongsunya. Amir merupakan anak sulung dalam keluarga itu dan juga merupakan seorang inspektor polis.

Nothing much. Just wonder yang adik ni terjumpa perkataan baru ke untuk dizikirkan waktu-waktu macam ni?” Amir mengusik adik bongsunya. 

“Ish abang ni.” Nisyha yang malas hendak melayan kembali menyambung menyiapkan kerja sekolahnya. Sempat juga dia menjeling ke arah pintu, ternyata abang sulungnya sudah tidak kelihatan lagi.

~
From the dear author,
Heyyooo!
Sorryyy saya dah laaaama tak update.🙏
Sebab makin busy sekarang 😖
Tapi takpa 🤭
Saya belanja Mass Update 8 chapters! hehehehe 😍

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now