Kisah 51 -Sabar

3.6K 162 6
                                    

             "Kanser darah? Leukimia?" Puan Sri Emelda terkejut mendengar penerangan anaknya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

             "Kanser darah? Leukimia?" Puan Sri Emelda terkejut mendengar penerangan anaknya itu. Hatinya terasa pilu tiba-tiba.

          Edward yang kelihatan seribu kali ganda lebih pilu itu menundukkan kepala. Rambutnya diramas kasar. Jujur dia akui, dia hilang arah tuju dan buntu akal ketika ini.

          "Jadi.. mana dia sekarang?" Soalan mama, buatkan dia mengangkat wajah yang tadi ditundukkan. "Dekat rumah Ariano. Selama ni, dia dekat sana. Ariano jaga dia." Mendengar penerangan itu pula, mamanya terus mengeluh.

            Lengan sasa anaknya itu dipegang. "Edward bawa mama jumpa dia.. mama nak jaga dia. Bawa dia balik rumah ni. Biar kita jaga dia sama-sama." Beria Puan Sri Emelda kata begitu. Sungguh, dia tidak mahu menantunya pergi tanpa sempat dia korbankan apa-apa. Bahkan, dia belum pernah menemui gadis yang bergelar menantunya itu.

        Edward terus meletakkan kepala di atas meja makan itu. Bagaimana nak bawa balik, nak tawarkan bantuan pun dia enggan nak terima.

          "Dia masih belum maafkan Edward ma.. dia... Di--a benci Edward." Kedengaran bergetar suaranya saat berbicara.

            Terus dia rasa ada usapan tangan yang halus sedang mengusap kepalanya. "Kalau macam tu, biar mama jumpa dia. Mama pujukkan. Mama ajak dia buat rawatan dengan Hospital The E's hmm?" Puan Sri Emelda kasihan melihat keadaan anaknya.

           Dia tahu Edward salah, tapi, suami mana yang tidak resah bila tahu yang isterinya hidup tidak lama?

            "Bawalah datang hospital. Cek dulu keadaan kanser dia. Mungkin boleh sembuh." Sekali suara garau papa, menyapa telinganya. Dia berpaling ke arah belakang, begitu juga mamanya.

           Edward cuma mampu menundukkan kepala. Sudah sebulan papa tidak bercakap dengannya. Akhirnya, mahu juga papa membuka bicara bila berhadapan dengannya.

        "Aa--abang nak air?" Sengaja Puan Sri Emelda ajukan soalan janggal buat suaminya itu, dia perasan Edward terkelu di situ, jadi, dia ingin cuba untuk tidak menambahkan kejanggalan.

            Namun, gelengan dari suaminya, buatkan dia kekal duduk di kerusi meja makan mereka.

        Prak..

        Kerusi ditarik. Dia duduk. Kini, di meja makan yang besar itu, cuma ada mereka bertiga.

            Krik.. krik..

     Suasana sepi seketika. "Papa ikut Edward balik rumah Ariano tu." Edward terkebil-kebil. Mengapa pula? "Kenapa?" Dia agak takut untuk menyoal, namun, akhirnya, dia menyoal juga bila pasti yang mood papanya ok saat ini.

           "Papa nak bawa menantu papa balik sini. Jaga dia dekat sini." Mendengar itu, Edward segera mengangkat kepala. "Papa.. papa tak marah dia?" Soalnya.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now