BAB 4

1.8K 86 3
                                    

FAHRYIL keluar dari perut teksi lalu membantu mamanya untuk turun sama. Ramai gadis yang memandangnya tetapi lelaki itu hanya membuat tidak endah. Kaki mereka pantas meneruskan langkah menuju ke arah bangunan pencakar langit 55 tingkat milik syarikat mega Empire Berhad.

Kedatangan mereka tidak mendapat apa-apa halangan malah mereka dipersilakan untuk terus naik ke tingkat 55 di mana terletaknya bilik CEO.

Fahryil sekadar diam tidak berkata apa-apa. Dia hanya mahu perkara ni selesai dengan segera. Puan Sri Jeanne pula tidak berani untuk bersuara melihatkan wajah serius anak terunanya.

“Mama tunggu dekat sini. Biar Aril sorang je yang masuk,” ujar Fahryil sebaik sahaja mereka tiba di ruang utama tingkat teratas bangunan yang terletak berdekatan dengan menara berkembar Petronas itu. Mata coklat cairnya menatap seraut wajah ayu Puan Sri Jeanne sebelum berlalu pergi.

Fahryil mengetuk pintu beberapa kali sebelum terdengar suara dari dalam bilik menyuruhnya masuk. Perlahan-lahan, daun pintu yang diperbuat daripada kayu jati itu dikuak. Senyuman di bibir Isaac yang sedang duduk di kerusi bos itu menjemput kedatangan Fahryil. Wajah pemuda tampan itu hanya serius tanpa sebaris senyuman di bibirnya.

“Jemput duduk, Fahryil.” Setelah mendapat pelawaan, Fahryil akhirnya melabuhkan punggungnya di kerusi yang terletak berhadapan dengan Isaac. Wajah lelaki Inggeris itu masih tidak lekang dengan senyuman.

“Jadi?”

“Aku cuma perlu kahwin dengan pemilik Empire yang sekarang dan semuanya akan kembali kepada normal, kan?” Fahryil terus sahaja bertanya tanpa menunggu lama.

“Hmm... macam itulah nampak gayanya,” Isaac berkata sambil membetulkan sedikit kedudukan cermin matanya sebelum kembali tersenyum.

Fahryil mengangguk-angguk perlahan. Keningnya dijongketkan sebelah. “Aku tak tahu kenapa semua benda ni nampak merepek, tapi kalau dah macam tu, aku akan kahwini dia,” walaupun terasa berat untuk dia melafazkannya, dia perlu akur. Wajahnya kosong melihatkan Isaac yang tergelak kecil.

“Terima kasih untuk itu,” kata Isaac sambil mencari-cari sesuatu di dalam laci meja. Akhirnya, lelaki Inggeris itu mengeluarkan sebuah fail putih lalu diserahkan kepada Fahryil.

“Ini bukan kontrak perkahwinan. Tapi ini perjanjian antara kita berdua.” Dahi Fahryil sedikit berkerut tatkala menyambut huluran fail putih itu.

“Maksudnya?” Fahryil tiada idea. Dia menyelak helaian kertas yang terkandung di dalam fail itu satu persatu.

She’s a very important person in my life. For her sake and future life, I need to do this,” Isaac memberitahu tanpa berselindung. Fahryil hanya mendengar sambil matanya fokus membaca setiap butir perkataan yang tertulis pada helaian-helaian kertas itu.

“Syaratnya tak susah, kamu tak boleh ceraikan dia dalam tempoh setahun perkahwinan walaupun hak menjatuhkan talak itu berada pada tangan kamu. Yang kedua, jaga dia macam kamu jaga diri kamu sendiri,” terang Isaac tanpa berselindung. Fahryil segera mengangkat pandangan, cuba mencari kebenaran di sebalik mata redup Isaac.

What on earth is that? Kenapa pulak aku tak boleh ceraikan dia?” Fahryil menjadi panas. Dia berasa tidak adil.

“Aku takut aku tidak percayakan kau nanti,” tenang sahaja wajah lelaki Inggeris yang berusia separuh abad itu. Walaupun dia sudah berusia, namun ketampanannya masih terserlah. Fahryil mendengus.

Are you stupid? You forced me to do this and then you said you won’t believe me?” Lelaki itu mencebik.

“Kau nak apa sebenarnya? Kalau dia ni penting sangat dalam hidup kau, kau tak patut buat benda ni. You shouldn’t gamble her life. Easy.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now