Kisah 56 -Anak

4.2K 170 10
                                    

      "Habis? Kau jaga apa? Jaga kambing?" Tempikkan kasar itu buatkan bahu Qiura terhinjut kecil

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

      "Habis? Kau jaga apa? Jaga kambing?" Tempikkan kasar itu buatkan bahu Qiura terhinjut kecil.

       "Abang.. Rissa.." Belum sempat pun dia habiskan kata-kata, abang iparnya pula menempik kembali suaminya itu.

       "Edward! Jaga mulut bila cakap dengan bini aku! Dia kakak ipar kau! Jangan tunjuk setan dekat sini!" Bergema suara garau Edwis memarahi adiknya.

       Gila tak marah? Suka hati tengking-tengking bini dia.

         "Bini kau ni yang suka buat aku marah! Apa? Dia ingat dia volunteer jaga bini aku konon, aku nak berbaik dengan dia? Eh, tak hinginlah aku!" Malah, berang dan amarah Edward terus memecah gegendang telinga mereka.

        Edwis jongket kening, persiapan untuk menyindir. "Tahu bini sakit? Habis, yang kau sanggup biarkan dia sorang-sorang tu? Kenapa? Kau patut bersyukur isteri aku sudi teman Clarissa dekat sini!"

        "Abang.." Qiura yang masih duduk di sofa milik adik iparnya itu, cuba melarang Edwis dari terus mencetus pergaduhan ini. Malah, suaminya tetap tidak dapat mengawal perasaan amarah yang sedang membuak hadir sekarang.

       Kan, berdua ini, kalau sudah termula, mana jumpa penghujung. Pergaduhan ini, baru sedikit. Jangan sampai bertumpah darah sudahlah.

      Dia raup wajahnya kasar, apa lagi, seperti kena pedang bermata dualah dia. Panas saja dengan sindiran abangnya itu. Ada sebab mengapa dia berubah sejak kebelakangan ini. Dia cuma.. dia cuma kecewa.

       "Ni, aku nak tanya kau, sejak Rissa ni mengandung, kenapa kau berubah balik macam dulu?" Dia ambil nafas sebelum melontarkan kembali kata-katanya.

         "Dia sakit tahu? Sakit! Kanser! Leukemia! At the same time, she's carrying your f*cking child! How can you..." Belum habis pun ayat itu sempat ditutur, kolar baju kemejanya sudah dicengkam kasar oleh Edward.

        "Abang!" Clarissa sudah mula hilang sabar. Suaminya ini melampau. "Che cosa? Mi batterai? Che cosa? mi colpisci in faccia?" (What? Are you going to beat me? What? punch me on the face?) Sengaja dia cabar-cabar lagi adiknya itu.

          Dalam hatinya, dia pun geram, bengang dan marah, kalau mahu sangat, mari sinilah, habiskan.

          "Abang.. janganlah macam ni, Rissa ok, tak ada siapa salah pun. Dia cuma datang hantar bunga ros hitam tu. Tu aje. Sudahlah. Janganlah sebab Rissa, semua orang nak bergaduh-gaduh bagai.." Suaranya makin lama makin perlahan.

           Terasa keadaan badan juga makin lama makin lemah. Pandangan semakin berpinar dari tadi, kepalanya pula berpusing kuat.

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum