Epilog

7.5K 232 28
                                    

         "Kita dah janji

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         "Kita dah janji.. kenapa R--issa mungkir janji kita? Abang.. a--bang tak suka R--issa mu--ngkir janji.."

        "B--angunlah.. abang tahu Rissa
tipu.. abang tahu R--issa dengar..
Rissa janji.."

         "Rissa kata nak abang suap makan.. bangunlah."

           Rontaan dan rayuan itu bergema di kepalanya sendiri saat melihat kubur di hadapan mata ketika ini.

         Terasa seperti diimbau kembali kenangan dulu. Bukan sikit air mata yang gugur sejak setahun lalu,  banyak. Terlalu banyak.

           Ada kalanya, sukar untuk dia terima semua yang sudah terjadi. Kalaulah waktu boleh diputarkan semula, dia tidak akan tinggalkan Clarissa sendiri waktu itu.

              Apa saja seorang hamba ciptaan Allah yang lemah sepertinya mampu ubah untuk mencapai kebahagiaan sendiri? Ya, kecelakaan tragis tahun lepas berpunca daripada bekas isterinya, Zandra C'ntya.

              Berita terakhir yang dia dengar, Zandra tidak dihumban ke dalam penjara kerana disahkan mengalami gangguan mental. Kini, dia berada di hospital sakit jiwa.

          Agak mengejutkan sebenarnya, dia tidak pernah tahu yang Zandra itu ada masalah sakit mental sepanjang perkahwinan mereka. Dia terlalu tertekan dengan hal ehwal keluarga rupanya, sewaktu ibunya meninggal, dia sudah pun disahkan mengalami gangguan mental.

           Semua pun sudah setahun. Tidak dia tipu, ada kalanya, dia termenung sendiri mengingatkan kejadian itu. Jujur kata, kejadian tragis yang berlaku hari itu, cukup singkat. Semuanya bagai sekelip mata. Dengan sekelip mata itu, dia hilang isterinya begitu saja.

           Walau dalam keadaan lemah begitu pada hari kejadian, Clarissa sanggup menyelamatkan suaminya dari dilanggar. Mana hendak dicari perempuan sebaik itu? Tiada. Satu dalam seribu.

            Apapun, setelah setahun, dia akhirnya belajar melupakan semua itu. Dia disahkan kemurungan beberapa bulan selepas kematian Clarissa. Kalau bukan kerana anaknya, mungkin dia tidak akan berdiri hari ini.

          Surah Yassin ditutup. Selesai saja bacaan merdunya membaca surah itu, dia letakkan sejambak mawar hitam di sisi kubur arwah isterinya, bersama dengan sekeping gambar Clara Ewarda yang sedang duduk di atas ribanya. Bukan main lebar senyuman gadis kecil itu. Syukurlah Edward berjaya besarkan anak mereka dalam tempoh setahun ini.

           Batu nisan yang jelas tertera nama Clarissa Haura binti Halim Absyari itu diusap perlahan. Mengalir air jernih dari tubir matanya itu. Lemah sungguh hendak menerima semua ini ya.

            "Assalamualaikum precious abang.. Abang datang ni, abang rindu sayang, semalam abang mimpi Rissa tidur sebelah abang. Abang mimpi abang suap Rissa makan. Abang rindu Rissa sangat.." Isi hati diluahkan. Bukan semalam saja dia mimpikan isterinya, sejak setahun lalu, tiap-tiap malam dia mimpikan Clarissa.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now