Kisah 1 -Permulaan Lima Tahun Lalu

6.3K 228 9
                                    

Pagi ini muram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pagi ini muram. Walau selalunya memang begitu, tetapi pagi ini terlalu muram. Otak Clarissa buntu dengan semua perkara. Duit? Mana dia nak cari duit? Bil api rumah? Bil air rumah?

Dia budak lepasan SPM. Baru saja tamat persekolahan. Disaat remaja lain bergembira meraikan kebebasan, dia? Masih tersangkut dengan bebanan hutang kehidupan?

Nak menangis pun, sudah tiada air mata. Semuanya sudah kering kontang. Tidak tahulah apa mahu jadi. Tujuannya pagi ini, dia ingin pergi ke Bangunan The E's Holding itu.

Dia perlu berbincang dengan Tan Sri yang memberi arwah ayahnya duit sebanyak lima puluh juta ribu itu. Dia mungkin boleh bayar. Tapi makan masa yang lama secara beransur-ansur. Dia cuma harap Tan Sri Danish itu faham.

Baju kurung lama berwarna merah jambu perlahan yang bercorakkan bunga bungaan kecil dia kenakan. Itu saja pun baju paling elok dia ada. Yang lain semua lusuh, koyak dan buruk. Itupun, dijahit oleh arwah ibunya dulu. Kalau nak beli? Memang tidaklah ayahnya bagi.

Kadangkala, dia sendiri tidak faham. Mengapa ibunya pilih lelaki seperti ayahnya. Cathniss Nuraha. Ibunya wanita kacukan British Cina.

Cantik. Berpendidikan tinggi. Dari keluarga yang berada. Tetapi, dia memilih Halim Absyari? Lelaki yang tinggal di ceruk kampung kecil. Sanggup dibuang keluarga demi cintanya pada Halim. Kadangkala Clarissa ketawa. Kalau dia jadi ibunya, Halim Absyari tidak akan sesekali jadi pilihan.

Bukan hendak kurang ajar. Lagi lagi arwah keduanya sudah meninggal, tapi, dia benci dengan kehidupannya. Dia lelah. Penat. Ada kalanya, dia tenat. Ada ibu yang baik, penyayang, cantik, seorang permaisuri di matanya, namun, ada ayah yang teruk. Yang kaki pukul, yang berjudi, yang minum minuman haram dari hukum agama. Yang terpesong. Yang tiada amanah hidup. Dia malu dengan ayahnya. Walau kini ayahnya sudah tiada. Bahkan kini, ayahnya menyusahkannya lagi. Apa tidak cukup lagikah selama ini?

Dia dekati cermin kecil di biliknya. Tudung shawl berwarna merah jambu perlahan yang tidak bercorak, dia pakai tudung itu. Dia berjaya mengukir senyum walau hati sedang terseksa. Sekilas pandang. Dia sedar dia mirip ibunya. Mata hitam pekat yang bersinar.. kening nipis, tetapi begitu padan dengan raut wajahnya. Bibir merah yang cantik dan menawan. Hidungnya, tidaklah terlalu mancung seperti arwah Cathniss Nuraha, tetapi masih cantik bentuknya.

Dia berterima kasih pada ibunya. Kerana wanita itu, dia terima wajah secantik ini. Dia bersyukur dia mirip ibunya.

Sling bag yang lusuh bewarna hitam dia ambil dan sandang di bahu kanan. Terus langkah diatur keluar dari bilik kecilnya itu.

Dia melangkah keluar dari rumah dengan hati resah dan takut. Manalah tahu kalau kalau Tan Sri Danish tu jahat orangnya.

Dia kemudian pakai kasut sandal berwarna hitam yang dibeli ibunya pada usia 16 tahun sebagai hadiah hari lahir. Itulah pun satu satunya hadiah yang dia pernah terima. Ibunya dari keluarga kaya, tapi mereka membuangnya sebaik Cathniss berkahwin dengan Halim. Mereka tidak merestui. Jadi, sesen pun dia tidak terima.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now