BAB 71

1.3K 64 4
                                    

MEREKA berdua berpelukan dengan erat. Seakan ini merupakan pertemuan yang terakhir buat dua sahabat itu. Mata biru milik Humayraa berkaca. Air mata yang hampir tumpah, ditahan. Fateh dan Adam hanya sekadar memerhati. Lelaki kacukan Belanda itu lebih banyak mendiamkan diri.

"Jaga diri, Nisyha. Hati-hati dekat sana. Bila dah sampai Jepun nanti, jangan lupakan aku. Jaga makan, jaga solat, jaga aurat, jaga kesihatan, jaga..."

"Ya, ya. Baik, Humayraa." Belum sempat gadis kacukan Inggeris-Palestin itu menghabiskan bicaranya, Nisyha sudah memotong terlebih dahulu. Pelukan dileraikan. Nisyha menggenggam erat tangan sahabatnya. Senyuman manis terlakar di bibir.

"Semoga terus kuat, Humayraa. Jangan cepat mengalah. Jangan bagi orang lain pijak kita, faham tak? Kalau ada apa-apa, cari je aku, okey?" Nisyha merenung ke dalam anak mata gadis itu. Humayraa mengangguk dan tersenyum.

"Jangan bagi orang lain rampas hak kau. Pertahankan hak kau, okey?" Nisyha menambah lagi.

"Adam, Fateh. Tengok-tengokkan si Mayraa ni." Gadis itu menoleh ke arah Imann Adam dan Fateh Imann silih berganti.

Sebaik sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tamat, Fateh Imann mula sibuk mengambil alih urusan syarikat datuknya yang bercawangan di Malaysia manakala Imann Adam pula mula fokus pada laluan kerjayanya untuk menjadi seorang juruterbang yang merupakan cita-citanya sedari kecil. Nisyha pula masih meneruskan perancangannya untuk tinggal di Jepun menemani makciknya menamatkan pengajian.

"InsyaAllah. Take care, Nisyha." Fateh meleretkan senyuman.

"Jangan tak balik pula nanti waktu keputusan SPM keluar, Nisyha. Jangan lupakan kitorang." Adam melambai sedikit tangannya seraya tersenyum lebar.

"Sya. Nanti bila dah sampai, terus call maksu. Tunggu sampai maksu datang. Jangan gerak ke mana-mana. Bila dah sampai nanti, call ayah." Ariff Shah memeluk satu-satunya anak gadisnya itu.

"Adik jangan nak menggedik sangat dekat sana. Teman maksu buat research je. Walaupun abang tak rasa adik akan ikut cakap abang, tapi, duduk je dekat rumah tu diam-diam. Tak payah nak pergi kerjalah, apalah." Amir memesan sambil tangannya menggosok kepala adik perempuannya. Nisyha tersenyum, jelas menampakkan kemesraan mereka adik beradik.

"Dah. Nisyha nak masuk dulu. Bye, semua orang." Gadis itu mula membuka langkah memasuki balai perlepasan.

"Nisyha!" panggilan itu menghentikan langkahnya. Nisyha yang sudah agak jauh menapak, menoleh ke arah punca suara. Kelihatan sesusuk tubuh tinggi lampai sedang berjalan mendekatinya.

Fateh yang kelihatan tampan memakai baju kasual kini berdiri di hadapannya. Barulah gadis itu sedar bahawa lelaki kacukan Belanda itu semakin meninggi. Kini, Nisyha hanya separas bahu Fateh sahaja.

"Yo, Fateh!" Nisyha berlagak seperti biasa.

Tidak seperti kebiasaan, wajah lelaki itu nampak kosong tanpa sebarang senyuman. Fateh tidak lepas daripada terus merenung ke dalam anak mata Nisyha membuatkan gadis itu berasa tidak senang.

"Kau dah kenapa? Kau nak apa?" Nisyha cuba membuang aura kekok yang mula merajai suasana. Fateh berdehem beberapa kali.

"Nah." Lelaki itu menghulurkan sebuah beg kertas kecil. Nisyha yang kelihatan terpinga-pinga sekadar menyambut huluran itu. Belum sempat dia berkata apa-apa, lelaki kacukan Belanda itu sudah pun melangkah pergi.

Nisyha terdiam melihat tingkah Fateh yang kelihatan aneh. Akhirnya, gadis itu sekadar menjongketkan bahunya dan kemudian terus melangkah masuk ke dalam balai perlepasan.

.....

NISYHA membuang pandang ke arah kepulan awan yang memutih. Sudah hampir dua jam dia berada di udara. Gadis itu hanya diam, fikirannya jauh melayang merentasi waktu. Perlahan-lahan, keluhan halus terhembus keluar. Inilah keputusannya.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now