Kisah 19 -Pregnancy Test 2

4.1K 179 9
                                    

         Solat serta Al-Quran selesai, dia keluar dari bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         Solat serta Al-Quran selesai, dia keluar dari bilik. Seperti biasa. Dia keluar dengan pakaian uniform pencuci tandas Petronas. Langkah diatur menuju ke sebuah cermin kecil yang ada di ruang tamu kecil itu.

         Laci meja yang tersusun rapat di dinding, dibuka. Niat hendak mencari pin tudung, batal, saat dia jumpa sesuatu yang dia tidak sangka dia masih simpan.

         Pregnancy test yang keputusannya positif, dua garis merah itu, dikeluarkan dari laci. Peristiwa lama, kembali berulang di fikiran.

         "Puan.. berdasarkan ujian air kencing yang kami dah siap check tadi, puan mengandung. Dah masuk lima minggu. Tahniah ya.. suami puan tak ikut sekali?" Doktor wanita itu bertutur dengan ramah sekali.

        Namun, Clarissa sebaliknya, terdiam kaku. Nafasnya bagaikan berhenti berdegup.  "S-aya m-engandung?" Soal Clarissa dengan gagap.

          Doktor itu mengangguk bersama senyuman terujanya. Mengandung? Anak Edward kah? Habis, kalau bukan dia, siapa lagi? Anaknya lah kan?

         "Buat masa sekarang, biasa kalau puan rasa mual dan kerap muntah, itu alahan di awal kehamilan. Bila kandungan dah semakin membesar nanti, alahan akan berhenti." Doktor itu memberi penjelasan.

          Clarissa masih terdiam tidak tahu mahu beri reaksi apa. "Buat masa sekarang, saya cadangkan, puan banyakkan berehat. Kurangkan stress.. juga perlukan vitamin. Kondisi badan puan, saya dapati agak kurang sihat. Jadi, kejap lagi, puan ambil vitamin yang saya bekalkan dekat kaunter ubat ye?"

        Doktor itu lagi sekali bertutur ramah. "Baiklah, itu saja." Mendengar itu, Clarissa mengangkat kepala. Dia tunduk pada doktor itu. Kemudian berlalu pergi tanpa berita apa-apa.

        Gila nak beritahu yang dia belum berkahwin dan tidak mempunyai suami? Buka aib sendiri saja. Dia duduk di kerusi menunggu yang disediakan.

          "Clarissa Haura binti Halim Absyari." Panggilan dari jururawat yang menjaga kaunter ubat buatkan dia bangun. Tubuh lemahnya dipaksa berdiri.

          "Ni vitamin c.. puan ambil sehari sekali lepas makan. Lepas tu, doktor juga pesan, puan boleh minta suami puan beli buah-buahan. Lebih elok untuk kandungan puan nanti." Kata jururawat perempuan itu.

          Clarissa cuma angguk. Dia kemudian ke kaunter bayaran pula. "Semua sekali, Rm 87 ringgit puan." Clarissa garu kepala. Mahal betul. Ini mesti kerana vitamin itu.

        Tinggal sekeping duit 100 saja. Sebenarnya, itulah yang terakhir. Dia serahkan. Baki diterima, dia pun berlalu pergi.

        Saat badan yang lemah itu berjalan, tangan mengusap perutnya. Betulkah dia mengandung? Anak ini dikira anak haram bukan? Allah, berdosanya dia rasa.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now