Kisah 22 -Kehidupan Bukan Apa-Apa

3.4K 160 9
                                    

          Seperti biasa

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

          Seperti biasa. Pintu dibuka, jambak mawar hitam yang ditinggalkan di hadapan pintu rumahnya, diambil. Dia bawa bunga itu ke hidungnya.

          Bau yang sudah menjadi kebiasaan itu dihidu. Namun, belum sampai beberapa saat, dia rasa dadanya sesak. Hendak menghembus nafas, terasa sukar.

           Pandangan sekeliling juga mula berpinar. Rasa tidak enak badan mula menyerang. Kaki ingin melangkah ke dalam semula, namun, terasa seperti sukar untuk bergerak.

            Nafas semakin sempit. Dada mula bertambah sesak. Dalam tidak sedar, tubuhnya jatuh ke lantai luar rumah, tepat bersama bunga di tangannya.

           Pandangan terakhir sebelum mata terlelap, ialah bunga mawar hitam tadi, layu dalam sekelip mata. "Clarissa!" Jeritan seseorang bergema.

          Dia cuba untuk sahut, namun gagal. Akhirnya, nafas dirasakan terhenti. Tidak mampu rasanya untuk bertahan, mata dilelapkan.

          Hitam. Gelap.

    Bunyi mesin degupan jantung kedengaran samar-samar. Kelopak mata yang tadinya tertutup itu, perlahan-lahan cuba dibuka.

          Pandangan masih kelihatan tidak jelas. Namun, satu yang pasti, permandangan yang menghiasi mata, ialah siling putih hospital.

          Tidak cukup itu, betul-betul di atas kepala, tergantungnya drip air yang menitis perlahan masuk ke wayar yang dicucuk di tangannya.

         Clarissa segera duduk dari pembaringannya apabila perasan yang drip air itu, disalurkan ke tangannya. Kepala yang berdenyut buatkan dia mendesis sakit sambil dahi dikerutkan.

          Secara tidak langsung tangan dibawa memicit kepalanya. Tudung shawl yang cuma menutupi kepalanya tanpa sebarang pin tudung, dibetulkan.

      "Kenapa aku kat sini pula ni?" Dia soal diri sendiri yang sedang cuba memahami situasi. "Ya Allah, sakitnya kepala.." Dia mengomel lagi.

          Plak.

            Namun, belum beberapa minit selepas dia cuba sandarkan tubuh ke katil, seorang jururawat masuk ke dalam bilik wad nya bersama sebotol drip air di tangannya.

           Clarissa terkebil-kebil. Buat seketika, dia terfikir. Mengapa wad dia ditempatkan ini, begitu mewah? Siap dengan televisyen peribadi tergantung di dinding berhadapannya.

          Susun atur wad ini juga, kelihatan mewah. Jangan kata ini bilik VVIP. "Puan, puan dah sedar?" Jururawat wanita itu menegur Clarissa, dia siap tunduk hormat sebelum dia tukar drip air yang tergantung pada besinya.

          Clarissa masih diam membisu, sehinggalah dia tergerak hati untuk bertanya. "M--acam ma--na saya boleh ada d--ekat sini?" Soalnya dengan suara yang lemah.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓حيث تعيش القصص. اكتشف الآن