BAB 15

1.4K 60 2
                                    

HUMAYRAA mengundur ke belakang sehingga tiada lagi ruang untuk dia menapak. Lima orang gadis di hadapannya sudah bercekak pinggang. Ada yang berpeluk tubuh malah ada juga yang sudah mengepalkan buku limanya. Aura mereka langsung tidak menyenangkan.

Humayraa menelan air liurnya. Terasa seperti dia menelan batu kerikil. Perit. Matanya melilau memandang ke serata arah. Mana semua orang yang ada dekat sini tadi? Mana semua orang? Mana Fateh? Mana Nisyha? Ya Allah, tolong aku.

"Kau cari siapa, perempuan? Aku dah halau semua orang yang ada dekat sini. Hanya ada kita sahaja di sini," ujar gadis yang berada di tengah dalam lima orang itu. Dialah ketua dan kepala bagi kumpulan itu. Wajah ayunya kelihatan bengis dan menakutkan.

"Siapa lagi yang nak back-up kau sekarang? Fateh dengan perempuan pengawas tu dah lama balik tinggalkan kau! Kitorang yang plan semua ni nak balas dendam dekat kau! Teruk aku kena belasah dengan ayah aku sebab kau, kau tahu tak?!" Tambah si ketua lagi.

Muka Humayraa menjadi kemerah-merahan. Menahan ketakutan yang merajai diri. Fateh. Nisyha. Allah. Itu sahaja nama-nama yang terimbas di layar ingatannya.

"Kau dah bocorkan rahsia kitorang pada cikgu disiplin sampai pengetua nak jumpa mak bapak kitorang, kau tahu tak?! Kaulah penyebab kitorang kena gantung sekolah! Ikutkan hati aku, aku nak je sumbat kau sekali dengan budak sial tu dalam tandas hari tu!" Ketua kumpulan itu mara ke hadapan lalu mencekak kolar baju Humayraa.

Humayraa menutup matanya. Tidak sanggup untuk melihat dan tidak sanggup menahan bau rokok yang keluar daripada mulut gadis itu. Keychain di tangannya digenggam erat, seerat-eratnya.

Ya Allah, tolong hamba-Mu ini. Aku tak nak kesilapan sama berulang lagi.

"Kita sembur dengan sepuluh tong aerosol terus! Biar mampus dua-duanya. Hidup asyik nak menyusahkan orang je!" Sampuk salah seorang daripada mereka manakala yang lain turut mengiyakan.

"Bu... bukan aku yang beritahu pada cikgu." Humayraa cuba untuk membela dirinya yang tidak bersalah. Perlahan-lahan, dia membuka matanya untuk menentang pandangan gadis yang mencekak leher bajunya. Kini, dia sudah ingat dengan jelas bahawa gadis itulah yang menunggunya di luar pintu tandas setelah kejadian pembulian di tandas perempuan blok belakang beberapa minggu yang lalu.

"Kau tak payah tipulah! Aku korek nanti biji mata kau tu bagi makan dekat anjing! Kau ingat kau tu cantik sangat ke? Kau ingat muka kau macam ni, aku nak kesianlah? Jijik!" Begitu hina Humayraa di mata gadis-gadis itu. Humayraa diam, cuba bertahan.

"Kitorang tak akan lepaskan kau macam itu saja. Ikutkan aku, memang dah tinggal mayat je. Orang asing macam kau ni kalau mati, siapa kisah?" sampuk lagi salah seorang yang ada di belakang.

"Apa dekat tangan kau ni, sial?" pertanyaan si ketua pembuli itu menyentak hati Humayraa. Dadanya berdegup kencang. Dia tidak mahu keychain milik lelaki itu jatuh pada tangan-tangan kotor mereka. Genggamannya dieratkan lagi. Tangannya basah dengan peluhnya sendiri.

"Apa yang kau pegang tu, hah perempuan?! Bagi aku tengok!" Reaksi Humayraa tersebut dengan tidak sengaja telah mencetuskan provokasi. Cengkaman di kolar baju Humayraa sudah terlerai namun kepalan tangannya pula yang kini menjadi perhatian. Humayraa mengunci mulut. Tidak mahu berkata sepatah pun.

Tiba-tiba ada satu tamparan kuat hinggap di pipi kanannya. Terasa pedih menyengat. Humayraa terkedu dengan tindakan gadis itu. Pantas sahaja dia memegang pipi kanannya yang terasa begitu perit itu.

"Aku tanya kau! Bukan tanya dengan batu! Kau pekak ke apa?! Kalau aku tanya soalan, lantak kau lah nak bisu ke nak jadi bebal ke yang penting aku tahu aku mesti dapat jawapan. Faham?!" Gadis itu mula naik berang melihat respon Humayraa yang hanya membisu. Dia membuat arahan tangan pada rakan-rakannya yang lain. Seketika kemudian, kelima-lima gadis itu sudah pun mengelilingi Humayraa. Gadis kacukan Inggeris-Palestin itu mula cuak.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now