Kisah 17 -Lima Tahun Kemudian

4.4K 172 12
                                    

Lima tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lima tahun kemudian...

        Alunan merdu piano itu bertukar menjadi sedikit kasar. Semakin laju jari jemari menekan butang-butang piano yang menghasilkan bunyi itu, semakin kasar bunyi yang terhasil.

        Mata dipejamkan. Alunan muzik klasik yang dimainkan, dihayati. Lagu disambung. Mata kekal dipejamkan. Sekali sekala, alunan berubah mengikut rentaknya.

         Terus, terus dan lagi. Akhirnya, berhenti. Alunan muzik tadi, tidak lagi didengari. Alunan itu mati, buatkan dia membuka mata. Sebaik itu pula,

Klap! Klap! Klap!

          Tepukan tangan dari seseorang kedengaran. Terkejut, buatkan dia memusingkan kepalanya ke belakang. Edwis Daniqi.

           Tidak sangka pula abang sulungnya ada bersandar santai di sisi pintu. Edward raup rambutnya kebelakang.

            Dia kembali menghadap butang-butang piano yang dia baru berhenti tekan seketika tadi. Nafasnya yang sedikit berombak, distabilkan dengan perlahan.

          Edwis mendekati. Dia rapatkan diri dengan piano besar milik adiknya itu. Jari jemarinya pula yang mula menekan butang-butang piano tersebut.

        Alunan tanpa bimbingan, agak sumbang. Tetapi tidak begitu mengganggu. "You play better than me now.. I guess you'll forget, I'm the one who teach you how to play piano right?" Kata Edwis.

           Edward bangun dari set kerusi piano itu. Tidak mahu terus berada dekat dengan abangnya. Makin lama mereka rapat, makin panas hatinya.

            "Erica is the one who teaches me. Not you." Dingin. Edwis sengih. "Aku yang ajar arwah.. masa dia umur 13. Lepas tu, baru dia ajar kau bila kau minta." Balas Edwis dengan riak tenang.

           Sebenarnya, Edwis memang berjiwa seni. Baginya, muzik sebuah ketenangan. Arwah Nelydia Erica yang begitu berminat dengan piano, dia minta abangnya yang ajarkan dia cara bermain alat muzik itu.

          Apabila mendengar alunan seni muzik klasik yang sering dimainkan, Edward tertarik. Dia minta Erica yang ajarnya. Secara tidak langsung, guru asas di sini, ialah Edwis.

            "It's not good for us to be near together. Say faster what do you want?" Edward malas hendak terus bertengkar. Dia ingin cepat-cepat halau abangnya pergi.

        Edwis senyum. Sikap dingin Edward, selalu menentang dirinya. Apapun, Edward tetap adiknya, sebagai abang, dia biarkan saja pertuturan kasar adiknya itu terhadap dirinya.

         "Aku nak buat combination hospital dengan The E's Holding. Papa kata, hujung bulan ni, dia nak tukar protokol syarikat. Kau tahu?"

          Edward terkejut beruk. Biar benar? Kenapa papanya tidak berbincang dengan dia dulu sebelum buat apa-apa keputusan?

          Kalau tukar protokol, adakah... "Protokolü değiştirmek ne demek?" (What do you mean change the protocol?) Soal Edward serius. Edwis pandang adik keduanya itu atas dan bawah.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now