BAB 56

1.1K 48 0
                                    

FAHRYIL mengemaskan lagi sut kemejanya. Dia menyisirkan sedikit rambutnya menggunakan tangan. Dia baru tersedar bahawa jemputan sebagai tetamu istimewa yang harus dihadirinya pada hari ini datang daripada pihak sekolah Humayraa. Jemputan bagi merasmikan kelas elit yang ditaja sepenuhnya oleh Empire Berhad.

Dalam diam, lelaki itu tersenyum sendiri. Tidak sabar rasanya untuk melihat wajah terkejut gadis bermata biru itu apabila melihat kemunculannya di sekolah. Fahryil juga sudah berkira-kira untuk membeli sejambak bunga ros buat isterinya. Dia memang tidak sabar menanti reaksi tulus gadis kacukan Inggeris-Palestin itu.

Sebaik sahaja Yasmin memberitahu programnya pada pagi ini, Fahryil terus sahaja bergerak menuju ke sekolah Humayraa dengan memandu sendiri kereta Porschenya, tidak seperti kebiasaannya dia menyuruh pemandunya sahaja yang menjalankan kerja.

"Terasa rindu pula pada Anatra. Senyap je minggu ni tak ada WhatsApp aku pun." Fahryil tertawa kecil. Matanya sempat mengerling ke arah jambangan bunga ros merah dan sebuah kotak hadiah yang berada di tempat duduk penumpang.

Lelaki tampan itu baru sahaja tiba di Malaysia semalam. Projek kolaborasi bersama Totowa Group dan Allen Group ternyata mencapai kata sepakat dan kejayaan awal. Projek di Tokyo akan bermula pada hujung tahun ini.

.....

FATEH mendekati Humayraa yang duduk bersendirian di dalam bilik kelab kebudayaan itu. Lelaki itu melabuhkan punggungnya berhampiran dengan sahabatnya yang satu itu. Walaupun Humayraa nampak sangat cantik dan menawan selepas disolek ringkas, namun wajah itu nampak sugul, tidak ceria seperti selalu.

"Kenapa muka macam cekodok je ni, Mayraa." Fateh memulakan bicara. Terleret seulas senyuman di hujung ayatnya.

Humayraa mengetap bibirnya. "Takutlah, Fateh. Semua orang dah pandang serong pada Mayraa. Nak selisih dengan orang pun Mayraa malu nak tunjuk muka, apatah lagi nak buat persembahan sorang-sorang dekat depan." Jujur gadis bermata biru itu memberitahu.

"Mayraa tahu tak siapa VIP yang datang hari ni?" Fateh cuba mengumpan gadis itu.

"Tak."

Fateh tersenyum. "You'll see." Lelaki kacukan Belanda itu mula bangkit.

"Fateh..." gadis itu memanggil perlahan sekaligus mematikan hasrat Fateh untuk beredar pergi.

"Nisyha memang confirm kena gantung sekolah ke?" wajah gadis bermata biru itu nampak cuak. Dia sudah mendengar apa yang terjadi kepada Nisyha daripada Fateh.

Fateh terdiam seketika sebelum keluhan halus terhembus keluar. "Besar kemungkinan selepas selesai tempoh penyiasatan, dia akan dihukum gantung dan dilucutkan jawatan. Dia tak akan jadi Penolong Ketua Pengawas lagi." Wajah lelaki itu tampak suram.

"Walaupun dia tidak bersalah?" Humayraa mahukan kepastian.

"Ya. Walaupun dia tidak bersalah, tetapi tindakan yang dilakukan itu merupakan satu kesalahan besar. Tidak kisahlah dia mempunyai niat yang baik ataupun sebaliknya, namun keganasan bukan salah satu jalan penyelesaian. Sebagai pelajar sekolah, kita tidak boleh menyakiti pelajar lain secara fizikal ataupun mental. Itu merupakan satu kesalahan berat dalam undang-undang disiplin sekolah." Mendatar sahaja nada suara Fateh ketika berhujah. Humayraa terdiam. Dia mengangguk perlahan.

"Humayraa. Majlis dah nak mula ni. Got to go first." Lelaki itu melangkah pergi.

.....

SEBUAH kereta mewah berjenama Porsche meluncur masuk ke dalam kawasan sekolah. Fateh sudah dapat mengagak gerangan yang memandu kereta itu. Dia hanya diam berdiri tegak di tempatnya, masih lagi tidak berganjak walau seinci pun.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now