BAB 27

1.3K 59 1
                                    

HUMAYRAA… bangun,” lembut sahaja suara ibu menampar gegendang telinga. Badannya terasa digoyang-goyangkan sedikit. Perlahan-lahan, gadis kecil itu mencelikkan matanya. Kepalanya terasa begitu pening dan pandangannya menjadi berpinar buat seketika sebelum segalanya kembali normal.

“Kita dekat mana ni?” Humayraa masih dalam keadaan mamai. Perlahan-lahan dia membetulkan posisi duduknya. Tangannya masih memegang kepala. Entah bila dia membaringkan kerusinya itu pun dia tidak ingat. Otaknya terasa kosong.

“Kita dah sampai Mersing. Kita makan dulu, baru terus ke jeti. Sekarang dah pukul 12 tengahari,” ibu memberitahu serba sedikit seraya membantu anak susuannya untuk bangkit keluar dari perut kereta.

Humayraa mengambil masa sejenak untuk menstabilkan keadaan dirinya. Setelah saluran darahnya kembali lancar dan normal seperti biasa, dia mula mengikut rentak Rahimah menuju ke arah sebuah restoran yang terletak betul-betul di pinggiran pantai.

Sebaik sahaja dua beranak itu tiba, kelihatan yang lain sudah duduk di meja makan yang besar sambil menunggu kedatangan Humayraa dan Rahimah. Masing-masing tidak banyak bunyi, hanya melayan angin laut yang bertiup damai.

Humayraa dan Fahryil sempat mengerling antara satu sama lain. Gadis itu membuat muka kosong dan terus sahaja duduk di sebelah mama sekaligus memaksa ibu duduk di sebelah Fahryil. Perasaan marahnya pada lelaki itu masih membuak-buak. Dia enggan berdekatan dengan suaminya kerana lelaki itu telah sangat melampau dalam menghinanya.

Isaac sekadar memerhati gelagat pasangan pengantin baharu itu. Dia dapat meneka, pasti sesuatu yang buruk telah belaku antara mereka berdua. Lelaki Inggeris itu hanya mampu melihat dari jauh sebelum melakukan sebarang tindakan jika perlu. Tidak pernah pula dia melihat wajah Humayraa sebegitu muram dan sembap yang mungkin disebabkan kerana menangis. Apa yang sudah berlaku?

Mereka menikmati makan tengahari dalam keadaan yang senyap. Masing-masing tidak mengucapkan sepatah kata, hanya diam menikmati hidangan yang disediakan.

Setelah lebih kurang setengah jam, mereka mula bertolak ke jeti Mersing. Cuaca kelihatan sungguh baik sekali. Terdapat ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang bercadang untuk bercuti di pulau-pulau yang ada di perairan Mersing itu.

Isaac sebagai perancang perjalanan mula menghubungi orang yang berurusan dengannya dalam pakej percutian ke Pulau Dayang. Beberapa minit kemudian, seorang remaja lelaki datang dan menunjukkan bot laju yang akan membawa mereka ke Pulau Dayang.

Masing-masing sibuk membawa masuk barang-barang ke dalam bot sebelum setiap seorang diberikan jaket keselamatan untuk disarung ke tubuh masing-masing. Seorang demi seorang mula melangkah masuk ke dalam bot laju yang sederhana besar itu dengan bantuan Isaac, Fahryil dan remaja lelaki yang dikenali sebagai Jimi.

“Mama. Mama pernah pergi ke Pulau Dayang?” sempat Humayraa berbisik pada Puan Sri Jeanne sambil menunggu Lisa memasuki bot. Kedua-dua anak kembarnya, Jade dan Jane tidak mengikuti percutian mereka ke Pulau Dayang. Si kembar itu pulang ke rumah datuk dan nenek mereka di Batu Pahat, Johor.

Puan Sri Jeanne menjongketkan bahunya. “Mama pun sebenarnya baru pertama kali dengar nama Pulau Dayang. Mama ingatkan kita ke Pulau Tioman. Isaac pun tak ada beritahu apa-apa sebelum ini. Tadi baru dia beritahu yang kita akan ke Pulau Dayang,” itu sahaja yang dapat diulas oleh Puan Sri Jeanne sebelum tiba gilirannya untuk naik ke atas bot.

Isaac dan Fahryil menghulurkan tangan untuk menyambut Humayraa, orang yang terakhir untuk naik ke bot laju itu. Gadis bermata biru itu terus sahaja mencapai tangan Isaac tanpa sedikit pun menoleh ke arah Fahryil yang turut menghulurkan tangannya.

Fahryil sempat menoleh pada isterinya yang sudah pun melabuhkan punggung betul-betul di bahagian tepi bot. Dia mencebik kecil seraya dengan sengaja dia duduk di sisi gadis kacukan Inggeris-Palestin itu biarpun dia tahu Humayraa tidak menyukainya.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now