BAB 60

1.3K 56 0
                                    

"KENAPA dengan isteri saya, doktor?" Fahryil bergegas mendapatkan doktor perempuan yang baru sahaja selesai melihat kondisi Humayraa. Seketika tadi, lelaki tampan yang memakai sut itu keluar dari bilik wad VVIP untuk menjawab panggilan telefon semasa doktor tersebut berbicara dengan Rahimah mengenai keadaan Humayraa di dalam. Doktor perempuan itu agak terkejut apabila dapat mengetahui gadis cantik yang datang dengan memakai baju sekolah itu sudah bersuami. Rahimah baru sahaja ingin menyalinkan pakaian hospital selepas doktor dan jururawat di situ menyelesaikan tugasan mereka terlebih dahulu.

"Bacaan vital pesakit kesemuanya normal. Tapi kita tahan dia masuk ke dalam wad untuk pemantauan. Saya mencadangkan untuk kita check brainwave pesakit. Sebelum itu, saya nak tahu sedikit sejarah berkenaan pesakit. Ada apa-apa ke yang berlaku kepada pesakit baru-baru ni?" Jelas doktor itu.

Fahryil terdiam, berfikir. "Setahu saya, tak ada apa-apa yang berlaku. Isteri saya cuma sibuk saja,"

"Tadi, saya ada tanya ibu pesakit dan dia beritahu yang pesakit terlalu sibuk dan kerap tidur lewat, 1 hingga 2 pagi setiap hari. Saya takut punca dia blackout ini adalah disebabkan terlampau stress."

"Dalam istilah medikal, kita panggilnya sebagai psychogenic blackout. Di mana kondisi ini terjadi apabila seseorang itu berhadapan dengan tekanan yang melampau dan situasi yang ekstrem seperti trauma, sehingga menyebabkan otaknya terpaksa shut down dengan sendiri untuk melindungi seluruh sistem tubuh badan." Penjelasan itu membuatkan Fahryil terdiam.

"Begini encik, buat masa sekarang memang tidak ada kepastian tentang penyakit yang dihidapi oleh Puan Humayraa. Kita akan tunggu keputusan darah dan ujian air kencing kerana dikhuatiri isteri encik juga kemungkinan hamil." Fahryil tersentak mendengar ayat terakhir doktor perempuan itu.

"Tapi..." saya tak pernah sentuh dia. Lelaki itu hanya mampu mengungkapkan ayat yang selebihnya di dalam hati sahaja.

"Terima kasih, doktor." Lelaki itu sekadar mengangguk sedikit.

.....

FAHRYIL yang duduk di sisi katil pesakit hanya merenung wajah bersih milik Humayraa. Hanya dia seorang sahaja yang berada di dalam bilik wad itu menemani isterinya manakala ibu dan mama pergi ke lobi hospital sebentar. Matanya meneliti wajah tenang yang terbaring kaku di atas katil. Pipi lembut gadis itu sememangnya berwarna kemerah-merahan secara semulajadi. Keningnya cantik terukir dan kelopak matanya yang terkatup rapat menampakkan bulu matanya yang lebat dan panjang seakan terlihat seperti bulu mata palsu tetapi Fahryil tahu itu semuanya kecantikan yang asli. Hidung isterinya yang mancung dan bibir nipis yang merah seperti buah delima membuatkan hati Fahryil menjadi semakin berdebar apabila ditatap lama-lama. Wajah itu terlalu sempurna seperti patung ukiran yang dilukis oleh pakar seni!

Fahryil menongkat dagunya. Melihatkan raut wajah Humayraa membuatkan dia teringin untuk melihat wajah David Ianwood dan Aisya Humaira. Fahryil seperti dapat mengagak rupa David kerana keluarga Ianwood yang sememangnya terkenal di Scotland kerana perniagaan mereka juga terkenal dengan wajah mereka yang rupawan. Namun, David Ianwood dikatakan mempunyai muka yang paling tampan dalam keluarga besarnya. Cumanya lelaki Inggeris itu terkenal sebagai seorang yang tidak sukakan kamera dan liputan berita.

Aisya Humaira? Fahryil hanya mampu membayangkan wajah seorang wanita yang mirip dengan Humayraa. Pipinya pasti kemerah-merahan. Mungkin Aisya mempunyai rangka muka dan tubuh yang agak kecil berbanding saiz kebiasaan orang Timur Tengah, kerana Humayraa mempunyai bentuk muka dan tubuh yang kecil seperti anak patung.

"Dikhuatiri isteri encik juga kemungkinan hamil..." Kata-kata doktor tadi kembali terngiang di fikiran Fahryil. Pandangan matanya kembali jatuh pada wajah isterinya.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now