BAB 96

1.4K 75 3
                                    

(Kesemua perbualan asal adalah dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya)

ISAAC melakarkan senyuman mesra. "Malam itu, abi kamu suruh uncle hubungi uncle Mike dan tempah barang kemas berlian yang dibuat khas. Dia tak ada sebut apa-apa tentang perkahwinan tetapi dia seperti sedang bersedia untuk itu. Rantai yang kamu pakai itu ialah rantai emas dengan batu berlian asli. Abi kamu yang reka bentuknya. Rantai ini bernilai hampir 10 juta pounds pada waktu itu. Aisya langsung tidak tahu berkenaan harga rantai ini. Cincin pernikahan mereka pula diperbuat daripada platinum dan cincin Aisya itu bertatahkan sebutir berlian yang jarang dijumpai. Proses pembuatan semua barang kemas yang diminta oleh David memakan masa lebih dari 10 hari untuk barang-barang itu sampai ke tangan dia. Abi kamu marah sebab mengambil masa yang terlalu lama tetapi sejujurnya, 10 hari dari saat berlian itu masih kasar sehinggalah semuanya sampai ke Palestin itulah yang paling laju yang kami berjaya usahakan!"

"Ya, saya ingat yang itu!" Michael tergelak besar.

"Kami di sini betul-betul kelam-kabut bila David tiba-tiba minta pereka barang kemas peribadi dia untuk sediakan set barang kemas berlian sebelum dia tamatkan misi di Palestin. Pada masa itu bukannya mudah seperti zaman sekarang yang boleh buat panggilan video online ataupun pembelian online. Pada waktu itu sangat susah untuk menghubungi seseorang yang berada di luar negara. Sepatutnya proses itu mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Untung saja dia ada jet peribadi dan helikopter, bolehlah semua itu dilakukan dengan cepat. Tetapi masalahnya dia minta berlian hitam, berlian hijau, berlian merah yang mana semua itu antara berlian-berlian yang paling jarang dijumpai di dunia! Well, that billionaire isn't cool for that. He's making us working overtime for the whole week back then!" Sambung lelaki itu lagi sambil meghabiskan sisa tawanya. Mereka yang lain turut terhibur mendengar Michael bercerita dengan bersungguh-sungguh.

"Selepas David kata dia mahu memeluk agama Islam, Aisya sendiri datang bertemu saya untuk bercakap berkenaan David. Saya boleh nampak perubahan pada tingkah laku dan perangai Aisya yang tidak seperti selalu. Dia jarang untuk membuka perasaannya pada sesiapa tetapi kali ini, dia sendiri yang meminta kebenaran untuk dia mengajar David tentang Islam. Semestinya saya kata tak boleh," Mateen kembali menyambung cerita.

"Alahai kesian David," ucapan selamba Michael itu membuatkan semua tergelak.

"Mestilah tidak. Aisya itu anak dara dan David tu pula ialah seorang pemuda yang bujang, kacak dan tampan. Itu boleh menimbulkan fitnah dah salah faham. Lagipun ramai lagi orang yang boleh ajar David tentang Islam. Aisya sepatutnya tidak perlu risau tentang hal itu."

"Aisya tak sebut lagi isu David selepas itu. Pada keesokan harinya, di pagi Jumaat yang mulia selepas solat Subuh, David akhirnya mengucapkan dua kalimah syahadah bersaksikan seluruh ahli pasukan yang berada di kem. Saya tak tipu, momen itu sangat indah dan syahdu. Ramai yang menitiskan air mata kegembiraan saat melihat David memeluk Islam. Sekali lagi dia menjadi bualan orang ramai di kem."

Isaac mengangguk beberapa kali. "Saya rasa sangat bertuah sebab dapat menyaksikan detik-detik terindah hidup David." Lelaki Inggeris itu tersenyum manis sambil matanya menatap senyuman tampan David Ianwood di dalam gambar lama itu. Semua itu kini hanya tinggal kenangan.

"Sejujurnya, saya sendiri bukanlah seorang Muslim yang baik pada masa itu. Saya pergi ke Palestin dengan niat dan tujuan yang tidak elok. Saya dapat tawaran untuk pergi ke Palestin betul-betul selepas detik hitam yang berlaku dalam hidup saya. Pada masa itu, saya memang betul-betul hilang arah hidup dan tak nak percaya apa-apa pun. Di luar jangkaan saya, David ikut menyertai pasukan sukarelawan itu dan ikut pergi ke Palestin. Tujuan dia hanyalah untuk menghalang saya daripada melakukan sesuatu yang tak baik. Dia langsung tidak pernah terfikir untuk memeluk Islam dan menjadikan Islam sebagai agama pertama dan terakhirnya. Sungguh, Allah jua yang Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang. David pergi ke Palestin dan akhirnya bertemu hidayah dan kebahagiaan hidupnya manakala saya pula akhirnya berjaya mendapatkan kembali kekuatan yang saya cari." Isaac tersenyum pahit. Lisa mencapai tangan suaminya dan mengusap lembut tangan yang sudah semakin dimamah usia itu.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now