Kisah 29 -Sejambak Mawar Hitam

3.1K 141 11
                                    

          Plak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Plak.

Pintu besar dan tinggi bertemakan kaca moden yang menjadi pintu utama rumah agam itu dibuka perlahan.

Sunyi rumah. Tiada orangkah? Zandra menyoal diri. Kiri, kanan juga dijenguk. Kosong. Semua orang keluarkah?

Namun, saat mata kembali memandang ke arah hadapan. Susuk tubuh suaminya tegak berdiri di hadapan. Tangan di dalam poket seluar, seperti biasa, wajah tegang terpapar.

Edward pakai kaca mata, bermakna dia baru lepas membaca buku. "Baby.. you dah makan?" Zandra ajukan soalan berbaur manja pada suaminya.

Mengapa? Entah. Edward sendiri tidak tahu. Sudah lama dia tidak bercakap elok dengan isteri sendiri. Mungkin Zandra yang hendak mulakan sesi meminta maaf.

"Dah." Sepatah. Zandra senyum. "You busy malam ni?" Dia soal suaminya lagi. Edward betulkan kaca matanya, dia kemudian geleng kepala.

Lagi sekali Zandra senyum. Tapi kali ini, lebih lebar. Apa ke hal nya? Edward soal dalam hati.

"Jom dinner I belanja." Dia mengajak. Edward lempar wajah kurang berminat dan Zandra faham. Namun, dia tetap memujuk. "Bolehlah. You cakap je apa you nak makan. I akan make sure, restoran tu ada semua makanan favorite you. You love spaghetti right? I cari western restoran nak?"

Zandra senyum lebar nampak beria sungguh dengan ajakannya. Dia keluarkan tangan dari poket seluar. Belakang leher digosok, janggal.

Akhirnya, dia putuskan untuk bersetuju. "I nak spaghetti carbonara.." Bilang nya pada si isteri yang telah pun nampak teruja.

Laju Zandra angguk. "Baby.." baru Edward ingin melangkah pergi, panggilan itu menghentikannya. Dia berpaling kembali. "Pergi mana?" Soal Zandra.

"Tingkat tiga." Balas Edward. Dahi Zandra berkerut. "Buat apa?" Setahunya, tingkat tiga rumah ini, jarang diterokai. Agak misteri, dia tidak tahu apa ada di atas. Dia tidak gemar hendak panjat terlalu banyak tangga, jadi, selagi Edward tak ajak, dia pun tidak pergi.

"Kerja. Ariano dah tunggu." Tipu. Edward memang menipu. Namun, dia yakin Zandra akan percaya, kerana di tingkat tigalah dia selalu adakan mesyuarat berkenaan kerja di dalam rumah bersama pekerja-pekerja dan pembantu peribadinya.

Isterinya angguk. Tidak lama kemudian, masing-masing berlalu pergi ke hala tuju yang berlainan. Edward menuju ke lift peribadinya. Sebaik Zandra menghilang dari pandangan, dia lekas masuk ke dalam lift itu.

Sebenarnya, tentang lift peribadi, dia jarang ingatkan Zandra. Dia tidak suka orang lain guna barang peribadinya. Itulah pasal lift itu dipanggil lift peribadi. Cuma.. Clarissa.. itu kisah lain.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now