BAB 65

1.3K 53 2
                                    

HUMAYRAA SYAHLAA meletakkan cawan yang mengandungi air milo panas di atas meja di sisi katil Fahryil secara perlahan-lahan, enggan mengganggu lena lelaki itu. Dia melihat jarum jam tangannya. 6.30 pagi. Pak Tam tentu sudah sampai di lobi hospital untuk menghantarnya ke sekolah. Gadis yang kemas memakai baju uniform sekolah itu sudah berkira-kira mahu beredar namun niatnya terbantut apabila pergelangan tangannya dicengkam oleh Fahryil. Humayraa segera menoleh ke arah katil dan mendapati yang Fahryil sudah pun terjaga.

    “Eh, saya ganggu awak ke?” Gadis itu kembali merapati katil pesakit. Matanya memerhati keadaan Fahryil atas bawah. Nampak okey saja…

    “Anatra, semalam mama kata kau pun cedera juga sebenarnya. Dari semalam aku tunggu kau sebut pasal tu,” Wajah serius Fahryil Danial membuatkan Humayraa mengerutkan dahinya. Dia tidak dapat menangkap apa yang suaminya cuba untuk sampaikan.

    “Sebut pasal apa? Awak nak apa? Saya dah lambat ni, Fahryil,” Humayraa cuba melepaskan pergelangan tangannya daripada pegangan kejap Fahryil, namun lelaki itu semakin mengemaskan cengkamannya.

    “Show me your wound first, Anatra.” Serius sahaja nada suara Fahryil sambil matanya memandang tepat ke dalam anak mata biru isterinya. Humayraa yang sudah tidak senang duduk ditenung begitu mula mengalihkan arah anak matanya. Susana di dalam bilik wad itu sunyi seketika. Hanya renungan mata dan cengkaman tangan sahaja yang menjadi pengganti bicara.

“Humayraa Ianwood.”

“Ya, Fahryil. Ya, okey!” Humayraa sudah malas mahu bercakap lebih, lagipun Pak Tam sudah menunggunya di lobi bawah. Gadis itu menyelak sedikit bahagian hadapan tudung sekolahnya, menampakkan lehernya yang jinjang dan putih melepak. Terdapat segaris luka panjang di bahagian kerongkongnya akibat acuan pisau tempoh hari. Fahryil terkejut melihat luka tersebut.

“Sebab apa ni?” Mata lelaki itu seakan tidak percaya. Takkanlah sebab…

“Pisau,” jawapan pendek Humayraa telah mengiyakan spekulasinya. Fahryil mengepalkan buku limanya dalam diam.

“Kenapa tak sapu ubat? Kenapa tak balut? Bukan ke mama ada belikan ubat sapu dengan bandage?” lelaki itu bertanya geram melihat isterinya sekadar membiarkan luka itu.

“Fahryil, saya dah lambat ni. Nanti traffic jammed.” Humayraa berkata separuh merayu. Nampak gayanya Fahryil tidak akan melepaskan dia pergi dalam masa yang terdekat.

Hand me over the medicine,” sebelah tangannya masih lagi memegang kejap pergelangan tangan Humayraa manakala sebelah lagi dibuka tapak tangannya, meminta ubat. Humayraa hanya diam tidak memberikan reaksi.

“Humayraa Syahlaa Ianwood.”

“Nah,” sepatah sahaja gadis itu menjawab sambil menghulurkan sebungkus plastik kecil yang mengandungi peralatan kesihatan yang ada dalam beg sekolahnya. Fahryil mengambil plastik itu sambil cuba menyimpan senyuman yang mahu terbit. Garangnya budak ni. Desis hati kecilnya.

Sorry, Pak Tam. Pak Tam tunggu lama sikit, okey? Humayraa ni nak kena sapu ubat sekejap.” Entahkan bila Fahryil menelefon Pak Tam, Humayraa sudah terperanjat apabila mendapati suaminya sedang bercakap di telefon. Sengaja Fahryil melihat wajah Humayraa menantikan reaksi gadis bermata biru itu.

“Baiklah, Fahryil.” Kedengaran suara Pak Tam di corong pembesar suara telefon pintar itu sekali gus membuatkan Humayraa kehilangan kata.

“Duduk sini,” gadis kacukan Inggeris-Palestin itu hanya menurutkan, persis anak kucing yang jinak. Wajahnya masam mencuka, duduk merapati suaminya. Fahryil hanya mampu menahan gelak melihat wajah cemberut Humayraa. Tudung sekolah itu diselak ke tepi. Buat seketika, dia terkaku apabila terlihat bahagian leher dan tulang selangka isterinya yang putih bersih. Lelaki itu menelan liurnya sendiri dan berdehem sedikit sebelum cepat-cepat dia mengeluarkan ubat krim dari dalam beg plastik yang dihulurkan oleh Humayraa sebentar tadi.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now