BAB 70

1.3K 65 1
                                    

"JUVIEYA?" Fahryil terkejut dengan tindakan gadis itu yang memeluknya erat dari belakang. Rasa tidak selesa diperlakukan seperti itu, dia cuba meleraikan dakapan Juvieya namun gadis itu semakin menguatkan pelukannya. Fahryil menoleh ke belakang.

"I love you, Danny. I love... you," Juvieya mengerutkan dahinya sambil menyandarkan kepalanya di belakang badan Fahryil. Dia membisikkan ayat itu berkali-kali. Fahryil berasa aneh apabila suara Juvieya semakin lemah kedengaran.

"Oh my God!" Bunyi teriakan itu membuatkan Fahryil mengangkat pandangannya. Berdiri di belakang Juvieya ialah Viraaj, dengan tangannya seperti memegang sesuatu. Wajah Hindustan itu seakan terkejut tidak percaya. Perlahan-lahan mata Fahryil menyoroti arah tangan Viraaj yang sedang memegang sebilah pisau pemotong buah dan pisau itu terbenam di belakang badan Juvieya Aima. Mata lelaki itu terbeliak besar.

"Viraaj?!" Apabila semakin ramai suara yang kedengaran membingit, lelaki hindustan itu menjadi panik dan terus sahaja menarik keluar pisau yang terbenam tadi tanpa berfikir panjang.

"No!!!" Fahryil menjerit nyaring seiring dengan Juvieya Aima yang sudah terduduk menahan kesakitan yang menjalar seluruh urat sarafnya. Darah mula mengalir dengan banyak di bekas tikaman itu.

Fahryil cepat-cepat menyambut badan yang sudah terkulai layu itu. Dalam masa yang sama, Carlos, Mark dan yang lain sudah pun pergi mengejar Viraaj yang melarikan diri.

"Vieya! Vieya! Juvieya Aima! Bangun!" Fahryil menggoncangkan tubuh gadis itu. Cepat-cepat dia menekan bekas tikaman itu dengan tangannya sendiri. Darah pekat yang mengalir langsung tidak dihiraukan.

"Call the ambulance!"

"Anyone! Please bring the first aid kit!"

Suasana pada malam itu kecoh dengan insiden yang berlaku.

.....

"APA yang berlaku dengan perempuan tu? Dia selamat tak?" Humayraa bertanya dengan seraut wajah yang ingin tahu membuatkan Fahryil mengukirkan senyuman nipis.

"Sebenarnya, kawan kepada kawan aku tu tak ada apa-apa perasaan istimewa pun pada budak perempuan tu. Dia cuma kenal perempuan tu sebab diorang berdua dari Malaysia. Bidang pengajian pun tak sama." Lelaki itu menyambung.

"But, because of him, she suffered a penetrating kidney injury." Fahryil diam sebentar. Dia membuang pandang ke arah bintang-bintang yang memancarkan keindahan langit malam.

"Perempuan tu... undergo emergency surgery malam tu. Doktor kata, tikaman itu mengenai saluran darah utama buah pinggang dia. Besar kemungkinan, buah pinggang itu boleh gagal berfungsi. Kalau pisau itu tak ditarik keluar, mungkin keadaan dia tak sekritikal itu." Fahryil mengepalkan buku limanya, mengenang kisah lalu.

"Pembedahan pada malam itu berjaya. Doktor berjaya selamatkan buah pinggang yang terkesan tapi keadaan dia tidak memberansangkan. Perempuan tu dimasukkan ke dalam ICU (unit rawatan rapi). Kawan kepada kawan aku tu... tak tidur semalaman memikirkan keadaan budak perempuan yang sukakan dia tu,"

"Kau bayangkanlah. Umur baru 20 tahun, berada di negara orang, seorang diri, jauh daripada parents." Perlahan-lahan, keluhan nafas berat kedengaran terhembus keluar.

"Esoknya, parents budak perempuan tu sampai dari Malaysia. Coach pasukan itu yang jelaskan apa yang dah berlaku. Kawan dia yang tikam itu sebenarnya sukakan perempuan tu. Tapi disebabkan kawan kepada kawan aku ni reject perempuan tu macam tu je, dia rasa tak puas hati, terus dia nak cederakan kawan aku tu. Kira macam psiko jugalah. Akhirnya dia dibuang universiti dan ditahan masuk penjara."

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now