Kisah 18 -Pregnancy Test

4.4K 188 15
                                    

         Clarissa merebahkan tubuhnya di sebuah kerusi yang ada tersedia di lorong tandas Petronas tempat dia bekerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         Clarissa merebahkan tubuhnya di sebuah kerusi yang ada tersedia di lorong tandas Petronas tempat dia bekerja.

         Segala mop juga air sabun, diletakkan bersebelahan kakinya. Nafas dihela lemah. Dengan cuaca panas begini, jujur dia katakan, badan akan cepat rasa penat.

          Namun, saat seorang lelaki yang baru turun dari kereta Range Rover berwarna putih, ingin melangkah menuju ke tandas, dia terpaksa bangun dan alihkan mop serta air sabunnya.

         "Silakan masuk encik." Ujarnya penuh hormat sambil bekas air sabun, ditarik menjauh. Lelaki berkaca mata hitam itu, tidak mengendahkan, sebaliknya, dia laju melangkah ke dalam tandas lelaki.

         Clarissa lemparkan wajah menyampah. Mentang-mentang dia pencuci tandas saja, begitu layanan lelaki itu terhadap dirinya? Haih, manusia.

         Beberapa minit selepas lelaki itu selesai menggunakan tandas, dia keluar. Namun, nampaknya, dia tidak keluar dengan sempurna. Ada sesuatu yang dia tinggalkan di dalam tandas tersebut.

        Clarissa tidak percaya dengan apa yang dia lihat sebaik dia masuk untuk memeriksa sekiranya ada kotoran yang perlu dibersihkan lagi. Namun, bukan kotoran, tetapi hadiah.

         Hadiah yang kebiasaannya dia terima. Apa lagi kalau bukan bunga mawar hitam bukan? Betul-betul tapi terletak sekuntum bunga mawar berwarna hitam di sinki tandas tersebut.

          Dia yakin lelaki itu yang meninggalkannya. Kerana, sebelum dia masuk, mana ada bunga itu. Cepat-cepat Clarissa berlari pecut ke luar.

          Namun, kereta Range Rover berwarna putih yang beraura mewah sebentar tadi, nampaknya, tiada lagi terpakir di hadapan kawasan tempat mengisi minyak itu.

          Clarissa terkebil-kebil. Sekuntum mawar hitam yang sudah berada dalam genggamannya, dipandang. Dia hidu, kemudian, kembali menjauhkan bunga itu dari mukanya.

         Tapi, mengapa setiap kali dia terima bunga ini, misteri akan menyerang? Memang itukah akan berlaku? Pelik.

          "Baby.." Zandra terhenti kata saat lihat abang iparnya, turut berada dalam bilik rehat bilik suaminya itu. Dia senyum segan. "Abang Edwis.. sorry, no one telling me you're here." Dia tegur Edwis dengan ramah.

          Edward diam. Di dalam kepala, masih bercelaru. "It's okay Zandra.. Aku dah nak balik. It's good to see you by the way." Edwis tepuk bahu adiknya yang masih berdiri sambil meramas rambutnya.

           Dia kemudian berjalan menuju ke luar pintu bilik rehat rumah adiknya itu. "Abang Ed tak nak makan breakfast sekali?" Soal Zandra niat ingin mempelawa.

            "No need, my wife and kids ada dekat rumah papa.. Aku balik dulu." Dia meminta diri. Zandra cuma angguk. Sebaik susuk si abang ipar tidak lagi kelihatan, dia mendekati suaminya.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now