Kisah 44 -Cerai

4.6K 185 41
                                    

"Pekak ke? Aku cakap keluar, keluarlah!" Dia tepis tangan kedua jururawat yang sedang memeriksanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Pekak ke? Aku cakap keluar, keluarlah!" Dia tepis tangan kedua jururawat yang sedang memeriksanya.

Pasu bunga serta botol air panas yang ada di meja sisi katil dibaling. Dia melepaskan segala rasa benci yang ada dalam diri.

"Jangan sentuh aku! Keluar!" Dia jerkah lagi jururawat-jururawat itu sehingga terhinjut bahu mereka terkejut. "T--api puan.. kami kena periksa puan dulu." Salah seorang dari mereka bersuara lembut cuba menenangkan Clarissa.

"Diam! Jangan dekat dengan aku! Keluar!" Dia terus menjerkah jururawat-jururawat itu sehingga mereka menjarak dan takut untuk mendekatkan diri.

Clarissa tarik selimut putih hospital itu menutupi tubuh sehingga ke paras leher. Dia tutup telinganya dengan kedua belah tangan yang tercucuk dengan jarum wayar drip air.

Tidak mahu mendengar bunyi di sekeliling. "Apa kata kita panggil lelaki yang duduk dekat luar tu.. suruh dia pujuk Puan Rissa ni. Macam mana nak cek dia kalau dia mengamuk macam ni?" Salah seorang daripada jururawat itu bercadang.

Mereka setuju, pintu wad VVIP Clarissa dibuka. "Encik.. encik ni pekerja Tuan Edward kan? Boleh tolong kami?" Mendengar dirinya diseru, dia mengalihkan pandangan ke kiri.

"Kenapa?" Soalnya. "Puan Clarissa tu.. dia mengamuk. Dia tak bagi kami nak cek dia. Kalau kami biar, nanti Tuan Edward minta rekod kesihatan dia kami nak bagi apa?" Jururawat yang bertudung putih itu bersuara.

Ariano jenguk ke dalam wad isteri majikannya itu. Dia garu kepala. Macamlah Clarissa akan ok kalau dia yang pujuk.

Dia keluarkan telefon. Dia masih dalam situasi tegang dengan tuannya itu, namun, sebabkan Puan Clarissa nya, dia perlu juga telefon Edward.

"Tuan.. boleh datang hospital? Puan Rissa mengamuk." Dia kemudian angguk kepala. "Ok, saya tunggu dekat sini. Datang cepat." Ujarnya lagi sambil mata masih memerhati susuk yang baring mengiring membelakangi pintu masuk itu.

"Uhm.. Tuan Edward kata apa?" Jururawat tadi menyoal sebaik dia perasan jejaka berwajah Itali itu sudah menutup telefon. "Dia kata dia on the way.. it's okay, nanti awak berdua datang balik bila dia sampai." Tokok Ariano dengan sopan, buatkan kedua jururawat itu mengangguk.

Mereka berlalu pergi. Ariano masih memerhatikan Clarissa yang menyelubungi dirinya dengan selimut putih hospital itu.

Dia tolak pintu gelangsar wad VVIP itu dengan perlahan. Kaki panjangnya melangkah masuk. Dia tarik kerusi kecil merapati birai katil hospital tersebut.

"Puan.." Lembut. Lembut panggilannya. Dia tahu kesihatan mental Clarissa sedang tidak stabil. Namun begitu, dia tetap rasa dia tidak patut biarkan gadis itu sendirian dalam keadaan begini.

Clarissa cam suara itu. Dia seka air matanya. Dia berpaling ke hadapan. Dengan keadaan badan yang masih lemah, dia cuba gahkan diri untuk bangun dan duduk.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now