Kisah 21 -Pelik

3.5K 170 6
                                    

           "Puan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

           "Puan.. Puan Zandra nak keluar?" Soalan dari salah seorang pekerja Edward yang menjaga pintu rumah agam tersebut, Fahmi, buatkan langkah Zandra terhenti.

            Dia angguk kepala. "I nak jumpa kawan." Balasnya dengan sopan. "Boleh saya tahu puan nak ke mana? Dengan siapa?" Soal Fahmi lagi.

            "Should I actually tell you all of that? Kenapa?" Soalan dari pekerja suaminya dibalas soalan.

           Fahmi tunduk segan. "Puan jangan salah faham. Saya tak ada niat apa-apa. Ini arahan Tuan Edward. Dia kata, kalau puan nak keluar, puan kena bagitahu puan pergi mana."

            Penjelasan jejaka itu, buatkan Zandra mengerut dahi. "Untuk apa?" Fahmi mengangkat kedua belah bahu. "Yang tu Puan Zandra kena tanya Ryan Edward." Zandra lepaskan keluhan.

           "Untuk apa dia nak kisah? Semalam pun dia tak balik kan? I ni, isteri atas kertas je kut." Usai melepaskan perasaan sakit di hati, dia melangkah keluar tanpa pedulikan apa-apa yang lain.

            Sejujurnya, Fahmi terkejut. Dia garu kepala. Tak pasal-pasal nak kena hadap drama rumah tangga ini. "Apalah diorang ni, yang bini, mengamuk kat aku, yang laki, keluar tak balik-balik. Apa nak jadilah." Fahmi mengomel sendiri.

             "Kau bising apa?" Suara maskulin yang amat dikenali itu, buatkan Fahmi kelu lidah. Dia perlahan-lahan pusing badan menghadap pintu keluar, tepat sangkaannya.

        Dia garu kepala. "Eh, tuan.. tuan dah balik?" Dia soal dengan senyum janggal yang terpaksa.

       Malah, Edward jeling sekilas pekerjanya itu. "Zandra pergi mana?" Soalnya dingin seperti selalu. "Sorry tuan.. dia tak cakap." Balas Fahmi.

          Saat Edward angkat muka mengadap wajah pekerjanya itu, Fahmi takut-takut. "S-ebenarnya, s-saya dah tanya. T-api dia tak nak bagitahu." Dia ujar dengan suara yang menggeletar.

            Edward raup kasar rambutnya yang berserabai itu, "Tak apa. Panggil yang lain. Masuk office aku. Sekarang." Edward tegaskan kata-katanya.

            Saat dia melangkah pergi, Fahmi segera melaksanakan arahan tuannya itu, dari dimarah, lebih baik patuh.

           Edward masuk ke dalam pejabat rumahnya. Office chair miliknya menjadi tempat punggung dilabuhkan. Sebaik itu, bahagian dahi, dipicit-picit.

         "Clarissa, kenapa sebab kau aku jadi macam ni?" Dia soal diri sendiri. Pregnancy test di poket kanan dikeluarkan.

         Dia tatap pregnancy test yang menunjukkan dua garis merah tanda positif padanya. "I'm sorry anak daddy.." Dalam tidak sedar saja dia tuturkan ayat itu. Alat ujian kehamilan itu dibawa dalam genggaman tangan, sekali gus naik ke dada.

           Entah bagaimana rasa kesal timbul, rasa bersalah juga menyerang diri. Kalau boleh putar masa, dia akan pilih Clarissa.

            Tetapi dalam situasi ini, bukan hanya kerana hati Zandra, tetapi air muka ibu bapa serta seluruh keluarganya.

           Dia tidak mahu berita begini sampai ke telinga netizen Malaysia. Baru beberapa kes kelab malam, dah kecoh sehingga papanya hendak buang dia dari jawatan CEO.

           Rasanya kalau kes ini sampai ke telinga keluarganya, masuk ke dalam pejabat syarikat pun, tidak berpeluang lagi.

           Tok.. tok.. tok..

      "Tuan.." ketukan pintu dari pekerja-pekerjanya yang berada di luar, buatkan dia lekas-lekas simpan kembali Pregnancy test ke dalam poket kanannya.

           "Masuk." Dia laung dari dalam. Plak. Pintu dibuka. Masing-masing berdiri. Mereka mengambil tempat secara berbaris panjang di hadapan Edward.

           "Aku panggil ni, nak minta tolong." Edward katakan pada pekerja-pekerja serta pembantu peribadinya.

           Hal itu, buatkan mereka mengerut dahi. Tolong? Tolong apa pula? Bunyinya serius sehingga masing-masing berubah dingin.

............……….

Clarissa termenung jauh. Dalam fikirannya, dia masih berfikir. Apa tujuan bunga-bunga mawar hitam itu dihantar padanya. Kejadian semalam? Mengapa mawar itu dihantar dan berlumuran darah?

          Ini tidak masuk akal jika dia bermusuh. Kenalan pun, tiada, bagaimana hendak bermusuhan? Kalau musuh pula, mengapa baru sekarang pemberian bunga ini jadi pelik?

           Sebelum ini, ianya cantik, ianya kelihatan mahal. Mengapa kali ini, ianya mawar hitam yang berdarah? Apa maknanya?

          Clarissa garu kepala. Sekali sekala, kuku digigit menghilangkan takut. Rambut panjang hitam berkilat itu, diraupkan kebelakang.

            Dia pejam mata seeratnya. Dia bangun dari sofa lusuh yang ada di ruang tamu. Langkah diatur mendekati laci almari yang ada berdekatan cermin.

           Laci itu dibuka. Namun, perlakuannya, tergendala. Dia kerut dahi. Pelik. Mana alat ujian kehamilan miliknya?

          Seingatnya, dia tinggalkan di sini. Dia tidak pernah pun keluarkan sebelum ini kecuali pagi haritu. Jadi, kemana ia pergi?

           Dia kembali ke sofa. Kadang kala, dia kesal, dia tertanya-tanya, memang Allah ambil anaknya itu bersebabkah?

            Memanglah masa mula-mula dia mengandung, dia tertekan. Dia harap, anak haram itu, tidak wujud dalam rahimnya.

         Namun, saat kata-kata dimakbulkan, dia sendiri menyesal. Allah ambil anak itu begitu saja. Pada saat dia hilang malaikat kecil yang menjadi penghuni rahimnya itu, dia sedar akan sesuatu.

         Anak itu, tidak berdosa, ianya tidak haram, apa yang berdosa dan haram, ialah perbuatan ibu dan bapanya. Clarissa dan Edward yang lakukan dosa dan pura-pura menganggap seolah dosa itu tidak dikira. Mereka yang salah, bukan anak itu.

          Clarissa yang mula mengalirkan air mata membasahi pipi putih kemerahannya, baring di sofa. Apabila menangis, badan mulalah lemah dan tidak bermaya.

          Memang beginikah perjalanan yang sudah tertulis untuknya? Tok! Tok! Tok!

      Ketukan pintu. Lagi dan lagi. Itu buatkan Clarissa takut. Peliknya, saat dia jenguk dari tingkap, yang ada, cumalah benda sama.

        Sejambak bunga mawar hitam yang ditinggalkan di hadapan rumahnya. Seperti biasa. Malangnya, dia terlepas lagi untuk bertemu dengan si penghantar.

            Mengapa selalu begitu? Seperti si penghantar sudah faham dengan gerak gerinya. Seperti mereka tahu bila-bila Clarissa akan muncul, jadi mereka pergi sebelum sempat bertemu.

         Pelik. Sangat pelik. 

   To be continue...

Bila Edward nak face to face with Clarissa??

ROSA NERA FOR CLARISSA ✓Where stories live. Discover now