BAB 62

1.2K 54 0
                                    

"TERIMA kasih kepada Humayraa yang bertindak cepat, kita berjaya tangkap suspek yang terlibat dengan insiden ni," Humayraa hanya tunduk sewaktu Hazman berkata-kata ketika mereka berada di ruang menunggu di unit kecemasan hospital. Gadis bermata biru itu hanya menggenggam tangannya yang sedikit menggigil. Rahimah yang setia menemaninya di sisi memeluk erat bahu gadis itu.

"Honey, it's okay. It's okay," Puan Sri Jeanne menyentuh lembut tangan itu.

"Tapi kita ada satu masalah lagi. Esok Fahryil ada pembentangan penting..." belum sempat lelaki berkaca mata itu menghabiskan ayatnya, seorang doktor keluar dari zon merah unit kecemasan dan trauma lalu mendekati mereka semua.

"Kamu semua relatives Fahryil Danial ke?" Doktor itu bertanya sambil matanya memandang satu persatu wajah yang ada. Mereka mengangguk sebagai tanda jawapan kepada soalan itu.

"Alhamdulillah, pesakit sudah melepasi tahap kritikal. Tapi beliau masih belum sedarkan diri. Kita dah buat CT scan untuk melihat kecederaan dalaman. Dua tulang rusuk sebelah kiri retak, ada pendarahan di dalam perut dan juga berlaku gegaran di otaknya. Kita akan bawa pesakit naik ke wad peribadi seperti yang diminta oleh Puan Sri." Masing-masing menghelakan nafas lega saat mendengar kondisi Fahryil yang sudah tidak lagi kritikal. Walaupun kecederaan yang dialami Fahryil agak parah, cukuplah itu sebagai berita gembira buat masa ini.

"By the way, cik ni nampak gayanya seperti memerlukan rawatan untuk luka cik juga," teguran doktor terhadap Humayraa membuatkan mereka semua mengalihkan tumpuan ke arah gadis kacukan Inggeris-Palestin itu. Humayraa yang baru tersedar bahawa dia juga tercedera mula merasakan pedih pada lehernya. Bibirnya juga kelihatan agak pucat.

"Ya, doktor. Dia pun perlukan rawatan. Dia isteri Fahryil," cepat sahaja Hazman bersuara dan membuat isyarat menyuruh Humayraa mengikut doktor itu masuk ke dalam unit kecemasan.

.....

"DANNY..." Juvieya Aima yang menerjah masuk ke dalam wad Fahryil telah membuatkan semua orang yang ada di dalam bilik itu mengalihkan perhatian padanya. Wanita cantik itu membesarkan langkahnya merapati katil pesakit. Melihatkan wajah tampan Fahryil berbalut di sana sini, matanya mula berkaca.

"Apa yang kamu buat dekat sini? Kamu tak ada hak pun untuk berada di sini, Vieya." Sindiran dingin yang diutarakan oleh Puan Sri Jeanne itu membuatkan Juvieya Aima menoleh ke arahnya. Humayraa yang berada di sisi ibu mertuanya hanya mendiamkan diri.

"Oh lala... looks who's here?" Juvieya hanya meleretkan senyuman sinis sambil tajam sahaja renungannya melawan cerlungan mata Puan Sri Jeanne. Mata cantik yang berbentuk almond itu melirik ke arah gadis kacukan Inggeris-Palestin yang sedari tadi hanya membatukan dirinya.

"Sei una dannata donna. (Kau memang perempuan sial.)" Juvieya mencebik mentertawakan Humayraa saat mata mereka bertembung. Sengaja dia berbicara menggunakan bahasa Itali.

"Bravo, sei una buona esca. (Bravo, kau ialah umpan yang baik.)" Kali ini, Juvieya ketawa tanpa suara sambil menepuk tangannya. Sedetik pun dia tidak mengalihkan pandangannya daripada terus-menerus menikam anak mata biru itu.

"Cakaplah guna bahasa kita, jangan jadi pengecut." Humayraa akhirnya bersuara.

"Kau punca dia terlantar sampai macam ni, Miss Fake Wifey. I bet you didn't know the project that he has been working hard on. Well, maybe he thinks of you as nobody, no? You will soon be the cause of his major failure. Good luck, Bad Luck." Juvieya berkata selamba dan pada hujung ayatnya, dia menguis perlahan bahu Humayraa. Wanita model itu mendekati katil Fahryil lalu mendaratkan kucupan di dahi lelaki tersebut.

"Rest well, honey. I will come back later when all these bugs are not here." Perlahan sahaja Juvieya berkata namun cukup untuk mereka yang lain mendengarnya. Dia mula bangun dan bergerak ke muka pintu.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now